Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Membahas 378 Kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2021 11:08AM

Sehingga 29 Julai 2021, jumlah vaksinasi harian COVID-19 yang rekodkan di negara ini adalah 556,404 dos. - Gambar fail

oleh

ZF Zamir

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini saya menyemak data yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di GitHub.com berkaitan COVID-19 serta infografik yang dibekalkan di www.covid-18.moh.gov.my.

Dalam lautan data tersebut, yang paling mengejutkan saya adalah data mengenai kematian yang tidak sempat dirawat di hospital atau termanya ‘Brought In Dead’ (BID).

Berdasarkan data tersebut, sepanjang tahun 2020 sebanyak 136 kes BID. 

Manakala dari 1 Januari 2021 hingga 14 Jun 2021 terdapat sebanyak 370 kes BID. Dari 15 Jun hingga 30 Jun 2021 sahaja sebanyak 139 kes BID direkodkan.

Sehingga hari ini (30 Julai 2021) sebanyak 1065 jiwa tidak sempat kita rawat dan bawa ke hospital dan meninggal kerana Covid-19.

Ini bermakna dari setiap 8 kematian, 1 darinya adalah BID. Tidak sempat dirawat di hospital.

Vaksinasi Yang Terlalu Perlahan Dan 1065 Mati Tidak Sempat Dirawat

Saya percaya tidak ada negara di dunia ini yang mahukan pandemik COVID-19 ini melanda. Tetapi melihat kepada kesungguhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menghadapi wabak ini menimbulkan banyak persoalan.

Perhatikan sahaja bagaimana proses vaksinasi rakyat yang berjalan terlalu perlahan. Sehingga Jun 2021, vaksinasi harian kita belum mencecah 200,000 dos sehari.

Vaksinasi harian kita hanya mencecah 500,000 dos sehari pada penghujung Julai. Ini bermakna jumlah kematian yang direkodkan pada ketika ini telah mencecah 8725 nyawa.

Bahkan bukan lagi rahsia kita hanya menandatangani perjanjian pembelian vaksin pada hujung November 2020, pada saat rakyat di UK, Eropah serta Amerika telah mula mendapatkan dos pertama vaksin mereka.

Ini telah menyebabkan bekalan vaksin sampai ke negara kita lebih lewat daripada negara lain yang telah membuat pembelian lebih awal. Jepun, Kesatuan Eropah (EU0, Kanada, Australia, Vietnam, Brazil, Kazakhstan, India, Nepal bahkan Saudi Arabia telah menyelesaikan perjanjian pembelian vaksin mereka seawal Julai 2020.

Bayangkan berapa kes BID yang sempat kita selamatkan jika kita memvaksin 500,000 dos sehari seawal Mac atau April?

Keruntuhan Ekonomi & 1099 Bunuh Diri Sejak 2020

Satu lagi angka yang perlu kita bahaskan adalah angka bunuh diri yang sangat tinggi pada ketika ini.

Data Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan dari 2020 hingga Mei 2021 sebanyak 1099 nyawa hilang kerana bunuh diri. Ini bermakna secara purata dua kes bunuh diri dilaporkan setiap hari. Ini menurut saya sangat mengejutkan.

Bayangkan ketika kita sibuk menjalani kehidupan di tengah PKP dan membaca artikel ini kini; dua lagi nyawa melayang kerana bunuh diri?

Sebanyak 631 kes dilaporkan pada 2020 manakala 468 kes lagi dilaporkan dari Januari hingga Mei 2021. Selangor mencatatkan kes tertinggi sejak Januari 2021 hingga Mei 2021 iaitu sebanyak 117 kes

Tetapi sebenarnya statistik ini dapat difahami jika kita melihat korelasi dengan set data yang lain misalnya;  

Purata gaji dan upah bulanan pada tahun 2020 susut 9%, penurunan kali pertama sejak ia direkodkan mulai 2010. Data ini didedahkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam laporan Statistik Gaji & Upah Malaysia 2020 yang disiarkan pada 14 Julai 2021.

Ini bermakna sejak 2020 lebih separuh daripada tenaga kerja dalam negara ini menerima gaji kurang daripada RM2062 sebulan. Daripada 100 orang, hampir 50 orang dibayar kurang RM2062 sebulan. Ini lebih rendah daripada purata garis kemiskinan negara iaitu RM2208.

Separuh daripada tenaga kita dibayar gaji lebih rendah dari kadar purata garis kemiskinan?

Jabatan Statistik juga mendedahkan pada 2020 kadar pengangguran tertinggi dicatatkan pada kadar 5.3% atau sebanyak 826,100 orang menganggur. Caruman Perkeso juga mencatatkan seramai 107,204 orang hilang pekerjaan pada tahun tersebut.

Ini semua menjelaskan mengapa kes bunuh diri pada tahun 2020 dan 2021 meningkat lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Tekanan ekonomi telah menyebabkan kesihatan mental masyarakat terjejas dengan begitu teruk sekali.

150,000 Laptop & Siswa Belajar Atas Pokok

Satu lagi perkara penting yang harus dibahaskan sekarang adalah mengenai isu pendidikan kerana kerajaan bertanggungjawab menyediakan rakyat bukan sahaja untuk mengharungi pandemik pada saat ini tetapi juga untuk bersedia meneruskan momentum kehidupan setelah semua ini selesai kelak.

Ini bermakna kita semua harus meneliti apakah pelan pemulihan yang telah disediakan oleh kerajaan untuk semua 5 juta anak-anak sekolah rendah dan menengah serta lebih dari 200,000 siswa di universiti yang telah kehilangan sesi pembelajaran normal hampir selama 2 tahun?

Apakah bentuk pakej pemulihan yang akan diterima oleh anak-anak & siswa pasca-pandemik ini nanti?

Namun sangat sukar untuk membahaskan perkara ini kerana 150,000 laptop yang dijanjikan oleh kerajaan masih belum sampai ke tangan anak-anak. Hari ini, lebih dari 3 juta anak-anak kita menjalani Pembelajaran & Pengajaran di Rumah (PdPR) tanpa memiliki sebarang alatan seperti telefon pintar mahupun laptop.

Lebih mengerikan, bicara mengenai gajet sahaja sebenarnya tidak cukup. Bagaimana PdPR mahu dilaksanakan ketika 69.3% isi rumah di seluruh negara tidak mempunyai akses terhadap internet jalur lebar dan anak siswa kita terpaksa memanjat ke atas pokok semata-mata untuk menyelesaikan tugasan?

378 Hujah & 8591 Nyawa

Saya boleh teruskan lagi mengenai kegagalan Kerajaan PN sehingga 378 hujah. Kegagalan ini meliputi kegagalan menangani krisis kesihatan, krisis ekonomi, hingga kepada krisis pendidikan dan sosial.

Semuanya boleh disenaraikan satu-persatu termasuk bukti seperti gerakan Bendera Putih yang terpaksa digerakkan oleh rakyat kerana kegagalan total sistem sosial & kebajikan kerajaan berfungsi.

Namun kita semua tahu kerja menyenaraikan satu-persatu kegagalan itu adalah kerja yang sia-sia. Semua bukti telah wujud dan terbentang nyata di depan mata kita.

Tidak pernah dalam sejarah moden negara ini, sebuah Kerajaan yang begitu dibenci oleh warganet dan netizen di media sosial seperti Twitter. Hashtag #KerajaanGagal, #KerajaanPembunuh bahkan #KerajaanBangsat berleluasa sejak beberapa bulan kebelakangan. Bahkan anak muda ini juga menggerakkan wacana mengutuk Kerajaan setiap malam kini di medium Twitter Space & Clubhouse.  

Saya akan akhiri tulisan ini dengan mengingatkan kita semua bahawa sebelum Pilihanraya Negeri Sabah (PRN) pada 26 September 2020, jumlah kematian akibat Covid-19 di negara ini hanya 134 orang sahaja.

Ini bermakna sehingga 29 Julai 2021, 8591 nyawa telah terkorban akibat perebakan virus yang tidak terkawal setelah berlangsungnya PRN Sabah tersebut.

Adakah berbaloi 8591 nyawa ini hanya untuk mendapatkan kuasa memerintah sebuah negeri sahaja? Adakah begitu murah nyawa rakyat negara ini?

Saya juga ingin mengingatkan kepada semua bahawa kadar vaksinasi melebihi 500,000 dos yang kita capai hari ini bukanlah sebuah pencapaian. Program vaksinasi kita berjalan lebih lambat daripada pelan asalnya dan ini telah mengakibatkan ribuan nyawa terkorban.

Mereka ini adalah ibu dan ayah, suami dan isteri, abang dan kakak serta sanak saudara kita semua. Mereka ini bukan sekadar nombor yang perlu dicatat untuk direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Hari ini, kadar kematian harian Malaysia untuk populasi sejuta orang seperti yang dicatatkan oleh laman Our World In Data antara yang tertinggi di dunia, mengalahkan negara jiran seperti Singapura, Thailand, Vietnam, Filipina bahkan Laos dengan begitu jauh sekali.

Ketika kita berhenti meraikan kegagalan - ketika itulah kita akan sedar betapa kritikalnya situasi yang sedang kita hadapi kini. - Getaran, 30 Julai 2021

Seorang pemikir serta penghasil karya prolifik, yang sudah lebih dari 16 tahun bergulat dengan isu pendidikan dan kemanusiaan. Menulis buku ‘Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang’ dan 6 buku yang lainnya. Pernah mengajar sebagai guru sekolah kerajaan di tengah Kuala Lumpur selama 6 tahun. Mendirikan beberapa gerakan pendidikan seperti Teach For The Needs (TFTN) pada 2012, The Wakaf Buku (TWB) 2014 & Rejuvenasi Pendidikan/Untuk Malaysia (RP/UM) 2020. Juga pernah menjadi pegawai di Pejabat Menteri Pendidikan (Pegawai Dasar & Setiausaha Akhbar) ketika Pakatan Harapan memerintah Malaysia pada Mei 2018.

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok