Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Ironiknya 'All Together Now Malaysia'

Kepekaan, 'timing', vaksinasi dan hiburan. Kolumnis kami, Roslen Fadzil membahaskan hal-hal tersebut dan banyak lagi minggu ini.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2021 8:59AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

All Together Now Malaysia. Melihat ayat itu ia mengingatkan saya kepada tagline kempen bagi acara-acara yang bersifat nasional atau kebangsaan.

Seruannya cukup powerful. Ia persis satu solidariti yang mengajak semua rakyat Malaysia bersatu padu ke arah sesuatu yang sangat positif – laksana kempen memerangi COVID-19 atau mungkin juga menyeru semua rakyat bersatu hati menerima suntikan vaksin.

Ironiknya, 'All Together Now Malaysia' adalah sebuah program hiburan. 

Lebih tepat lagi, ia berupa program francais dari United Kingdom (UK) yang mengajak sekumpulan juri dalam jumlah yang besar, bersatu suara untuk memilih seorang peserta terbaik bergelar penghibur dan membolot wang tunai RM50,000.

Hadiah itu sudah dikira cukup besar pada zaman serba sumbing ini kerana RM5 pun sangat-sangat didoakan seorang pemandu Grab dan MyCar.

(Untuk versi asal UK, ia menampilkan 100 juri yang digelar The 100 dan hadiah yang ditawarkan jauh lebih lumayan, kira-kira RM290,000).

Antara juri 'All Together Now Malaysia'
Antara juri 'All Together Now Malaysia'

Baru mengorak langkah dengan babak pertama, rancangan baru siaran Astro itu telah pun dikecam hebat oleh netizen dan penonton sendiri.

Mereka terkejut melihat bagaimana sampai 50 orang selebriti pelbagai latar, boleh duduk dan berdiri secara pukal dalam sebuah set.

Mereka juga dilihat tidak memakai pelitup muka atau face shield dan bergelak tawa dengan penuh ceria malah ada juri yang sampai ke tahap menangis.

Situasi ini sangat berbeza kalau dibandingkan dengan kebanyakan program lain. 'Gegar Vaganza 2020' contohnya menyelitkan standee cardboard manusia di celah puluhan kerusinya sebagai ganti penonton. 'Big Stage 2020' memanfaatkan skrin besar dengan paparan wajah juri-juri di pentas.

Final 'AJL35' pula sangat minimalis dalam sejarah penganjurannya dan begitu juga dengan kemuncak 'ABPBH33' yang kosong tanpa penonton di lokasi sebesar-besar Axiata Arena itu.

Wany Hasrita semasa AJL35
Wany Hasrita semasa AJL35

Isunya telah pun dijelaskan oleh pihak berkuasa, beberapa hari lalu bahawa 'All Together Now Malaysia' tidak  melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) kerana rakamannya dibuat sebelum PKP3.0 berkuatkuasa iaitu sekitar Mac lalu.

Itu kita akur.

Tetapi secara peribadi, saya merasakan sebagai stesen TV yang berpengaruh ditambah pula dengan artis-artis yang juga golongan influencers, maka mereka sepatutnya menggunakan peluang itu untuk menunjukkan solidariti yang baik kepada penonton supaya selalu memakai pelitup muka atau face shield apabila berada di luar rumah.

Pihak Astro mendakwa, rekaan set program itu juga telah mengikut SOP penjarakan sosial 1.5 meter dan ada pelindung lutsinar di antara mereka. Kata Astro lagi rakaman itu dipantau pihak berwajib dan semua telah menjalani ujian calitan. 

Namun bagi saya isunya di sini adalah lebih kepada jumlah individu yang terbabit,  ‘wrong timing’ untuk siaran (TX) serta kepekaaan atau sensitiviti pihak penerbit terhadap kes COVID-19 yang tengah mencanak.

Saya merasakan, sekalipun rakamannya dibuat Mac lalu, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sebenarnya baru berlangsung ketika itu.

Kita semua masih belum lagi selamat dan misi memerangi pandemik di dunia ini belum lagi selesai malah kita sendiri tidak tahu bila ia benar-benar akan selesai. 

Lalu, jalan paling selamat adalah mempraktikkan ciri-ciri keselamatan mengikut SOP lebih-lebih lagi apabila produser mengundang terlalu ramai tetamu ke studio rakaman.

Ini bagi mengelakkan kekeliruan kerana netizen boleh berdebat sehingga mencetuskan kontroversi. Ada yang membandingkan kelulusan membenarkan begitu ramai manusia berkumpul sedangkan di masjid, bilangan jemaah pula begitu ketat dipantau.

Saya amat harap apa yang berlaku itu akan menjadi iktibar bagi pihak yang terlibat. Ia juga bagi memperbaiki sebarang kesilapan dan hal-hal kadangkala terlepas pandang.

Sebagai manusia, itulah lumrah yang sering terjadi dan membuktikan rakyat sentiasa memerhati apa yang kita lakukan dalam memberikan perkhidmatan lebih-lebih lagi di stesen TV berbayar.

Bergerak ke isu lain, saya sendiri tidak pasti berapa ramai selebriti kita sudah menerima dos vaksin masing-masing. Tidak ada data rasmi tentang perkara ini  kerana permohonan bagi pelakon juga dibuat secara individu seperti mana orang di lain di aplikasi MySejahtera.

Saya berpendapat, anak-anak seni juga golongan yang wajar diberi suntikan dengan segera khususnya yang selalu terbabit dengan penggambaran.

Kita tahu, pembikinan drama, telenovela, telemovie dan filem cereka tidak boleh dibuat di rumah.

Pelakon perlu berlakon di depan kamera dan penggambaran juga membabitkan petugas filem daripada pengarah, jurukamera, jurusolek hinggalah penata kostum. 

Mengikut SOP, jumlah petugas di set penggambaran tidak boleh ramai pada satu-satu masa dan ketika ini pun semua penggambaran tidak dibenarkan berlangsung buat sementara waktu.

Pun begitu, kita sedar bidang lakonan dan penerbitan produksi adalah periuk nasi anak-anak seni. Malah ada yang makan gaji hari dan sudah tentu PKP akan menjejaskan sumber pendapatan mereka.

Jadi demi melindungi keselamatan diri, suntikan vaksin diperlukan supaya selepas PKP berakhir, mereka dapat turun padang semula dan bekerja mengikut SOP. Jangan mengambil sikap tunggu dan lihat. Anak-anak seni pun boleh berperanan membantu kempen kerajaan yang bermanfaat.

Pelakon Mimi Lana dan Sharifah Amani adalah antara dua pelakon yang berkongsi pengalaman vaksinasi mereka di media sosial. Gambar: Instagram @missmimilana dan @sharifah_amani
Pelakon Mimi Lana dan Sharifah Amani adalah antara dua pelakon yang berkongsi pengalaman vaksinasi mereka di media sosial. Gambar: Instagram @missmimilana dan @sharifah_amani

Dalam hal ini saya tertanya juga adakah persatuan artis dan pekerja filem kita sedang bertindak membantu ahli mereka mendapatkan vaksin lebih awal sebagaimana yang dibuat oleh Kelab Media Putrajaya yang lebihan proaktif membela ahli mereka? 

Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Persatuan Pekerja Filem Malaysia (PPFM), Persatuan Seniman Malaysia dan pelbagai lagi persatuan anak seni boleh mengenal pasti ahli mereka yang telah berdaftar untuk menerima vaksin dengan lebih segera dan secara berkelompok, dengan bantuan agensi Kerajaan seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang dinaungi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Sekiranya FINAS boleh menolong dari segi dana kewangan, tidak mustahil badan itu juga boleh membantu anak-anak seni tempatan mendapat vaksin percuma melalui perbincangan serta kerjasama dengan Majlis Tindakan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ini kerana golongan terbabit perlu segera bekerja sesudah tempoh PKP nanti, demi kemajuan industri penerbitan Malaysia sendiri.

Semua ini juga bagi menyelamatkan nyawa rakyat dan membantu usaha kerajaan sendiri dalam menangani wabak yang kita tidak tahu bagaimana kesudahannya.

Secara mudahnya, kalau sihat anak seni, maka akan sihat dan majulah industri penerbitan drama dan filem Malaysia. - Getaran, 12 Jun 2021






 

Isu Pada

Kembara Fakhrul Razi

12 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Seni & Hiburan 2 hari yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

2

Selebriti 3 hari yang lalu

Datuk Red Sedang Usaha Untuk Langsaikan Hutang Sebanyak RM7 Juta, Akui Pernah Jadi ‘Scammer’

3

Selebriti 5 hari yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

4

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA