web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


41 Maut, Kebakaran Di Penjara Indonesia

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2021 1:20PM

Polis mengawasi pintu masuk ke penjara Tangerang susulan kebakaran yang berlaku awal pagi tadi, mengakibatkan 41 banduan terkorban. - Gambar Reuters

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Sekurang-kurangnya 41 banduan maut selepas sebuah penjara di wilayah Banten terbakar, awal pagi tadi, lapor pihak berkuasa dan media.

Kebakaran yang berlaku antara 1 ke 2 pagi di blok C, penjara Tangerang itu, telah berjaya dipadamkan, kata jurucakap Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi, Rika Aprianti.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan,'' katanya.

Blok berkenaan menempatkan banduan yang ditahan atas kesalahan melibatkan dadah dan mempunyai kapasiti 122 orang.

Beliau tidak menyatakan berapa ramai banduan yang ada di dalam blok berkenaan ketika kebakaran berlaku namun mengesahkan penjara itu sesak.

Penjara Tangerang, yang terletak berhampiran hub industri dan perkilangan, mempunyai 2,000 banduan keseluruhannya, iaitu melebihi 600 kapasiti, menurut data kerajaan sehingga September.

TV Kompas menunjukkan visual anggota bomba cuba memadamkan kebakaran dari tingkat atas bangunan. Setakat ini 41 orang dilaporkan terkorban manakala 8 lagi cedera parah.

''Siasatan awal menunjukkan ia disebabkan litar pintas,'' kata jurucakap polis, Yusri Yunus kepada TV Metro. - Reuters

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 38 minit yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar