Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Gelombang Ke-5 COVID-19 Suatu Kemungkinan

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2021 3:27PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada hari Jumaat, 24 Jun 2021, pakar penyelidik kesihatan Datuk Dr Amar Singh HSS telah menerbitkan rencana bertajuk “Beware The Fifth Wave Of COVID-19” atau Waspada Gelombang Kelima COVID-19 di laman sesawang Code Blue. Penulisan ini menggerakkan Biro Penyelidikan Pejuang untuk menganalisa risiko gelombang kelima melanda Malaysia. Malangnya, kajian menunjukkan memang wujud risiko berlakunya gelombang kelima COVID-19, antara lain kerana kadar penurunan kes baru yang masih agak perlahan, kadar ujian jangkitan yang masih rendah dan risiko varian-varian baru menular.

Biro Penyelidikan Pejuang juga bersetuju dengan pendapat Datuk Dr Amar yang jika benar lonjakan jangkitan berlaku semula dalam tempoh beberapa minggu ini, gelombang kelima pasti lebih parah dari apa yang sudah pun dialami oleh negara kita setakat ini, terutama sekali dari segi jumlah jangkitan dan kematian. Senario ini pasti mencemaskan masyarakat yang masih lagi melalui keperitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, malah gelombang keempat pun belum selesai lagi!

Pemerhatian Datuk Dr Amar tidak boleh dipandang ringan berdasarkan ketepatan kajian dan lontaran pendapatnya tentang penularan wabak COVID-19 di Malaysia sebelum ini. Antara lain, beliau pernah mengetengahkan analisa peningkatan kadar kematian COVID-19 yang semakin mendadak sebagai amaran wabak tersebut belum terkawal beberapa minggu sebelum gelombang keempat diakui kerajaan.

Antara faktor yang mengesahkan wujudnya risiko gelombang kelima adalah;

1. Kadar penurunan jangkitan harian yang agak melandai, terutama bila dianalisa berdasarkan purata tujuh hari. Unjuran data menunjukkan kadar jangkitan harian akan mengambil masa lebih dari dua bulan, yakni berkemungkinan sehingga awal bulan September (seperti di bawah), untuk turun ke tahap 4,000 jangkitan sehari. Ini jauh lebih lewat sasaran Pelan Pemulihan Negara kerajaan yang ia boleh dicapai menjelang akhir bulan Jun ini! Ia juga menjadi tanda amaran yang kadar jangkitan boleh kembali melonjak naik jika kita leka dan tidak waspada.

2. Perlaksanaan program vaksinasi sedia-ada dengan sendiri tidak akan sempat menghalang penularan semula;

a. Merujuk purata pemberian vaksin minggu ini, sekitar 220,000 dos vaksin mampu diberikan oleh Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dalam sehari. Kadar ini masih terlalu rendah untuk mencapai sasaran Pelan Pemulihan Negara dan menurut pelbagai laporan, ia kini dikekang masalah kapasiti atau dibelenggu isu bekalan vaksin mencukupi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

b. Pendapat pakar-pakar bahawa mereka yang sudah pun lengkap menerima (dua dos) vaksin mungkin perlu menerima ‘booster’ atau suntikan tambahan sekitar 6 bulan ke setahun kemudiannya. Ini bermaksud, ‘front-liners’ kita yang sudah pun menerima vaksin pada bulan Mac 2021 mungkin memerlukan suntikan vaksin semula dalam beberapa bulan lagi! Padahal ramai lagi pada masa itu belum lagi menerima dos pertama vaksin sekalipun.

c. Berdasarkan kedua-dua faktor di atas, dikhuatiri sasaran PICK menurut Pelan Pemulihan Negara sekali lagi tidak mungkin tercapai. Kerajaan mungkin mencapai sasaran 10 peratus dari 26 juta penduduk dewasa menerima vaksinasi penuh menjelang awal Julai 2021, yakni cuma sedikit tergendala dari sasaran akhir Jun, tetapi sasaran berikutnya, 40 peratus menjelang akhir Ogos 2021 amatlah mencabar, apatah lagi imuniti berkelompok bagi seluruh negara menjelang akhir tahun!

3. Kadar positif ujian saringan Polymerase Chain Reaction (PCR) COVID-19 terlalu tinggi, dengan lebih 6.5 peratus dari yang diuji dikesan positif sejak sebulan lepas. Ini menunjukkan ujian saringan yang dilaksanakan tidak mencukupi untuk mengesan para pesakit dan pembawa virus COVID-19, sekali gus meningkatkan risiko penularan oleh mereka yang tidak dikesan. Ujian PCR harus ditingkatkan atau sekiranya ada kekangan, di tampung dengan perlaksanaan ujian ‘Antigen Rapid Test Kit’ (RTK-Ag) yang walaupun kurang tepat, cukup murah sebagai ujian saringan pertama.

Kerajaan sewajarnya menyasarkan kadar positif di bawah paras lima peratus dari ujian PCR bagi memberi keyakinan bahawa kesemua pesakit atau pembawa virus COVID-19 yang aktif dapat dikesan dengan sebaiknya.

4. Risiko mutasi baru COVID-19 yang menunjukkan tahap kebolehjangkitan lebih tinggi seperti Varian Delta di India. Kajian awal dari Australia yang merujuk kepada Varian Delta+ pula mendapati jangkitan tidak lagi memerlukan 15 minit, tetapi pertembungan selama 10 saat sahaja cukup untuk jangkitan berlaku!

a. Ini bermaksud masyarakat tidak boleh leka dalam berinteraksi walau seketika malah perlu bukan sekadar ‘patuh SOP’ tetapi membudayakan tabiat-tabiat selamat sesuai dengan norma baru. Namun pembudayaan tersebut jelas belum berlaku, seperti terlihat sejurus sebelum PKP 3.0 dilaksanakan, baik di sekolah, tempat kerja mahupun pasar serta bazar.

b. Risiko mutasi atau varian baru ini jugalah seharusnya menjadi punca kerajaan menilai semula pelan melonggarkan PKP seperti menurut Pelan Pemulihan Negara. Pelan tersebut mungkin terlalu agresif dan hasil melonggarkan PKP akhirnya adalah gelombang kelima COVID-19 yang diperkatakan.

5. Masalah sosial yang semakin melonjak sepanjang PKP 3.0, seperti kenaikan kes dera serta pembunuhan diri, terutama sekali akibat tekanan kewangan, juga membawa risiko penularan semula. Rakyat mungkin dengan sendirinya tertekan untuk melanggar arahan PKP kerana terpaksa mencari rezeki. Peralatan asas untuk melindungi diri dari penularan seperti topeng muka dan cecair pembersih atau ‘sanitizer’ juga mungkin mula diabaikan akibat keperluan berbelanja untuk makan-minum, sewa rumah dan sebagainya. Apatah lagi apabila PKP dilanjutkan?

a. Kerajaan perlu lebih prihatin akan risiko ini serta melaksanakan inisiatif seperti moratorium automatik bagi para peminjam sehinggalah tercapainya Imuniti Kelompok. Selain itu, perlanjutan program i-Sinar, penurunan kos elektrik, air serta internet dan pelbagai ide lain haruslah dilaksanakan segera. Malah mekanisme bantuan makanan asas yang lebih berstruktur wajib dipertimbangkan bagi seluruh masyarakat.

b. Selain bantuan kewangan serta fizikal, sokongan kerohanian juga diperlukan. Tanpa sokongan komuniti masjid, kuil, gereja dan sebagainya sewaktu PKP, tiang seri keharmonian majoriti besar masyarakat Malaysia seolah-olah hilang. Selain itu, sistem kebajikan masyarakat baik awam mahupun swasta terus tertekan dalam usaha menampung tekanan jiwa semakin ramai rakyat. Ini perlu perhatian tertumpu kerajaan.

Cabaran COVID-19 memerlukan perhatian berterusan, kecekalan jiwa masyarakat, pembudayaan norma baru agar lebih selamat dan penggembelingan usaha kita semua oleh kepimpinan yang mantap. Kita tidak boleh sesekali leka atau terlalu yakin dengan pelan yang sedia-ada kerana risikonya adalah lebih ramai menempah maut. Semoga kerajaan, atau bakal penggantinya, boleh mempertimbangkan penambahbaikan di atas agar kita dapat bersama-sama bukan sekadar mengelak dari berlakunya gelombang kelima, malah berupaya merdeka dari belenggu COVID-19. - Getaran, 27 Jun 2021

Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi adalah Ketua Biro Penyelidikan, Parti Pejuang Tanah Air

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Kolum 18 jam yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan