web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Kutuk Serangan Di Kabul

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2021 7:36AM

Pelarian Afghanistan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles di Virginia, semalam, selepas dikeluarkan dari Afghanistan, yang kini diambil alih oleh Taliban. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas pada Khamis lepas ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai di Kabul, Afghanistan yang menyebabkan banyak orang kehilangan nyawa dan cedera.

Kenyataan Kementerian Luar memaklumkan serangan itu hanya akan memburukkan lagi situasi kemanusiaan yang telah sedia teruk di Afghanistan.

“Malaysia menggesa semua pihak yang berkenaan agar mengutamakan keselamatan dan perlindungan orang awam termasuk mereka yang ingin meninggalkan negara itu.

“Malaysia memuji peranan yang dimainkan oleh komuniti dan organisasi antarabangsa dalam memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan di Afghanistan termasuk golongan rentan seperti wanita, kanak-kanak dan minoriti,” menurut kenyataan itu.

Menurut kementerian itu, Malaysia akan terus menyokong usaha ke arah mencari jalan damai serta penyelesaian yang berkekalan demi kepentingan Afghanistan dan rakyatnya.

“Kerajaan Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi takziah dan simpati kepada keluarga mangsa dan mendoakan agar mereka yang cedera cepat sembuh,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 42 minit yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad