Berita Terkini

16 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Kritikan Pedas Dalam Irama Rap

Roslen Fadzil menyingkap evolusi muzik hip hop dan kebangkitan penyanyi rap di Malaysia dari era 90-an sehingga hari ini.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2021 8:25AM

MC Hammer ketika datang ke KL menjayakan Konsert Too Legit To Quit. - Gambar oleh SlenFadzil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada 1992, saya telah ditugaskan mewawancara tiga anak muda kacak daripada kalangan adik-beradik. Mereka belum lagi terkenal ketika itu, maklumlah baru hendak muncul dengan album pertama.

Selepas dihubungi oleh pihak EMI Malaysia, kami pun bersetuju membuat sesi foto khas untuk akhbar Harian Metro di kaki lima kedai lama (kedai rempah ratus), bersebelahan Pasar Budaya, Kuala Lumpur. 

Mereka tidak banyak bercakap khususnya saudara yang tengah bernama Yusry Abdul Halim. Sebaliknya indvidu yang lebih petah bersuara adalah abang sulung mereka, Norman, manakala sementara adik paling bongsu, Edry, lebih banyak tersenyum.

Pada hari itulah saya mula berkenalan dengan KRU. Daripada first encounter lagi, saya dapat hidu vibes yang berbeza daripada trio itu. Mereka bukan sahaja miliki pengetahuan malah idea, bakat, keberanian dan rancangan masa hadapan. Mungkin kelainan ini disebabkan waktu remaja mereka dihabiskan di England. Di sana, mereka lebih terdedah dengan muzik Barat secara langsung.

Melalui album pertama mereka berjudul Canggih, KRU memuatkan lagu-lagu berentak pop, tarian dan rap. Antara yang menjadi hit dan saya gemari adalah Hanya Kau. Sejak itu mereka terus popular and the rest is history.

Pada masa yang sama, kumpulan 4U2C yang digilap oleh produser suami isteri, Man Senoi dan Mama Rap, turut menambat hati pendengar. Kumpulan ini menggabungkan lebih ramai anggota all boys iaitu AC Mizal, Azam, Joe, Yanz, Rin, Lan dan Adik. Boleh dikatakan saban minggu, Mama Rap pasti akan menelefon atau datang bertemu saya di Balai Berita, Bangsar untuk memaklumkan tentang perkembangan 4U2C.

Ternyata, kemaraan genre hip hop dan rap merebak di Malaysia pada detik itu semacam mengambil alih tempat rock kapak dan tangkap leleh. Boleh dikatakan setiap syarikat tempatan dan label muzik berebut-rebut menerbitkan album hip hop dan rap. 

Antara yang masih saya ingat adalah Nico, Feminin, Res2, M'Steen, Krash Kozz, Poetic Ammo dan Naughtius Maximus. Mereka bukan sahaja laris membuat persembahan malah meraih trofi dalam acara besar seperti Anugerah Industri Muzik (AIM) dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Kemudian, muncul pula rappers dan penyanyi hip hop yang lebih padu seperti Too Phat (Joe Flizzow & Malique), SonaOne, Altimet, RJ (Rapper Janggut), Waris, Aman Ra, Namewee, Syamsul Yusof, Ben Ladin, Hunny Madu, Balan Kashmir, Kayda, Caprice, Cat Farish, Zizan Razak, Yonniboi, Zizi Kirana, MK K-Clique, Loca B, Noki dan Zynakal. Bukan sahaja diminati di Malaysia, ada juga di antara mereka yang begitu popular di Indonesia.

Selain itu, ada juga beberapa nama berbakat yang  sedang mencari tempat dalam pentas arus perdana seperti Karmal, Kidd Santhe, Jin Hackman, Zamaera dan Dose Two. Muzik video mereka juga boleh ditonton di laman YouTube.

Kalau dikaji, budaya hip hop ini berasal-usul di Bronx, New York dan wujud sejak 1970-an lagi di kalangan komuniti kulit hitam. Selain seni graffiti, elemen hip hop juga termasuk turntabling, deejaying dan rapping. Rap bagi mereka adalah luahan rasa bersifat anti-establishment serta kritikan sosial seperti penindasan yang sering berlaku ke atas mereka. Luahan ini disampaikan dalam bentuk percakapan yang deras tetapi masih dalam lingkungan rentak sesebuah lagu itu. Pun begitu bahasa mereka jauh lebih lancang, pedas dan provokatif.

Evolusi lagu hip hop dan rap kemudiannya berkembang dan menjadi semakin berpengaruh sehingga mendapat tempat dalam pelbagai anugerah utama termasuk Grammy Awards. 

Antara legenda dalam lagu hip hop dan rap dunia adalah Tupac Shakur, The Notorius B.I.G. Snoop Dog, Eminem, Kanye West, will.i.am, Jay Z, Lil Wayne, MC Hammer, Coolio, Ice Cube dan Vanilla Ice. Kanye West berada dalam liga yang teratas kerana sudah 22 kali memenangi kategori hip hop dan rap dalam Grammy Awards.

Nama-nama bintang hip-hop dan rappers di kalangan artis wanita pula tidak lain daripada Cardi B, Nicki Minaj, Missy Elliott, Lauryn Hill, Queen Latifah, Salt-N-Pepa dan Lil’ Kim. Masing-masing berupaya menonjolkan identiti tersendiri dan mencipta pelbagai kontroversi.

Di Malaysia, rap semakin berkembang dan telah lama dikolaborasikan dalam pelbagai genre muzik. Ada lagu bertemakan cinta, dakwah, teguran sinikal serta kritikan sosial terhadap sikap serta perangai manusia.

Kita merasa begitu tersentuh mendengar lagu dakwah Alhamdulillah nyanyian Yasin, Too Phat & Dian Sastrowardoyo dan terkini, Thank You Allah (Alyah & Cat Farish). Kedua-dua lagu itu memang cukup saya gemari kerana melodi dan liriknya sampai ke jiwa.

Kalau ikut selera , saya lebih suka lagu pop, soul dan R &B yang digabungkan dengan rap. Melodi yang memikat tetap menjadi keutamaan saya dalam mendengar setiap lagu. Kalau lagu hip hop Inggeris, I’ll Be Missing You daripada Puff Daddy dan Faith Evans serta Get Ur Freak On (Missy Elliott), memang kekal evergreen dalam minda saya.

Begitu juga dengan lagu Melayu seperti Pejamkan Mata (Malique & Dayang Nurfaizah), Teman Pengganti (Black & RJ), Apa Khabar (Joe Flizzow & SonaOne), Selamat Tinggal (Dina Nadzir & Zizan Razak), Bunga & Amboi (Altimet), Hikayat Ben Ladin (Ben Ladin), Berserah (Ismail Izzani & Zizan Razak), EH (Zizi Kirana), Sakit (Zynakal & Yonnyboii), Pulang (K-Clique) dan Gila (Kaka Azraff, Noki & Loca B).

Mengimbas tentang evolusi hip hop dan rap, Dato Norman Abdul Halim berkata, pada zaman awal mereka, KRU sendiri berdepan situasi yang sukar.

“Hampir kesemua lagu dalam album pertama kami, Canggih, digam di stesen nasional kerana dikatakan tidak menepati kriteria penyiaran seperti lirik bercampur aduk Bahasa Melayu dan Inggeris. Jadi kami terpaksa bertumpu kepada persembahan showcase dan bergerak sendiri bagi membina nama.

“Pada album kedua, barulah kami mendapat rentak dan semakin faham selera pendengar, sambil meluahkan ketidakpuasan kami terhadap apa yang berlaku kepada kami pada masa itu.

“Saya berpendapat dengan berkembangnya dunia teknologi dan media sosial pada hari ini, masyarakat mahupun stesen penyiaran telah lebih bersikap terbuka menerima lagu hip hop dan rap termasuk bentuk-bentuk lagu dianggap terlarang pada zaman kami dulu,” ujar Norman.

Bagi saya, biar apapun yang diperkatakan Norman, KRU telah mencipta sejarah dan fenomena tersendiri dalam sejarah muzik di Malaysia mahupun rantau ini. KRU bukan sahaja mencipta kejayaan buat diri mereka tetapi turut membantu kecemerlangan artis lain melalui karya-karya mereka untuk Feminin, Anuar Zain, Jaclyn Victor dan Anita Sarawak.

Menariknya, ketika saya berborak dengan seorang rakan dunia seni, dia berseloroh, Orang Melayu dulu-dulu sudah lama membuat rapping. Katanya, cubalah cucuk atau sergah seorang makcik yang melatah – tentu dia akan terkejut bak terkena renjatan elektrik dan terus membuat rapping! - Getaran, 10 Jul 2021.

Isu Pada

Inkarnasi Joe Flizzow

10 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 bulan yang lalu

Hip Hop Jadi Pilihan Ketua Pemuda Umno Untuk Dekati Anak Muda

2

Luar Negara 6 bulan yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

3

Selebriti 9 bulan yang lalu

Penyanyi Legenda Bossa Nova, Astrud Gilberto Meninggal Dunia

4

Filem & TV 10 bulan yang lalu

Asalnya Untuk Tayangan Astro First, Tapi Filem Zim Zim Ala Kazim Arahan Mawi Akan Ditayangkan Di Panggung Terlebih Dahulu 

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Kolum 2 jam yang lalu

Meredah Cabaran Peralihan Tanpa Subsidi Minyak di Malaysia

oleh Nasser Ismail