Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Orang Malaysia Masihkah 'On Trend'?

Apakah kesan pandemik ini sudah menukar cita rasa fesyen kita semua dari 'on point' kepada serba malas belaka? Ramaikah dalam kalangan kita yang masih ambil peduli pasal trend fesyen dunia terkini?

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2021 2:43PM

Gambar Hiasan oleh Raden Prasetya, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramaikah dalam kalangan kita yang masih lagi ambil peduli pasal trend fesyen dunia terkini, mencongak-congak mahu melabur ribuan ringgit terhadap beg dan kasut mesti miliki?

Apakah kesan pandemik ini sudah menukar cita rasa fesyen kita semua dari on point kepada serba malas belaka?

Selalunya setiap kali masuk Ogos, orang fesyenlah yang paling sibuk sekali kerana KL Fashion Week kebiasaannya akan berlangsung di penghujung bulan.

Dalam setahun, Minggu Fesyen ini adalah detik yang paling ‘hidup’ buat peminat-peminat fesyen tempatan untuk pasang badan.

Inilah waktunya di mana para pereka fesyen lama dan baru gigih menyiapkan koleksi di saat akhir, model-model keluar masuk casting, peminat dan pemerhati fesyen serta geng ‘high society’ ternanti-nanti jemputan ‘eksklusif’ daripada teman pereka masing-masing.

Memandangkan pementasannya berlokasi di tengah-tengah ruang legar terbuka sebuah kompleks membeli-belah, so technically everyone’s invited.

Dahulunya ketika berada di meja media, saya akan turut sibuk membahagi-bahagi jemputan di kalangan editor dan penulis dalam menyiapkan laporan untuk sepanjang minggu ianya berlangsung.

Ya, tentu sekali KL Fashion Week tidak akan menjadi segah Minggu Fesyen New York, London, Milan dan Paris. Namun keberadaannya nyata membuatkan senario fesyen tanah air bertambah meriah.

Kagum menyaksikan kebangkitan bakat-bakat baru, seronok melihat gelagat manusia beraneka ragam gaya berkampung di Pavilion sepanjang minggu. Tetapi itu kisah dua tahun dulu.

Bagaimana pula cerita orang fesyen di musim pandemik ini? Setelah hampir dua tahun rakyat Malaysia digesa duduk rumah akibat virus yang mengganas, masa depan industri fesyen tempatan pula menjadi bertambah-tambah samar. Semakin malap.

Ramai teman-teman daripada kalangan penggiat fesyen terus mengeluh apabila stok sedia ada seakan tidak bergerak.

Daripada pertunjukan fesyen secara fizikal kini bertukar digital, ada pereka yang dari jual baju sudah mula jual suplemen dan gincu. Demi kelangsungan jenama, ini salah satu cara mereka untuk terus bertahan.

Tambahan pula dengan situasi ekonomi semasa yang semakin meruncing, masyarakat umum tentunya akan memilih membeli makanan berbanding melabur untuk pakaian.

Manusia adalah spesis yang memerlukan interaksi sosial untuk membina nilai hidup. Apabila wabak melanda dan kemudiannya diperkenalkan pula konsep duduk rumah sebagai usaha mengasingkan diri, jiwa manusia mula memberontak.

Tujuh belas bulan yang cukup menduga, industri fesyen negara tercungap-cungap minta nyawa. Di awal pandemik, trend dunia berkata lounge wear is the next big trend. Malaysia juga turut serta.

Diskusi di Zoom pun ada stail, malas tapi bergaya. Kemudian kita sahut sokongan membeli jenama lokal walaupun kita sendiri sebenarnya tidak dapat ke mana.

Kemudian apabila dunia semakin pulih dan kehidupan mulai beransur normal, masyarakat antarabangsa kembali menikmati fesyen.

Tetapi lain pula kisahnya dengan kita di sini. Masih lagi terperangkap di dalam keadaan yang sama, masih duduk terperuk di dalam rumah, terus terasing. Mood level semakin menurun.

Ada yang berseloroh seakan sudah gayat setiap kali cuba menyarung kasut tinggi, trend baru tidak ada maknanya lagi walau diberi diskaun tiada siapa yang mahu membeli.

Jika melihat fesyen itu sebagai indikasi kepada kondisi emosi seseorang, saya yakin ramai kini yang sedang mencari semangat mereka yang sudah hilang.

Seperti kompleks membeli-belah yang suatu masa dahulunya sentiasa padat dengan lautan manusia, kini sunyi sepi. Macam mana industri fesyen mahu bertahan lagi apabila butik-butik pakaian masih tidak dibenarkan beroperasi?

Kerana mematuhi SOP yang dikeluarkan kerajaan, sudah berapa banyak jenama besar hampir-hampir mengangkat bendera putih apabila menanggung rugi saban bulan.

Barangan tidak terjual namun tetap dipaksa membayar sewa tapak kedai. Kemudian khabar terbaru mengenai keadaan kompleks membeli-belah sekitar kota yang diibaratkan seperti telur di hujung tanduk, benar-benar mengesankan.

Saya tidak dapat bayangkan jikalau ada yang tutup selama-lamanya kerana aktiviti berhujung minggu di shopping mall itu sebahagian daripada gaya hidup orang kita.

Keadaan pusat beli-belah di Kuala Lumpur pada bulan Mac 2020. Gambar Fail AFP
Keadaan pusat beli-belah di Kuala Lumpur pada bulan Mac 2020. Gambar Fail AFP

Industri fesyen tanah air yang semakin malap ini harus diselamatkan serta-merta sebaik sektor peruncitan dibuka setelah pandemik ini reda.

Perlu ada perancangan konklusif daripada badan kerajaan yang bertanggungjawab lagi telus, mesti sediakan blueprint jelas untuk tahun-tahun mendatang selain sokongan daripada syarikat-syarikat gergasi swasta. Kerana beberapa tahun lepas Malaysia sudah pun mulai melakar jalan untuk menjadi salah satu hub fesyen utama rantau ini.

Melihatkan kalendar tahunannya sahaja pun sudah rasa berdebar kerana terlalu teruja. Namun seribu kali sayang, segalanya kini tinggal sekadar cita-cita sahaja and we are back to square one.

Sebelum era pandemik, tidak terjangkau dek akal dengan keadaan industri fesyen kita sekarang ini yang nyata cukup menyedihkan.

Apalagi saya yang dahulu bergelumang di dalam dunia fesyen yang seolah-olah tiada henti putarannya, mengah mengejar dari satu koleksi ke satu koleksi yang lain.

Dari himpunan musim bunga/panas, musim luruh/sejuk, pramusim luruh kemudian koleksi Resort ataupun Cruise, haute couture serta lain-lain lagi koleksi kapsul atau kolaborasi yang seterusnya membuatkan dunia glamor ini begitu sesak dengan pelbagai lambakan pilihan.

Daripada yang paling mewah hingga ke paling murah, high fashion to fast fashion.

Namun Allah SWT punya kuasa, everything now is at a standstill. Siapa lagi yang ambil peduli perihal fesyen terkini dan apa yang trendy, apabila semuanya membilang hari sampai bilakah rakyat Malaysia akan terus hidup begini.

Cabaran getir ini juga buat para penggiat fesyen agar terus berusaha menghangatkan industri agar ianya tidak terus berkubur sepi. - Getaran, 15 Ogos 2021

Isu Pada

Whulandary – Puspa Bangsa Di Bumi Malaysia

14 Aug 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Kolum 17 jam yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan