Berita Terkini

8 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Apabila Orang Muda Tidak Lagi Faham Bahasa

Memang seperti sebuah 'communication breakdown'. Pihak yang menyampai salah menyusun kata, pihak yang mendengar gagal memahami malah menyalah tafsir apa yang cuba disampaikan.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2021 11:31AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dua minggu lepas, kenyataan lama Datuk Prof. Dr. Muhaya seorang pakar motivasi tiba-tiba tular apabila klip petikannya dimuat naik lalu mencetus perdebatan di gelanggang alam maya.

Di dalam klip berkenaan, pakar motivasi yang juga doktor mata itu menyebut tentang wanita sebetulnya perlu berlagak bodoh-bodoh jika mahu cepat jodoh.

Dan saya bukannya mahu sama menyertai debat mengenai siapa betul atau siapa salah, tetapi apa yang ingin saya ketengahkan dalam kolum kali ini adalah betapa penerimaan nasihat oleh anak muda hari ini tidak lagi seperti dulu.

Situasi berkenaan tidak ubah seperti sebuah communication breakdown apabila pihak yang menyampai salah menyusun kata kemudian pihak yang mendengar pula gagal memahami malah menyalah tafsir apa yang cuba disampaikan.  

Orang dulu tatkala disua nasihat, mereka akan cuba hadam sebagai tanda hormat kerana bagi mereka orang yang lebih berusia adalah jauh arif akan asam garam kehidupan.

Berbanding generasi hari ini pula, ramai dikalangan mereka laksana telinga tempayan - sukar menerima nasihat kerana berasakan yang mereka lebih pandai. Almaklum membesar dalam dunia teknologi tanpa had. 

Anak muda masa kini amat berani menayang emosi, cepat melenting dan enggan kalah pendapat. Internet dan media sosiallah menjadi medium mencurah perasaan, tempat untuk menghentam, melampiaskan amarah malah untuk menonjolkan kebodohan.

Mahu ditegur, jangan dicuba. Nanti dikatakan menghalang kebebasan bersuara pula. 

Oleh sebab itu, gaya nasihat ibu-ibu zaman dulu tidak lagi berkesan untuk mengasuh kanak-kanak serta remaja hari ini yang lebih dididik oleh internet.

Bahasa kiasan tidak relevan kerana ianya lebih mengundang salah tafsir memandangkan kebanyakan anak muda sekarang tidak lagi mencintai bahasa ibunda sendiri.

Di dalam kehidupan seharian khususnya di kawasan bandar, bahasa perbualan sudah bercampur-baur antara Melayu dan Inggeris. Masuk kedai buku, mungkin kita boleh jumpa cuma lima peratus sahaja buku berbahasa Melayu.

Sudahlah generasi sekarang tidak gemar membaca, bertambah miskinlah ilmu di dada apalagi cuba untuk memahami kiasan bahasa.

Saya sendiri secara peribadi sebenarnya lebih gemar membaca ulasan, mendengar ceramah di dalam bahasa Melayu.

Kerana indahnya bahasa Melayu itu, apabila ianya mahu memerihalkan sesuatu yang baik, bait kata yang digunakan untuk memberi penerangan selalunya amat indah. Dan begitulah juga yang disebaliknya apabila memberi penerangan kepada sesuatu yang negatif.

Sebagai contoh, “He’s an alcoholic.”  Apabila diMelayukan, ia berbunyi, “Dia seorang kaki botol.”

Perlambangan kaki botol itu seburuk-buruk kiasan, walaupun di dalam bahasa Inggeris bunyinya tidaklah seteruk mana. Melalui nahu bahasa yang tepat, penegasan kepada segala apa yang jelik itu berbunyi lebih jelas dan memberi kesan jauh mendalam.  

Namun begitu, saya juga setuju yang amat tidak adil jikalau kita mengukur kemampuan generasi hari ini berdasarkan pengalaman orang dulu-dulu.

Kita tidak boleh menyamakan antara yang muda dan yang tua kerana gaya hidup jauh berlainan. Cara dan suasana dibesarkan tidak sama. Generasi datuk nenek kita, Baby Boomers kerja bersusah payah memastikan anak-anak mereka dapat hidup senang-lenang.

Masuk Generation X, golongan ini mencorak laluan kepada sebuah kehidupan moden manakala Millenial membesar di dalam dunia yang sedang berkembang secara digital. Generation Z dan Alpha pula ibarat lahir seiring dengan teknologi di mana telefon pintar itu laksana keperluan asas untuk hidup.

Kalau orang dulu mengadap buku, budak-budak sekarang mengadap telefon. Oleh itu, tidak patut juga kita letakkan kekhilafan generasi kini seratus peratus di atas bahu mereka apabila kita sendiri yang menjadi antara penyumbang kepada situasi tersebut.

Inilah realiti masa depan yang terpaksa kita telan. Media massa dan media sosial menyogok idea keterbukaan yang mendorong anak muda agar lebih ekspresif dan berani menyuarakan pendapat.

Generasi malu-malu era terdahulu sudah pun jauh ditinggalkan. Maka dengan itu, cara untuk memberi nasihat kepada generasi anak muda hari ini memerlukan pendekatan yang sedikit berbeza.  

Walaupun begitu, alangkah sedihnya jikalau kebebasan bersuara generasi ini membuatkan anak-anak muda ini hilang rasa hormat kepada mereka yang lebih berusia.

Sudahlah tidak faham bahasa, lupa pula pada adab dan budi bahasa. Dengan tidak semena, yang tua pula terpaksa beralah, cuba mengambil hati yang muda agar mereka mendengar kata supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Memang benar generasi hari ini egonya besar kerana mereka rasa diri entitled dan privileged.  Mereka memang tidak mahu kalah pendapat dan sentiasa ingin menang, meski pun sekadar menaip di media sosial. 

Bersangkutan dengan kontroversi Datuk Prof. Dr. Muhaya yang saya sebutkan awal-awal tadi, apa yang ingin disampaikan oleh pakar motivasi berkenaan – pada telahan saya - adalah, wanita hari ini perlu belajar untuk menundukkan sedikit egonya.

Hakikat di mana ramai wanita hari ini yang sudah berjaya dalam kerjaya jauh gah dari lelaki, sedikit sebanyak membuatkan ada kalanya mereka lupa untuk meninggalkan ego di tepi pintu sebelum pulang memasuki rumah.

Di pejabat dia bos, di rumah pun dia masih mahu jadi bos. Ada betulnya di situ. Tetapi sebagaimana yang saya katakan tadi, mereka yang mendengar telah mentelaahnya dengan tafsiran yang berbeza.

Mungkin selepas ini Prof. Muhaya (dan generasi berusia lain) perlu memperbaiki cara memberi penerangan, pandangan serta nasihat kepada anak-anak generasi TikTok dan Netflix ini.

Gunalah bahasa yang paling mudah - khas untuk generasi yang tidak faham bahasa. Habis cerita. - Getaran, 20 Jun 2021

Semua gambar hiasan: Pexels

Isu Pada

YHB Sleepsalot Mencari Suara Sendiri

19 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Orang Ramai Diminta Henti Perbuatan Hina Agama Di Media Sosial - Mohd Naim

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Kongsi Aktiviti Anak Di Media Sosial Undang Risiko Jenayah Seksual

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Scammer Guna Media Sosial Iklan Lesen Memandu Murah, Mudah - JPJ

4

TARA 6 bulan yang lalu

Berpakaian Kurang Sopan Ketika Berjual Beli Di Media Sosial, Apa Hukumnya?

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 jam yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan