Berita Terkini

7 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Dah 2021, Masih Bincang Isu Perpaduan?

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2021 9:13AM

Gambar AFP

oleh

Pearl Lee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saya tertarik dengan kata-kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Isnin lalu, sewaktu pelancaran Dasar Perpaduan Negara Dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030.  

Kata-katanya berbunyi: ''Kita harus berwaspada terhadap manipulasi sentimen kaum oleh ahli-ahli politik. Ini merupakan cabaran utama dalam hampir semua negara yang berbilang kaum.

"Pelaku politik yang cuba menaikkan saham politik masing-masing melalui eksploitasi perasaan kaum hendaklah kita elakkan.

Muhyiddin turut menekankan bahawa usaha mencapai perpaduan merupakan suatu perjalanan yang jauh dan berliku.

Realitinya, isu perkauman dan diskriminasi wujud di seluruh pelosok dunia.

Namun mengapa perjalanan ini dilihat sebagai masih jauh dan berliku untuk Malaysia yang bukan sahaja telah mencapai kemerdekaan 64 tahun lalu, tetapi juga sebuah negara yang sering bermegah tentang rakyatnya yang berbilang bangsa?

Persoalan yang sama telah saya ajukan kepada mendiang Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dua tahun lalu.

Sewaktu diwawancara, beliau akui risau kerana ahli politik tidak mencari jalan untuk menyatukan orang ramai. Katanya, kewujudan ahli politik bergantung kepada masyarakat yang berpecah-belah.

Ini kerana apabila tibanya masa untuk meraih undi, ahli politik akan pergi ke kumpulan sasar berpandukan kaum untuk mendapat undi yang tinggi.

Khoo, yang merupakan sejarawan terulung negara berkata jikalau pihak British dipersalahkan kerana memperkenalkan konsep integrasi dan bukannya asimilasi di antara kaum pra-merdeka, politikus Malaysia merupakan punca rakyat berpecah pasca merdeka.

Isu berkaitan bangsa dan agama seringkali digunakan ahli-ahli politik untuk memancing undi.

Sertai sahaja ceramah-ceramah politik dan lihat bagaimana isu kaum dan agama digunakan untuk meraih populariti.

Pokoknya, dasar penjajah British yang berkonsepkan divide and rule atau pecah dan perintah, masih diguna pakai ahli-ahli politik di negara ini - 64 tahun kemudian.

Di kalangan rakyat jelata pula, ramai golongan senior mengatakan mereka mahukan kembali Malaysia yang mereka kenali dulu.

Pada mereka, masyarakat Malaysia pada zaman 60-an, 70-an and 80-an lebih bersikap terbuka, matang dalam penilaian dan lebih bertoleransi.

Namun perkara yang sama tidak boleh diperkatakan hari ini.

Dari isu pembelajaran jawi ke menggantung tanglung di sekolah, semua perkara dipolitikkan di era ini.

Salahkah jika yang bukan Melayu belajar tulisan jawi? Salahkah jika yang bukan Cina mengenali tentang hiasan orang Cina atau kaum-kaum lain?

Jika pelajar yang masuk sekolah Cina berpeluang mempelajari seni kaligrafi Cina, mengapa harus kita menolak pembelajaran tulisan Jawi?

Haruskah kita getar jika budaya dan perayaan semua kaum di Malaysia diperkenalkan dan disambut di peringkat sekolah, agar generasi akan datang tidak akan curiga dan terus berfikiran sempit seperti ibu bapa mereka?

Beranikah ahli politik kita mengetengahkan isu-isu untuk semua lapisan masyarakat dan bukan hanya untuk mereka yang sama warna kulit?

Perjalanan untuk mewujudkan perpaduan dan identiti nasional tidak akan jauh dan berliku jika semua pihak mula membuka mata dan minda selain menerima hakikat bahawa kita tidak mampu hidup berseorangan.

Adakah anda berani menjadi ejen perubahan?

Pearl Lee merupakan pengasas bersama dan pengarang urusan portal berita Twentytwo13. 

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut