web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Tertinggi AS Meninggal Dunia Di Usia 38 Tahun

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2021 12:03PM

Vovkovinskiy menjulang tinggi di atas semua orang di satu perhimpunan politik pada tahun 2009. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON - Lelaki tertinggi di Amerika Syarikat (AS) - yang mempunyai ketinggian 235 sentimeter (cm) - telah meninggal dunia akibat masalah jantung di usia 38 tahun, kata ibunya di Facebook.

Di lahirkan di Ukraine, Igor Vovkovinskiy mengalami keadaan kesihatan yang gigantisme pituitari yang menyebabkan rembesan hormon pertumbuhan yang berlebihan.

Ibunya telah membawa anaknya itu berhijrah dari Ukraine pada 1989 untuk mendapatkan rawatan kesihatan di Klinik Mayo, yang terletak di Minnesota.

Mendiang menjalani dua pembedahan yang menyelamatkan nyawanya tetapi gagal untuk menghentikan tumbesarannya.

Pada usia 27 tahun, Guinness World Records mengisytiharkan Vovkovinskiy sebagai orang tertinggi di Amerika.

Pada edisi 2013 pertandingan nyanyian Eurovision, Vovkovinskiy berjalan ke atas pentas sambil merangkul penyanyi Ukraine, Zlata Ognevich, dalam pelukannya. Ognevich kelihatan kerdil dan seperti patung.

Vovkovinskiy menikmati satu lagi detik sebagai selebriti pada 2009 bila presiden AS pada masa itu, Barack Obama perasan kelibatnya menjulang tinggi di atas orang lain di satu perhimpunan politik.

Dia memakai kemeja-t yang tertulis perkataan ‘Penyokong Obama Paling Besar’. Dia berkesempatan untuk berjabat tangan dengan ahli politik itu.

Guinness World Records berkata lelaki tertinggi di dunia sekarang adalah seorang lelaki Turki bernama Sultan Kosen yang mempunyai ketinggian 251cm

Lelaki tertinggi dalam sejarah moden AS adalah Robert Wadlow yang berdiri pada ketinggian 272cm

Dia juga mengalami gangguan hormon pertumbuhan dan meninggal dunia pada 1940 di usia 22 tahun. - AFP

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad