Berita Terkini

22 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pertingkatkan Seni Resume Kita

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2021 5:14PM

Gambar dari unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Artikel ini adalah sambungan dari artikel Seni Resume: Perkara Utama Yang Kita Perlu Beri Tumpuan yang telah diterbitkan pada 15 Mac 2021.

Mesej utama artikel tersebut adalah “Resume perlu di tailor-made bagi setiap permohonan kerja”.  Boleh baca balik artikel tersebut.

Kalau begitu, nak letak apa dalam resume? 

Kita mula balik dengan matlamat kenapa nak sediakan resume dan apa itu resume di mata majikan?

Matlamat utama kita sediakan dan menghantar resume adalah bagi membuatkan orang yang membaca itu tertarik untuk berjumpa dan memanggil kita menghadiri sesi temuduga (IV).

Minggu ini saya ada baca ciapan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dengan nilai lebih kurang RM1.5 bilion.

Beliau menyatakan: ''today I received the best resume I have seen.''

Beliau menyatakan yang resume terbaik yang pernah dilihatnya itu menyenaraikan bagaimana pengalaman dan kemahiran yang ada dalam diri penulis resume tersebut dapat memberi nilai pada syarikat untuk mencapai tiga isu utama.

Penulis resume telah membuat penyelidikan tentang isu-isu syarikat dan menyediakan resume berdasarkan tiga isu tersebut.

Semua ini dalam dua muka surat sahaja. Majikan akan melihat dan membaca beratus dan beribu resume. Mereka akan mengambil masa 15 hingga 30 saat untuk membuat keputusan untuk panggil IV atau tidak.

Jika mohon online, mungkin sistem IT yang membuat penilaian awal bagi pihak majikan akan mengambil masa kurang dari satu saat untuk membuat keputusan. Sama ada mohon online atau dengan cara hardcopy, penyediaan resume masih diperlukan.

Sebuah resume adalah ringkasan cerita secara rasmi atau formal tentang diri kita, memberi maklumat yang wajar kepada bakal majikan kita perihal kemahiran, pencapaian dan pengalaman kita setakat ini. 

Ini akan merangkumi aspek pengalaman kerja (susun mula dengan yang terkini) dan senarai pencapaian akademik kita dari yang paling tinggi hingga ke SPM.  Selepas itu kita akan memberi mana-mana lagi kemahiran yang bersesuaian untuk kerja yang kita pohon tersebut, senarai hobi yang berguna dari segi profesional, aktiviti-aktiviti kemasyarakatan atau sukarela dan apa-apa pencapaian lain yang relevan.

Ini senarai beberapa isu berdasarkan pengalaman menyemak resume anak-anak muda yang baru memasuki dunia pekerjaan:

Kita tidak menunjukkan pencapaian dan fakta untuk membuktikan pencapaian dalam perkara-perkara penting yang kita bangkitkan dalam resume.  Boleh lihat contoh-contoh berikut sebagai panduan yang baik:

Saya bertanggungjawab menyediakan 'Accounts Payable' untuk 30 pembekal syarikat dan dalam sebulan akan memproses invois bernilai RM20 juta.

Sebagai Bendahari Persatuan Usahawan, saya telah berjaya menguruskan dana sebanyak RM20,000.

Saya mula sebagai intern dan disebabkan prestasi saya bagus, saya telah ditawarkan kerja tetap selepas tamat pengajian.

Jangan pandang-rendah dengan kerja atau side gig yang tidak formal tetapi relevan untuk kerja tersebut.  Ada dua contoh yang boleh saya beri.

Sueriani telah menghadapi cabaran mencari kerja tetap selama hampir dua tahun. 

Beliau telah mendapat IV dan institusi tersebut dalam proses untuk membuat keputusan telah menelefon saya untuk membuat pemeriksaan rujukan.

Ketika temubual tersebut saya ada cerita tentang kerja freelance yang Sueriani lakukan dalam masa dua tahun menganggur tersebut. 

Bakal majikan tersebut terkejut kerana mereka tidak tahu mengapa pekerjaan itu tidak dinyatakan di dalam resume. Ada ciri-ciri dan kemahiran kerja freelance tersebut yang membuat mereka amat tertarik. Sueriani kini berkerja dengan institusi tersebut. 

Sementara itu, Afifa telah mendapat ijazah sebagai seorang pegawai farmasi. Sambil menunggu panggilan untuk berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, beliau cuba untuk dapatkan pekerjaan di kedai farmasi.

Ketika IV, beliau ditanya:

''Ada pernah buat kerja customer service tak?  Nak kerja sini kena pandai dan sabar melayani karenah pelanggan.

Afifa menjawab ada.  Selepas SPM dahulu, dia bekerja sebagai pelayan di sebuah kafe. 

Penemuduga pun kata: ''Kenapa tak letak dalam resume?''.

Afifa ingat kerja kafe tidak relevan untuk seorang pegawai farmasi.  Ia bukan tentang kerja apa, atau kerja mana.  Ia tentang apa kemahiran dan pengalaman yang relevan dari kerja kita.

Jika anda jadi cleaner atau petugas banquet atau pemandu Grab, ini semua akan diambil kira dalam penilaian terutama sekali untuk fresh grad. Ketiga-tiga contoh ini saya sendiri pernah beri markah lebih dalam penilaian calon.

Tidak mendapatkan nasihat dan bimbingan, serta rujukan dari yang lebih berpengetahuan atau berpengalaman sebelum menyediakan resume.

Di IPT, tidak banyak masa diberi untuk mengajar anak muda bagaimana untuk menyediakan resume yang berkesan.  Ada yang menjadikan penyediaan resume sebagai modul pembelajaran dan ada yang menyerahkan perkara ini mengikut inisiatif pelajar untuk pergi ke unit student counsellor.

Jika ada pun modul untuk buat resume, modulnya amat singkat.  Mungkin satu atau dua hari dan tiada sistem formal untuk resume yang dihasilkan, disemak dan diberi maklum balas. Semua terpulang pada usaha pelajar.

Saya pernah ada pelatih yang perlu membuat perubahan sebanyak 17 kali untuk resume dia.  Mesti pada waktu itu dia menyampah dengan saya.  Tetapi selepas resume itu telah dimuktamadkan, dia berjaya mendapat IV dan kerja-kerja yang hebat.

Ramai yang akan mencari template melalui internet dan mendapat bimbingan Google. Bagus untuk kita berdikari, tetapi jika boleh dapatkan pendapat dan bimbingan dari mereka yang sudah berpengalaman, kan lagi bagus.

Orang berpengalaman ini selalu atau telah membuat banyak kesilapan dan akan dapat membantu kita untuk tidak buat kesilapan yang sama.

Orang yang pandai akan belajar dari kesilapan diri sendiri.  Orang yang cerdik dan bijak akan belajar dari kesilapan orang lain. 

Resume asal siap dan tiada semakan.

Pertama, kita sendiri perlu semak resume bagi membetulkan kesilapan ayat, perkataan, fakta dan ejaan. Pembaca boleh nampak resume yang tidak disemak akan ada kesalahan seperti jenis font dan saiz font berbeza dalam satu resume.

Pembaca akan dapat menjangka bahawa kita guna kaedah cut and paste, contohnya guna nama syarikat lain tetapi alamat syarikat berbeza ataupun tidak mengubah jawatan yang dimohon.

Kedua, beri resume pada seseorang yang lebih pakar untuk memberi komen. 

Contoh: pensyarah, mereka yang telah bekerja (mungkin ibu bapa kita, kawan ibu bapa kita, jiran atau abang serta kakak kita) dan jika memang tiada siapa lagi yang kita kenal yang lebih arif atau dapat membantu, mintalah tolong kawan-kawan review resume kita. 

Tanya pendapat mereka dan mereka boleh bantu tunjuk mana-mana yang salah atau silap, atau boleh beri cadangan untuk penambahbaikan.

Secara rambang, 90% anak muda yang baru habis pengajian tinggi atau baru mula bekerja satu hingga dua tahun tidak pernah ada sesiapa menyemak atau memberi komen tentang resume mereka. 

Pada masa yang sama, saya boleh nampak 50% tidak menyemak resume kerana ada pelbagai kesilapan asas. Mereka mempunyai pemikiran: asalkan dah siap buat, settle.

Mengunakan strategi 'sembur peluru'. 

Letak semua perkara tentang diri kita tanpa memikirkan fokus atau keberhubungan untuk kerja yang dipohon. Sebagai contoh, kita tidak perlu letak nombor IC kita, samada kita ada lesen memandu atau tidak, kebolehan MS Office kita (kerana ini sudah perkara yang memang sepatutnya semua graduan ada) dan tidak perlu letak semua aktiviti kokurikulum kita.

Pilih yang paling penting dan berguna untuk bakal majikan tersebut. Inilah sebabnya bagus untuk ada orang lain membuat semakan dan komen untuk resume kita.

Terlalu banyak fokus tentang format atau nak bagi resume nampak cantik dan fancy.

Ya, resume perlu nampak rapi tetapi tidak perlu jadi karya seni yang ada pelbagai warna, jenis dan saiz font atau ada pelbagai grafik.

Pembaca resume akan fokus tentang isi kandungan dan cerita (pencapaian, kemahiran dan pengalaman) kita. 

Untuk mudah kita hasilkan tailor-made resume, saya cadangkan kita sediakan satu resume asas (master resume) yang menunjukkan segala kemahiran, pencapaian dan pengalaman kita seperti disebutkan tadi dan selepas itu, setiap kali membuat permohonan kerja, ubahsuai resume untuk permohonan tersebut. 

Jadi apabila memohon kerja operasi dan pentadbiran, tekankan aspek-aspek yang wajar dengan kerja dan bidang operasi dan pentadbiran.  Begitu juga jika kita memohon kerja pemasaran.  Serlahkan aspek-aspek yang relevan dengan kerja dan bidang pemasaran. 

Satu lagi perkara, bahasa yang digunakan untuk resume perlu bersesuaian dengan syarikat yang kita akan hantar resume tersebut.

Banyak lagi boleh kita bincangkan tentang penyediaan resume. Memang boleh buat satu buku. Cukuplah buat kali ini.

Ramai di antara anak muda yang mengalami kesukaran mencari kerja bukan kerana mereka tidak bagus.  Semua ada keistimewaan mereka sendiri dan layak mendapat kerja.

Cuma mereka tidak cukup usaha atau ilmu untuk menghasilkan resume yang berkesan.  Sudah alang-alang berusaha selama empat hingga lima tahun di menara gading, laburlah masa untuk menghasilkan resume yang berkesan dan sesuai untuk setiap kerja yang kita mohon.

Seperti seorang anak muda yang pernah berkata pada saya minggu ini, bila saya tanya kenapa dia tak buat resume betul-betul sebelum ini?

Beliau jawab, 'lazy effort'. Saya pun kata, 'Ya, lazy effort, lazy result'.

Cita, Usaha, Doa, Tawakal, Jaya.

Hizwani bin Hassan ialah penulis buku ‘PILIH KERJAYA BUKAN KERJA’ dan mentor untuk para pelatih eksekutif ILTIZAM Professional Development Programme di bawah Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS). Boleh follow di Twitter melalui @hizwani

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Kolum 15 jam yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan