Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Harimau Malaya, Apa Pendekatan Kita Untuk Melindunginya?

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2021 10:59AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saudara pengarang

Ketika kita menyambut Hari Harimau Sedunia pada setiap 29 Julai, ia mencetuskan persoalan - adakah kita telah mengambil pendekatan yang mencukupi untuk melindungi Harimau Malaya?

Walaupun langkah berterusan telah diambil namun hidupan berkenaan masih diambang kepupusan.

Harimau adalah spesis payung. Dengan melindunginya, kita melindungi habitat hutan di mana binatang ini tinggal, kepelbagaian bio dan rantaian makanan yang menyokongnya. Ia seterusnya melindungi ekoservasi dan sumber semula jadi yang menjadi kepenggantungan manusia serta industri.

Bagaimanapun, pemburuan haram dan kehilangan habitat serta pembahagian hutan disebabkan pertumbuhan populasi manusia telah menyebabkan pengurangan harimau dengan cepat.

Untuk membasmi pemburuan dan jerat yang menjadi punca kepupusan Harimau Malaya, WWF Malaysia telah berkerjasama dengan banyak pihak termasuk Procter & Gamble (P&G).

Kerjasama ini bermatlamat untuk melindungi Harimau Malaya dalam Central Forest Spine (CFS) di Semenanjung Malaysia menerusi rondaan oleh pasukan ranger di gugusan kompleks hutan Belum-Temengor.

Kerjasama ini juga memberi tumpuan kepada kehilangan habitat serta pembahagian tanah akibat pertukaran hutan kepada tanah pertanian.

Hutan-hutan di Malaysia sering kali berkongsi sempadan dengan tanah pertanian, termasuk penanaman kelapa sawit.

Meskipun kerajaan melindungi kawasan hutan simpan di Semenanjung Malaysia, namun kebanyakan hutan-hutan ini telah dipecahkan, kecil dan terasing antara satu sama lain.

Haiwan besar seperti Harimau Malaya, Gajah Asia dan tapir memerlukan hutan yang bersambung untuk bergerak bagi mendapatkan makanan. Memandangkan banyak blok hutan yang terpencil, maka ia mengakibatkan pembiakan hanya antara hidupan di situ, sekali gus mengurangkan kepelbagaian genetik selain menyebabkan kepupusan tempatan.

Pembahagian hutan juga menyebabkan konflik manusia-hidupan liar. Spesis seperti harimau yang terperangkap di dalam blok hutan yang lebih kecil, akan bertembung dengan aktiviti manusia di pinggir hutan. Binatang ternakan di kawasan bersebelahan pinggir hutan akhirnya menjadi mangsa.

Bagi mengelak perkara ini berlaku, kita perlu mengenalpasti dan mewujudkan koridor hidupan liar untuk menyambung semula hutan-hutan dan jaringan hutan yang berkait rapat. Ia membolehkan populasi hidupan liar bergerak dari satu tempat ke tempat lain untuk membiak, menjaga variasi genetik serta kesihatan binatang berkenaan.

Adalah penting aktiviti pertanian dan habitat hutan semula jadi dapat wujud secara harmoni, memungkinkan pembangunan ekonomi tanpa memberi kesan negatif terhadap hutan yang berdekatan.

Dalam beberapa kes, tanah pertanian yang terletak di antara blok hutan berpotensi untuk menjadi koridor hidupan liar, membolehkan hidupan liar bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain.

Bagi pemilik ladang, terutama yang terletak bersebelahan dengan hutan, ia bermaksud mengasingkan sebahagian tanah mereka untuk penyambungan atau menjadi koridor hidupan liar. Koridor ini akan berfungsi untuk menghubungkan kawasan hutan dan memperbaiki habitat tumbuhan serta haiwan.

Untuk mengelakkan kehilangan harimau yang berterusan, kita mesti mencegah penebangan hutan. Pembukaan hutan untuk pertanian dan perladangan, serta pembangunan infrastruktur, perancangan yang teruk serta kurangnya pematuhan terhadap dasar alam sekitar akan menimbulkan ancaman serius bagi habitat spesies yang terancam di Malaysia. 

Untuk setiap projek yang berkaitan dengan alam sekitar, proses perancangan dan kelulusan yang tepat perlu dilaksanakan dan yang lebih penting, telus.

Semua ini adalah untuk melindungi harimau dan habitatnya, meningkatkan pengurusan hutan serta mengubah kawasan perladangan untuk menyokong pemuliharaan harimau. Ia memerlukan kerangka kerja yang komprehensif. 

Berdasarkan tiga tunggak Landskap Hidup WWF iaitu melindungi habitat hutan dan hidupan liar; menghasilkan minyak sawit secara lestari serta memulihkan kawasan yang terdegradasi sebagai koridor hidupan liar, keperluan manusia dan pemuliharaan alam dapat wujud bersama.

Untuk memungkinkan pendekatan bersepadu ini, kita perlu bekerjasama dengan semua pihak yang berkepentingan bagi memastikan pemuliharaan dan peningkatan persekitaran semula jadi secara berterusan.

Melindungi Harimau Malaya memerlukan penglibatan semua pihak yang berkepentingan dan pendekatan bersepadu bagi menangani isu-isu utama yang mendorong kepada kepupusannya. Kita mesti bekerjasama sekarang, sebelum ia terlambat. - Getaran, 29 Julai 2021

WWF adalah Tabung Hidupan Liar Sedunia.

Sementara Hari Harimau Sedunia dilancarkan 29 Julai setiap tahun, bertujuan memupuk kesedaran mengenai kepentingan menjaga harimau terutama di kalangan generasi muda.

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan