Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Seniman - Kecanggihan Dan Kebenaran

Kreatif atau artistik? Yang mana satu ada pada para seniman?

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2021 8:50AM

Gambar: Twitter @mnasirmohdnasir

oleh

Ad Samad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aku pernah katakan kepada Datuk M. Nasir bahawa dia bukanlah seorang yang kreatif. Melihat pada air mukanya, kelihatan beliau menahan diri dari mempamerkan sebarang ekspresi  walaupun curious akan apa yang akan aku perkatakan.

Aku kenal beberapa orang kreatif dan mereka sangat pantas mengeluarkan pelbagai idea. Mereka mudah untuk mereka-reka cerita dan mengada-adakan benda yang tiada. Mereka sangat spontaneous, cepat dan cekap berfikir untuk berbalas kata.

Mengenali M. Nasir, beliau bukanlah seorang yang begitu. Beliau sentiasa berperang mendapatkan idea atau ilham. Beliau bukanlah seorang yang spontaneous.

Lihatkan sahaja cara beliau bertutur dan mengeluarkan pendapat! Beliau bergelut dengan setiap kata-kata.

Lebih setengah daripada apa yang beliau perkatakan disalah anggap dan tidak dimengerti oleh sesiapa. Terutamanya golongan kreatif yang merasakan mereka mengerti apa yang diperkatakan beliau.

Apabila mencambahkan idea, lebih banyak idea-idea yang beliau hasilkan adalah 'lemah' berbanding dengan yang baik, justeru idea-idea lemah itu beliau "ramas semua dan dibuangkan jauh dari pandangan."

Tidakkah sangat ironi, malah counter-intuitive sekali jika difikirkan seorang pencipta lagu dan penulis seni kata yang hebat, malah seniman agung seperti M. Nasir, sebenarnya seorang yang sukar melahirkan pengucapan perasaan dan fikiran?

Ini kerana M. Nasir bukanlah seorang yang kreatif.

Sebaliknya M. Nasir adalah seorang yang artistik.

Dari pengamatan aku, oleh kerana orang kreatif sangat cepat mengeluarkan idea, maka mereka akan mudah cenderung menjadi pembohong. Mereka mudah menjadi pathological liar atau pembohong kompulsif.

Aku telah melihat sendiri ciri-ciri ini di kalangan para pemuzik yang kreatif. Mereka sangat cepat membuahkan idea dan mereka cerita.

Pengamatan ini disokong oleh pakar neurologi — iaitu V.S Ramachandran yang mengatakaan bahawa seseorang yang kreatif mempunyai otak yang mempunyai jumlah neuron tertentu dan synapse yang lebih tinggi daripada tahap manusia yang biasa.

Ini membolehkan sebahagian otak mereka berhubung dengan bahagian yang lain dengan lebih laju, justeru berupaya menghasilkan 'bahan-bahan rekaan' dengan lebih mudah dan pantas. Mereka berupaya berbohong tanpa memerlukan lebih banyak fokus dan usaha.

Perbezaan di antara kreatif dan artistik bukanlah sekadar semantik. Sebaliknya mempunyai nilai praktikal di dalam memahami sifat-sifat kemanusiaan.

Tidak seperti sekadar seseorang yang kreatif, seorang artistik bergelut dengan idea. Idea adalah sesuatu yang sukar, maka itu ia sangat berharga seperti permata.

Sekiranya idea adalah sesuatu yang mudah, lebih ramai di kalangan kita yang menjadi pencipta dan kaya-raya. Kerana idea adalah sesuatu yang sukar dan elusif, maka kebanyakan kita akan hanya tergolongan di dalam golongan kebanyakan, yang menjadi pemuja para insan luar biasa.

Seorang artistik mesti authentic, atau tulen, tapi aku bahasakan sebagai; kebenaran. 

Setiap hasil ciptaan mereka adalah berdasarkan kebenaran, walaupun di dalam perkara rekaan atau berbohong.

Kebolehan mereka melihat sesuatu kebenaran dari pelbagai sudut memberi mereka kebolehan untuk menghasilkan semula kebenaran itu kepada sesuatu persembahan atau penampilan seni yang telah terherot daripada paras rupa kebiasaan.

Dan herot-berot atau pengubahsuaian 'kebenaran' yang mereka 'lukiskan', baik dalam kata-kata, lukisan, malah irama akan menjadi sesuatu yang begitu unik, indah, lagi berharga, merentas masa.

Tingkatan tertinggi di dalam ciri-ciri seseorang yang artistik, adalah citarasa. 

Ramai yang boleh mencipta, tetapi tak ramai yang mampu mencipta dengan citarasa. Untuk mempunyai citarasa adalah untuk memiliki sophistication.

Menjadi sophisticated —atau canggih— memberi seseorang itu citarasa yang tinggi, lalu berkebolehan membuat pilihan-pilihan yang sesuai, tepat, malah tersendiri.

Inilah apa yang ada di dalam diri Datuk M. Nasir-- ketulenan dan kebenaran di dalam berkarya, serta citarasa yang tersendiri dan tinggi.

Citarasalah yang membuat beliau mengambil setiap keputusan dan pilihan; baik dari segi gaya hidup atau seni rekaan, berbeza daripada kebanyakan orang. Justeru beliau kelihatan pelik atau unik, berbanding kebanyakan orang.

Dari pergaulan aku dapati, tidak ramai kawan-kawanku di dalam muzik dan filem terdiri daripada golongan artistik, sebaliknya mereka hanya lebih bersifat kreatif.

Mereka handal bermain alat muzik dan kreatif di dalam menghasilkan pelbagai jenis lagu, irama, ritma dan membuat persembahan yang menakjubkan.

Mereka belajar dan terlatih dari segi teori dan amali, justeru mereka mahir menggunakan peralatan mereka, seperti juga seorang operator mesin di kilang yang memahiri mesin-mesin di kilang. Kemahiran adalah akibat daripada mengulangi sesuatu perbuatan yang sama, setiap hari untuk sekian masa. 

Aku tiada maksud merendahkan pekerjaan seorang operator mesin kilang, tetapi hanya mengutarakan perihal perkara-perkara manual yang mundane. Atau biasa. Atau kebiasaan. 

Kebiasaan yang menghasilkan keselesaan akan melemaukan, malah mematikan kreativiti dan artistri. Keselesaan adalah permulaan kepada penghujungan kehidupan kreatif dan artistik.

Mengingini kebenaran, ketulenan dan mengamalkan citarasa tinggi dan tersendiri adalah sesuatu yang tidak semestinya ada pada diri setiap mereka yang kreatif. 

Seseorang kreatif mungkin mampu membeli Mercedes, tetapi tidak mampu memiliki class. Kerana class adalah kecanggihan atau sophistication.

Seperti juga ramai para politikus yang kaya-raya tetapi tiada class.

Bercakap mengenai politikus, aku dapati lebih ramai politikus yang kreatif berbanding pemuzik yang kreatif.

Cerita-cerita yang direka-reka mereka sangat menakjubkan. Kebolehan mereka berbohong, memutar-belit dan berkhianat sambil memberi alasan atau hujah-hujahan,  adalah amat kreatif dan akan sukar ditandingi mana-mana para penulis professional. 

Mereka berkebolehan menghubungkan satu dot ke satu dot untuk menjelmakan sesebuah gambaran yang tidak wujud atau ilusi ke minda-minda manusia dengan jelas dan berkesan sehinggakan ramai yang percayakan mereka sehingga sanggup berbuat pelbagai perkara. 

Begitulah sifat kreatif mereka, sehingga mudah mencipta penipuan dari bibir-bibir mereka dan menghembusnya dari celah-celah gigi, seperti air liur yang telah sarat bertakung akibat dirembes oleh lidah yang hyper berfungsi.

Hmmm, kembali ke perenggan permulaan.

Aku tidak pernah dan tidak akan mengatakan M. Nasir sebagai seorang yang kreatif.

Tahap kreativinya adalah sederhana.

Tetapi, kesenian yang ada di dalam setiap detik nadinya adalah agung.

Terlalu agung untuk dihampiri kepalsuan dan kepuraan. - Getaran, 23 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

2

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

3

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

4

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

5

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

6

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan