Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Amal Pendekatan Baharu, Tangani Kebimbangan Kesejahteraan Mental Yang Meningkat Di Malaysia

Laporan terkini mendapati bahawa Generasi Z adalah generasi yang paling tertekan di tempat kerja.

Kolum Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2024 2:29PM

Lebih separuh daripada rakyat Malaysia yang berkerjaya sedang mengalami keletihan yang melampau atau menanggung ketidakseimbangan kerja-hidup yang lemah - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menurut kajian terkini yang dijalankan oleh penyedia penyelesaian sumber manusia, lebih separuh daripada rakyat Malaysia yang berkerjaya sedang mengalami keletihan yang melampau atau menanggung ketidakseimbangan kerja-hidup yang lemah. Ditambah lagi dengan peralihan tempat kerja yang sentiasa bersilih ganti, angka kajian ini amat merisaukan. Turut merumitkan keadaan apabila peralihan kerja dari rumah ke arah hibrid, lalu beransur-ansur kembali ke pejabat dan ditambah pula dengan penggunaan platform digital dan peralatan baharu bagi rakyat Malaysia yang sedang bekerja.

Hal ini telah mengakibatkan sifat ketidakupayaan untuk mereka menyesuaikan diri, membahagikan masa dan memberi keutamaan terhadap kepentingan kesejahteraan dan kesihatan mental terhadap diri masing-masing. Malah, pemimpin pada generasi akan datang juga turut terjejas.

Laporan terkini mendapati bahawa Generasi Z adalah generasi yang paling tertekan di tempat kerja. Ini bukanlah isu yang jauh atau asing perlu kita abaikan, sebaliknya haruslah diberikan keprihatinan yang terperinci.

Sebagai seorang jurulatih kepimpinan yang komited dalam memperkasakan transformasi minda, membawa perubahan serta berkepemimpinan, jelas kepada saya bahawa kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan perkara ini berlarutan. Sebaliknya, adalah penting untuk kita meneroka pendekatan baharu yang boleh menangani cabaran ini dengan efektif.

Satu pendekatan yang menjanjikan adalah kepimpinan berdaya tahan - paradigma yang bukan sahaja mengenal pasti tekanan yang dihadapi oleh pekerja namun melengkapkan pemimpin dengan kaedah untuk mengharungi cabaran ini melalui sifat belas kasihan dan kebolehsuaian.

Persimpangan pelbagai faktor yang menyumbang kepada peningkatan tekanan dan kebimbangan kesihatan mental di tempat kerja juga telah menyebabkan pendekatan kepimpinan tradisional menjadi ketinggalan zaman. Oleh itu, hanya melalui penyelesaian moden yang mampu menyediakan kita apabila berhadapan dengan rintangan baharu.

Kepimpinan Berdaya Tahan

Kepimpinan berdaya tahan dicirikan oleh keupayaannya untuk membimbing pasukan melalui kesukaran dengan penekanan pada kebolehsuaian, empati dan pemikiran ke hadapan. Tidak seperti model kepimpinan konvensional yang mungkin secara tidak sengaja memburukkan lagi tekanan, kepimpinan berdaya tahan memperkasakan pemimpin untuk menangani kebimbangan secara proaktif.

Pemimpin yang berdaya tahan tidak hanya menghargai kesejahteraan pekerja, tetapi juga memahami peranan yang mereka mainkan dalam memupuk persekitaran kerja yang sihat. Ini berbeza dengan kepimpinan tradisional yang sering memberi keutamaan kepada pencapaian berbanding kesejahteraan individu.

Kebolehsuaian dan fleksibiliti muncul sebagai prinsip penting dalam kepemimpinan berdaya tahan. Pemimpin yang boleh berputar dengan lancar dalam menghadapi ketidakpastian menetapkan nada untuk pasukan merek. Untuk memupuk sifat-sifat ini dalam diri pemimpin, mereka memerlukan pembelajaran berterusan, berfikiran terbuka, dan kesediaan untuk menerima perubahan. Ia mungkin satu perjuangan yang sukar tetapi dengan menguasai kebolehsuaian dan fleksibiliti, pemimpin boleh membimbing pasukan mereka melalui dalam pelbagai rintangan, akhirnya memperkukuh kesihatan mental mereka.

Tidak dapat dinafikan bahawa teknologi merupakan elemen yang utama di tempat kerja, namun menjadi salah satu faktor tekanan bagi orang ramai. Sehubungan itu, ia juga boleh dimanfaatkan ke arah kepimpinan yang berdaya tahan. Alat-alat digital komunikasi dan kolaborasi membolehkan pemimpin untuk kekal berhubung dengan pasukan mereka tanpa mengira jarak fizikal.

Selain itu, aspek teknologi membuka peluang bagi kerja jarak jauh berkembang pesat sekali gus memberikan pekerja lebih banyak fleksibiliti dan kebebasan dalam cara dan tempat mereka bekerja. Walau bagaimanapun, keseimbangan antara ketersambungan teknologi dan risiko kelelahan digital juga amatlah penting. Inilah tempat di mana para pemimpin yang berdaya tahan perlu membuktikan prinsip dan dedikasi mereka terlebih dahulu.

Membina pasukan maya yang kukuh ialah salah satu asas kepimpinan berdaya tahan. Pemimpin yang mahir dalam memupuk rasa perpaduan dalam pasukan yang berjarak jauh lebih bersedia untuk menangani perasaan kesunyian dan berjauhan. Kesepaduan dan kepercayaan dipupuk melalui usaha dan kerja keras untuk menggalakkan kerjasama dan komunikasi yang telus. Pasukan maya ini apabila dibimbing oleh pemimpin yang bersifat empati boleh mengatasi kesan negatif kerja jarak jauh terhadap kesejahteraan mental.

Kecerdasan Emosi Tunjang Kepimpinan Berdaya Tahan

Kecerdasan emosi adalah tunjang kepimpinan berdaya tahan. Pemimpin yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi boleh memupuk empati dalam interaksi mereka, mewujudkan persekitaran di mana pekerja berasa didengari dan disokong. Hubungan emosi ini bukan sahaja meningkatkan semangat tetapi juga menyumbang kepada rasa kekitaan dan keselamatan psikologi. Secara langsung, hubungan emosi ini menjadi penawar kepada masalah tekanan.

Dalam dunia kerja jauh dan model hibrid, keseimbangan antara autonomi dan akauntabiliti menjadi pertimbangan kritikal. Pemimpin berdaya tahan memperkasakan pasukan mereka dengan memberikan kebebasan di sambil menetapkan jangkaan dan matlamat yang jelas. Keseimbangan ini menyemarakkan penglibatan dan produktiviti pekerja sambil mencegah risiko potensi perangkap autonomi yang tidak terkawal. Akauntabiliti juga turut kekal diutamakan bagi memastikan bahawa usaha dalam mencapai kesejahteraan tidak menjejaskan prestasi.

Selaku seorang pemimpin, memimpin di saat berlakunya perubahan dan ketidakpastian adalah bakat yang mesti dikuasai oleh pemimpin yang berdaya tahan. Pemimpin ini harus merangkul sebarang jenis permasalahan dan bergantung pada komunikasi yang telus untuk membimbing pasukan mereka melalui tempoh perubahan. Keupayaan mereka untuk memberi inspirasi kepada daya tahan dan kebolehsuaian menjadi suar harapan semasa berhadapan krisis; hal ini mampu menanam keyakinan dan mengurangkan rasa kebimbangan terhadap pasukan masing-masing.

Perjalanan seorang pemimpin yang berdaya tahan merupakan salah satu daripada pembelajaran dan pembangunan yang berterusan. Dalam era di mana satu-satunya yang berterusan ialah aspek perubahan, pemimpin mesti aktif mencari peluang untuk sentiasa berkembang maju. Dengan memupuk budaya pembelajaran, pemimpin boleh menunjukkan komitmen mereka untuk mengemudi kerumitan tempat kerja moden serta memberi inspirasi kepada pasukan mereka untuk mengikuti langkah yang sama.

Dengan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kesihatan mental negara terutamanya generasi pemimpin akan datang, adalah penting bagi generasi pemimpin kini untuk berdiri teguh dan bertanggungjawab untuk membuat perubahan kepada dunia.

Dengan evolusi tempat kerja, pemimpin harus menyesuaikan pendekatan mereka untuk mencerminkan lanskap yang terus berubah. Dengan merangkul kebolehsuaian, memanfaatkan teknologi, memupuk kecerdasan emosi dan memimpin melalui perubahan, pemimpin yang berdaya tahan boleh membuka jalan ke arah persekitaran kerja yang lebih sihat dan produktif.

Cabaran era moden memberi peluang kepada pemimpin untuk menentukan semula peranan mereka bukan sebagai tokoh autoritarian, sebaliknya pemimpin yang bersifatkan belas kasihan bagi memperjuangkan kesejahteraan individu dan kejayaan organisasi. Dalam gabungan empati dan keberkesanan inilah kita menemui kunci untuk mengurangkan tekanan dan merangsang kesejahteraan mental di tempat kerja. - Getaran, 3 Februari 2024

Salina Salli ialah Pengasas dan Perekabentuk Pembelajaran, Digital Dolphin Academy

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

2

Kolum 2 bulan yang lalu

Ruang Kecil, Impian Besar: Bagaimana Ruang Simpan Sendiri Buka Peluang, Potensi Untuk PKS

3

Kolum 2 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

4

Kolum 2 bulan yang lalu

Mendalamkan Makna ‘Agenda Bumiputera Sebagai Agenda Nasional’

Sorotan

1

Tuan Rumah China Bertemu Indonesia Pada Final Piala Uber

2

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Kisah Anak Gen X: Selamat Hari Star Wars!

oleh M.Zulkifli