web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Lari, Kami Jamin Hak Asasi Anda - Taliban

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2021 11:37AM

Seorang wanita berjalan di kawasan Kabul, Afghanistan. - Gambaf AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kepimpinan Taliban, yang mengambil alih kuasa di Afghanistan pada bulan lepas telah memberi jaminan mengenai hak masyararakat minoriti dan wanita, dalam pentadbirannya.

Bercakap kepada The Vibes, jurucakap Taliban, Abdul Qahar Balkhi, berkata penganut agama minoriti telah hidup dengan aman sepanjang pentadbiran Taliban di Afghanistan bermula 1996 hingga 2001.

Beliau menggesa rakyat Afghanistan untuk menetap di dalam negara, berikutan ramai yang melarikan diri dari Afghanistan. Keadaan itu, terutama kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul, telah mencetuskan kebimbangan.

''Hak semua minoriti telah dan akan terus dilindungi serta dijamin.

''Minoriti ini hidup dengan aman sepanjang pemerintahan kami dan mereka dipaksa keluar dari rumah mereka ketika pendudukan Amerika Syarikat dan pelaksaan rejim demokrasi.

''Kami gesa semua rakyat Afghanistan kembali ke rumah mereka dan membantu dalam membina negara ini,'' kata Qahar.

Ia ditunjukkan kepadanya bahawa Malaysia, sebuah negara dengan agama rasmi Islam, menampilkan golongan minoriti dan wanita dalam cabang eksekutif pemerintahan.

''Negara Afghanistan akan memberikan hak kepada wanita yang telah dijamin di dalam Islam, termasuk hak bekerja, belajar, kesihatan dan ruang lain,'' katanya.

Mengenai sama ada Afghanistan mempunyai sesuatu yang sama dengan Malaysia iaitu sistem undang-undang syariah dan sivil, beliau menegaskan terdapat perbezaan antara dua negara.

Afghanistan, katanya, adalah 99.7% Muslim. Difahamkan 65% populasi di Malaysia adalah Muslim.

Beliau menegaskan Taliban dan Afghanistan telah berkorban untuk mencapai undang-undang Islam.

“Rakyat Afghanistan telah memberikan pengorbanan yang tidak ada tandingannya dalam sejarah kerana menuntut syariah dan tidak akan menerima sistem lain kecuali undang-undang Islam, " katanya.

Pada 24 Ogos lalu, pesuruhjaya untuk hak asasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Michelle Bachelet, telah melahirkan kebimbangan berhubung keselamatan agama minoriti di bawah Taliban.

Dalam kenyataannya, beliau memberitahu dalam pemerintahan Taliban lalu, terdapat pencabulan serius terhadap agama dan etnik minoriti, justeru beliau bimbang perkara sama akan berulang.

Isnin lalu, Majlis Keselamatan PBB telah meluluskan resolusi menggesa Taliban memberikan jaminan keselamatan kepada mereka yang ingin meninggalkan Afghanistan, membenarkan akses kepada kemanusiaan serta melindungi hak asasi manusia, untuk wanita dan kanak-kanak.

Antara kumpulan minoriti yang takut ditindas adalah komuniti Hazara, yang kebanyakannya pengikut Syiah dan dilaporkan menderita di bawah pemerintahan Taliban sebelum tahun 2001.

Kaum minoriti lain yang terjejas termasuk komuniti Hindu dan Sikh, dikatakan berjumlah sekitar 130,000 pada tahun 1980-an tetapi hanya menjadi 300 orang pada tahun 2021. Hampir semua mereka telah keluar dari negara itu sejak Taliban menguasai Afghanistan bulan ini. - The Vibes, 1 September 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

3

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

4

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

5

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

6

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar