Berita Terkini

19 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jangan Terlalu Ghairah Untuk SOP Dilonggar

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Jul 2021 10:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai penerima dua dos lengkap suntikan vaksin COVID-19 kini mungkin sedang merancang apa yang hendak dilakukan apabila kelonggaran Operasi Prosedur Standard (SOP) untuk mereka, dimuktamad ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuat kuasa.

Mungkin ada yang merancang hendak makan angin, balik kampung atau segera bertemu pasangan yang lama terpisah. Mungkin ada juga yang mahu melepaskan geram melepak di kedai kopi atau restoran bersama kawan-kawan.

Ini sejajar dengan kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini bahawa kerajaan bakal memberi kelonggaran tertentu kepada penerima dos vaksin lengkap, antaranya dalam aspek perjalanan (travel) atau makan di restoran (dine in).

Kelonggaran juga dijangka diberi kepada pasangan jarak jauh dengan membenarkan mereka yang sudah menerima dua dos suntikan lengkap merentas negeri dan daerah untuk bersama pasangan masing-masing.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) telah diminta membuat penilaian semula berhubung SOP untuk golongan ‘dua dos’ ini. Butiran lengkap dijangka diumumkan tidak lama lagi selepas kajian teliti dan menyeluruh oleh Jawatankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

Memberi kelonggaran SOP kepada penerima dos lengkap vaksin secara positifnya membuktikan sementara kerajaan komited menguruskan COVID-19, langkah juga diambil agar rakyat sedikit demi sedikit menikmati kembali kehidupan asal seperti sebelum pandemik COVID-19 melanda.

Namun langkah ini mesti dilakukan dengan sangat berhati-hati agar matlamat yang baik tidak memberikan kesan sebaliknya atau adverse effects yang mendatangkan mudarat. Setiap langkah wajar mengambil kira situasi semasa COVID-19 yang boleh berubah-ubah serta pandangan pakar kesihatan. 

Menerima vaksin sekurang-kurangnya untuk dos pertama bererti seseorang sudah mendapat perlindungan awal serta pembentukan imuniti diri daripada ancaman COVID-19. Bagi penerima dos kedua, kadar imuniti diri pasti lebih kukuh.

Sehingga 27 Julai, keseluruhannya lebih 17.8 juta telah menerima suntikan dos pertama dan kedua di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Jumlah yang telah diberi dos pertama ialah 12.1 juta dan dos kedua 5.7 juta. Jumlah yang telah mendaftar untuk PICK pula menghampiri angka 20 juta. 

Namun begitu bagi mereka yang telah menerima dos lengkap, usahlah terlalu seronok atau ghairah apabila kelonggaran SOP diberi, seolah-olah merayakan kebebasan daripada COVID-19. Jangan beranggapan sudah kebal daripada jangkitan. Tambahan lagi ketika ini angka jangkitan dan kematian harian masih tinggi.

Sentiasa berwaspada kerana sekalipun menerima dos lengkap, mereka masih boleh terdedah kepada jangkitan COVID-19. Sudah berlaku di negara ini di mana yang sudah menerima dos kedua masih dijangkiti. 

Di United Kingdom dan Israel misalnya, masing-masing sejumlah 48.4 peratus dan 57 peratus penduduk telah menerima dua dos vaksin. Namun ramai daripadanya tetap dijangkiti, terutama dengan kehadiran varian baru Delta. Risiko penularan lebih tinggi dan mereka yang dijangkiti tidak bergejala.

Benar, suntikan vaksin boleh menjadi pendinding. Tetapi untuk mengekang COVID-19, amalan kesihatan baik mesti diteruskan dan SOP mesti dipatuhi. Terus pakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal dan kerap bersihkan tangan menggunakan sabun atau sanitizer. Duduk di rumah jika tidak ada urusan perlu di luar.

Kelonggaran perjalanan bukan lesen untuk terlalu kerap bertemu pasangan atau terlalu bebas bergerak ke sana sini atau melancong sesuka hati, apatah lagi memasuki kawasan atau berjumpa dengan mereka yang masih belum menerima dos lengkap. Ini akan hanya mendatangkan risiko jangkitan, menukarkan kegembiraan kepada kedukaan.

Kelonggaran dine in juga rahmat kepada kedai makan dan restoran yang dalam tempuh PKP hanya dibenarkan berniaga secara pandu lalu atau take away. Tetapi janganlah mengambil kesempatan melepak lama-lama di restoran, apatah lagi jika hanya menikmati segelas teh dan sekeping roti canai. Selagi COVID-19 masih mengganas, dan selagi Malaysia belum bebas daripada COVID-19, sentiasalah jaga diri.

Justeru penerima dos kedua khususnya berpada-padalah dengan apa yang dilakukan, Jangan hilang pertimbangan lantaran merasakan diri baharu terlepas dari ‘kurungan’.

Pada masa sama diharap lebih ramai rakyat Malaysia disuntik vaksin dalam jangka waktu sesingkat mungkin. Kepada yang belum mendaftar, segeralah berbuat demikian. Jangan terpengaruh dengan kempen anti vaksin dan jangan sombong untuk sengaja tidak mahu mendaftar. Utamakan keselamatan diri, keluarga dan negara.

Ingat, COVID-19 bukan cerita rekaan atau jenaka. Sentiasalah waspada. Lihatlah di sekeliling berapa ramai yang dijangkiti dan terlantar di hospital, dan berapa ramai pula yang menghadap Ilahi. Jangan tunggu sampai diri sendiri atau kaum keluarga terkena baharu hendak sedar diri. Ketika itu sudah terlambat. - Getaran, 29 Julai 2021

Bekas Penolong Ketua Pengarang Kumpulan akhbar keramat Melayu, Utusan Malaysia. Masih sarat dengan jiwa dan naluri kewartawanan, menulis tanpa jemu, berkarya tanpa ragu. Graduan Sarjana Sains (Kewartawanan) Universiti Boston, lewat 1984.

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Kolum 11 jam yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan