Berita Terkini

8 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Pastikan Bekalan Makanan Mencukupi Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Kita bakal melalui satu lagi fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sudahkah anda mempunyai bekalan makanan yang harus ada semasa ‘terkurung’ di rumah? Brian Chen memberikan cadangannya.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2021 9:00AM

Gambar: Ello, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan kes-kes jangkitan COVID yang kian hari kian meningkat di Malaysia, keputusan kerajaan untuk adakan PKP 3.0 telah menimbulkan pelbagai kerisauan di kalangan rakyat.

Antara kenangan PKP 1.0 yang paling mencabar buat saya bukan sahaja bagaimana untuk pastikan bekalan makanan mencukupi antara kunjungan ke pasaraya tetapi juga untuk pastikan bahawa pantri dilengkapkan dengan makanan yang cukup sihat. 

Dengan pergerakan yang diterhadkan, kunjungan ke pasar raya setiap dua atau tiga minggu bermaksud bahawa pilihan bahan-bahan untuk melengkapi pantri anda haruslah dirancang dengan teliti supaya anda tidak hanya berdepan dengan makanan dalam tin ataupun makanan kering yang tahan lama.  

 

Bagaimana untuk pastikan anda ada pantri/ bekalan makanan sihat pada musim PKP?

Langkah pertama adalah untuk meneliti kandungan sedia ada dalam peti sejuk anda dan juga tempat-tempat kering di mana anda menyimpan makanan. 

Kalau sudah penuh dengan bahan yang anda tidak gunakan atau sudah pun luput, bagaimana nak tambahkan lagi bahan untuk pastikan mencukupi untuk musim PKP?

Pastikan bahan makanan segar, yang mana sudah mula untuk layu, rosak atau basi dibuang atau dibuat kompos/baja untuk taman. Buangkan juga pes atau makanan dalam botol yang anda letakkan dalam peti sejuk yang mana sudah sampai tarikh luputnya ataupun sudah mula berkulat. 

Ambillah peluang ini juga untuk bersihkan dan lapkan peti sejuk dan tempat penyimpanan makanan. Ini juga akan memastikan bila bahan segar dimasukkan ke dalam peti sejuk, kualiti dan daya ketahanannya tidak akan terjejas oleh bakteria daripada kotoran yang sedia ada.

 

Pemilihan bahan yang sesuai disimpan lama

Untuk keseimbangan diet anda dan keluarga yang tersayang, anda haruslah pastikan setiap kumpulan makanan ada dalam pantri anda untuk sediakan hidangan-hidangan yang lengkap.

Makanan daripada kumpulan makanan karbohidrat, protein dan lemak lebih mudah disimpan untuk jangka masa yang panjang. Contohnya, daging, ayam dan ikan (protein) boleh dibekukan, minyak (lemak) dapat disimpan di tempat yang kering, beras dan mi kering (karbohidrat) juga boleh disimpan lama di tempat yang kering. 

Yang menjadi persoalan selalunya adalah sayur terutamanya yang berdaun. Namun begitu, tidaklah bermaksud kita tidak dapat atau terpaksa kurangkan makan sayur di musim PKP. 

Sebaliknya, pemilihan sayuran yang dapat tahan lebih lama haruslah diketengahkan. Contoh sayuran yang dapat tahan lebih lama adalah seperti kubis, lobak merah, bendi, terung, jagung, kacang pis beku, kubis bunga dan brokoli. 

Selain daripada sayuran, pilihan bijak dalam kumpulan makanan lain juga dapat membantu memastikan bahan dalam pantri anda tahan lebih lama. Contohnya, bila memilih susu, daripada susu segar, susu UHT akan tahan lebih lama, daripada membeli roti, belilah tepung roti dan buat roti sendiri. 

 

Kategorikan makanan mengikut tempat simpanan

Adalah menjadi satu kebiasaan orang Malaysia untuk masukkan semua bahan segar dalam peti sejuk. 

Namun, sebenarnya ada beberapa jenis makanan yang dapat tahan lebih lama di suhu bilik di kawasan yang kering dan gelap. Contohnya sesetengah sayuran dan buah seperti pisang, lobak merah, terung dan kubis bunga. 

Jika anda tidak pasti, ada tips cara penyimpanan bahan-bahan yang berbeza di internet. Ambillah masa untuk membuat sedikit kajian.

 

Sejuk beku dan puri makanan supaya tahan lebih lama

Makanan yang telah dimasak pastinya akan tahan lebih lama bila sejuk bekukan. Cara masakan Malaysia yang banyak melibatkan proses  “matikan air” membuatkan lauk-pauk berdaging tahan lebih lama bila disimpan dan dibekukan. 

Bila kelapangan bolehlah masak beberapa jenis lauk seperti rendang dan ayam masak merah. Sejukkan dan bekukan untuk dijadikan makanan simpanan/ kecemasan.

Selain daripada itu, bahan-bahan yang biasa digunakan sebagai asas bahan kisaran seperti bawang, cili dan halia, bolehlah dikisarkan siap-siap dan disimpan dalam peti sejuk atau dibekukan untuk tahan lebih lama.

Saya harap beberapa tip ini dapat membantu anda semua berdepan dengan musim PKP 3.0 dan untuk lebih lagi idea resipi yang anda boleh sediakan, jemputlah ke instagram saya di @abangbrian. - Getaran, 31 Mei 2021

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut