Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Cinta Ibu Melebihi Segala

Janganlah dirimu meremehkan sambutan Hari Ibu. Memanglah kasih sayang kepada ibu boleh ditunjukkan setiap hari, tetapi apa salahnya jadikan ia sesuatu yang istimewa.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2021 12:45PM

Gambar: Rodnae Productions, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mummy hanya ada seorang anak, seorang menantu dan dua cucu. Kalau anak menantu lupa ambil masa seminit menghubungi, untuk mengucapkan ‘Happy Mother’s Day’ kepada ibu tua ini, entahlah mummy tak tahu nak cakap apa?” (Ini kisah lama, tetapi amat menyentuh hati ini.)

Saya tersentak, terkedu, saya betul-betul terlupa dan tidak menyangka pula, ibu mertua saya berkecil hati, merajuk. “Tak apa Wirda, forget about it, tidak sepatutnya pun mummy terasa.”

Namun hari yang satu itu membuat saya berasa amat bersalah, terkesan sangat dan malu kepada ibu mertua. Ya, mummy hanya ada kami dan kamilah nyawanya.

Seluruh hatinya untuk kami. Dalam tidak sihat, mummy akan bangun untuk memasak kerana anak dan cucunya teringin makan capati. Setiap kali anak dan cucu singgah, mesti dia mahu menjamu dan berasa bersalah sangat sebab tidak apa untuk dihidangkan. Dan sering mengirimkan juadah andai tidak ke sana.

Gambar: Alex Green, Pexels
Gambar: Alex Green, Pexels

Begitu hati orang tua, kasih dan sayang pada darah dagingnya tiada tandingan dan anak cucu pula, untuk hanya satu lafaz perkataan ucapan selamat pun tidak mampu diberikan? Allahuakbar.

Ahad ini, 9 Mei Hari Ibu. Pada yang punya ibu, tolong, jangan lupa untuk melakukan sesuatu yang boleh mengusik jiwa raga seorang ibu. Mungkin anda rasa, oh dia tak kisah, oh dia tua...what’s so big about it? Kita bukan mat Saleh, bukan budaya kita pun.

Apa pun alasan kamu, ucapan selamat, kasih dan sayang kepada seorang ibu melebihi segalanya. 

Betul nilai kasih sayang tidak diukur daripada ucapan Happy Mother’s Day tadi tetapi, tiga perkataan itu menggambarkan peribadi mulia seorang anak yang tahu menghargai jasa ibu, yang mengingati tarikh-tarikh penting buat seorang yang bernama ibu.

Sedang seluruh dunia meraikan insan yang bernama ibu, mengapa tidak kamu turut mengunakan kesempatan ini melafaznya, untuk menyeronokan dia. Andai tiada jambangan bunga, tidak ada emas berlian untuknya, lafazkan. 

Malulah kepada dia, ibu kita, yang menyerah nyawanya untuk melahirkan kita, yang membesar, mendidik sehingga kita boleh hidup berdikari.

Jangan beri alasan, “Aku boleh sebut hari-hari kalau aku mahu, tidak semestinya hari itu,” tetapi dik oi, tell me bila dalam setahun itu kamu ada pegang tangannya minta ampun, peluknya dan memberitahu kamu cinta dia, berikan dia bunga, belikan dia baju, ramai sehingga pada Hari Raya sendiri pun tidak sempat minta maaf.

Pleasing one’s mother is regarded as part of pleasing Allah.” Syurga itu di bawah telapak kaki ibu yakni cara mudah untuk mendapatkan syurga.

Gambar: Andrew Seaman, Unsplash
Gambar: Andrew Seaman, Unsplash

Islam melarang kita sekalipun hanya menggunakan perkataan ahh.. kepada ibu kita dan yang derhaka tempatnya neraka. The mother’s rights are greater than those of the father, and the duty to take care of her grows greater as the mother grows old and weaker.’

Saya tersentuh sekali dengan kisah yang satu lagi. Satu pagi kala berjoging di padang berdekatan, saya disapa seorang wanita. Katanya dia selalu nampak saya dan tanpa tahu namanya tiba-tiba saja dia bercerita. “Anak you baik, (hah dalam hati kamu kenal anak aku) dan tidak pun menyebut apa-apa selain baik tadi.

“Anak I, Raya pun tidak mahu balik.”

“Dia balik rumah mertuanya ke?” saya bertanya tidak tahu hujung pangkal.

“Ah… dia belajar kat Uitm Shah Alam aja?”

“Raya Wirda.”

Sekali lagi saya tersentak, dia tahu nama saya dan sambil berjalan air matanya bercucuran.

“Sudah tiga tahun dia tak beraya dengan saya sebaliknya Raya dengan kawan-kawan yang tidak balik kampung.”

Ceritanya, semacam tidak masuk akal, anak perempuan, bujang, tinggal di kolej, di Shah Alam dan ibu tinggal di USJ dan tidak balik Raya, apa hal?

I ini sebenarnya diberi cuti panjang oleh majikan dan dalam rawatan rapi doktor. I ni stage four breast cancer. Lama tidak ke sini, tetapi bila jalan macam ni, rasa ada sihat sikit. Kalau you tak nampak I, I sakitlah tu dan tak boleh jalan di padang.”

Saya hanya diam, nak menyumpah anaknya di depan ibunya sendiri, bukan sahaja menambah sakitnya tetapi dengan sendirinya dia akan membenci saya.

Jangan, ya jangan kita tokok tambah kekecewaan seorang ibu bila dia melepaskan rahsia hatinya.

Dia hanya mahu melepaskan sesuatu dan perlu diberitahu, barangkali kepada stranger seperti saya, yang tidak kenal asal usulnya, yang dia tahu saya tidak akan sebarkan kekecewaannya kepada dunia sebab saya tidak kenal dia dan keluarganya.

Malah kalau dia tahu, dunia mengetahui anaknya itu derhaka, dia bukan bertepuk tangan bangga dengan cerita yang dia sendiri kisahkan tetapi akan hancur lebur hatinya mendengar berita itu, sekali pun benar.

‘Orang lain boleh menghinamu

Orang lain boleh merendahkanmu

Tapi ingat ada orang tua ini yang pernah mendukung 

Dan mendoakanmu’.

Beberapa hari kemudian, wanita sama bercerita lagi, “Anak marah sebab saya kahwin lagi tetapi dia orang tidak tahu, setelah bercerai dengan ayah mereka, siapa hendak jaga saya, bawa saya ke hospital dan sebagai?

“Mereka tidak faham. Saya tahu dalam ramai anak, tidak seorang pun yang sanggup menjaga saya. Tetapi yang di kolej setiap bulan minta dimasukkan duit, untuk makan minum, sewa rumah dan perbelanjaan universiti, tanggungjawab pada anak saya wajib tunai walaupun hati sakit,” katanya.

Al-Fatihah buat kawan saya ini, yang akhirnya pergi menemui Pencipta-Nya.

Saya diberitahu oleh kawan-kawan sepadang, sebelum dia menghembuskan nafas terakhir, anak-anak memaksa dia minta cerai daripada suaminya, alasan mereka selagi si mak bersama bapa tiri selagi itu mereka tidak akan ke rumah menemuinya.

Kerana sayangkan anak, kerana mahu mendampingnya selalu, permintaan mereka dikabulkan. Alasan anak-anaknya lagi bila mak mereka meninggal nanti harta mak akan dibahagikan kepada suaminya dan duit pencen akan dimiliki sang suami.

Allahuakbar, anak-anaknya ada yang belajar di luar negara, tetapi otak di kepala lutut barangkali.

Gambar: Monstera, Pexels
Gambar: Monstera, Pexels

‘Ingatlah, tidak ada yang menanti penderhaka ibu bapa kecuali dosa dan amalan yang baik yang tidak diterima selagi tidak memohon keampunan Allah SWT.’

Mengapa sakiti kedua-dua ibu bapa dan menitiskan air mata mereka?

Sesungguhnya, Allah mengharamkan ke atas kamu berbuat derhaka kepada ibu dan Allah melaknat orang yang melaknat kedua orang tuanya. (Riwayat Muslim).

Jangan sesekali kamu pentingkan diri? Jika tidak kerana mereka, kamu tidak akan dapat mengecapi hidup yang senang seperti adanya hari ini. Dan kalau tidak kerana penat lelah mereka membesarkan kamu, mana mungkin kamu menjadi manusia dan berilmu yang tinggi.

Tidak ada gunanya jika kamu berilmu setinggi langit sekali pun, jika kamu tidak dapat membahagiakan sebagaimana mereka membahagiakan kamu sewaktu kecil. Kerana itu Allah SWT memerintah manusia menghargai pengorbanan ibu dan ayah.

Kita semua pasti melakukan perkara yang menyakiti hati ibu bapa malah terang terang menderhaka kepada mereka. Sebelum terlambat mohonlah keampunan selalu, tidak perlu menunggu Raya atau Hari Ibu dan Hari Bapa.

Esok Ahad 9 Mei, peluk dan minta ampun atas sebarang kesilapan.  Dan minggu ini juga terakhir Ramadan, adalah waktu terbaik memohon ke hadrat-Nya. Carilah Lailatulqadar agar terhapus pelbagai dosa.

Yang masih punya ibu, peluk cium dia, dan andainya masih tidak berkesempatan, Aidilfitri hampir menyusur, satu lagi waktu terbaik memohon maaf kepada orang tuamu.  

Mak saya sudah tiga tahun pergi selamanya, mummylah tempat mengadu. Mummy maafkan kami anak beranak yang kadangnya terleka dan lama tidak menjenguk walaupun jarak antara rumah kami dan rumahmu tidak perlu merentas negeri.

‘Kamu telah melihatku menangis,

Kamu setiap menemaniku

Di kala suka atau duka

Mungkin aku tidak selalu mengatakannya setiap waktu

Namun aku bersyukur dan mencintaimu’

Selamat Hari Ibu.

- Getaran, 8 Mei 2021

Gambar: Jake Thacker, Unsplash
Gambar: Jake Thacker, Unsplash







 

Isu Pada

Faizal Tahir : Saya Akan Terus Menyanyi

08 May 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Kelar Bayi Umur 6 Bulan, WhatsApp Gambar Mayat Kepada Suami

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Dipukul Dengan Tukul Besi, Wanita Maut Di Tangan Anak Sendiri

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Beri Anak Susu Bercampur Dadah, Ibu Mengaku Salah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Ditinggal Ibu Dalam Kereta, Kanak-Kanak 5 Tahun Disahkan Maut

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok