Berita Terkini

22 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kluster Pendidikan: Sekolah Harus Kekal Dibuka

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2021 12:37PM

Gambar hiasan - Gambar oleh Azim Rahman

oleh

ZF Zamir

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEBAGAI salah seorang yang kuat berkempen agar sekolah tetap dibuka ketika pandemik sejak Jun 2020 lagi, saya mengikuti rapat kes-kes serta kluster yang melibatkan sekolah mutakhir ini.

Bahkan minggu lalu sahaja, 22 kluster institusi pendidikan dilaporkan di seluruh negara, naik 83.3% berbanding hanya 12 kluster pada minggu sebelumnya.

Pertambahan kedua paling tinggi selepas kluster aktiviti keagamaan. Untuk rekod, sebanyak 79 lagi sekolah diarah tutup minggu ini di Selangor. Terbaru, tujuh sekolah di Kedah juga diarahkan tutup.

Menambah bilangan 27 sekolah yang ditutup di Johor, serta seluruh tujuh jajahan di negeri Kelantan pada minggu sebelumnya termasuk sekolah-sekolah yang ditutup di Sarawak.

Bahkan kes di Kelantan agak menarik.

Seramai 259 atau 56 peratus daripada 464 individu yang dikesan positif COVID-19 di Kelantan adalah pelajar sekolah menengah menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK).

Beliau berkata jumlah selebihnya adalah guru, kakitangan sekolah, murid sekolah rendah, kanak-kanak berusia di bawah tujuh tahun dan individu lain berusia lebih 19 tahun.

Angka itu berdasarkan ujian COVID-19 yang dilakukan dalam tempoh dua minggu iaitu antara 3 hingga 16 April lepas, tepat ketika sekolah mula dibuka semula untuk pelajar sekolah menengah.

Bahkan Menteri Kesihatan memaklumkan setakat ini sejumlah 23,779 murid berusia 12 tahun dan ke bawah dijangkiti wabak itu berbanding hanya 8,369 murid disahkan Covid-19 sepanjang tahun 2020.

Langkah Kedepan, 20 Langkah Kebelakang

Jika kita melihat semua angka-angka ini, termasuk peningkatan sehingga tiga kali ganda jumlah kanak-kanak yang dijangkiti berbanding tahun lalu, sudah pasti secara normalnya reaksi kita lebih tertarik untuk menutup sekolah agar anak-anak kita selamat.

Tetapi cara berfikir selapis ini hanya menyelesaikan satu masalah iaitu jangkitan Covid-19 kepada anak-anak.

Ianya tidak membantu menyelesaikan isu ‘lost generation’ dan ‘learning poverty’ akibat pandemik ini. Ianya tidak membantu menyelesaikan masalah pembelajaran anak-anak yang tertangguh, tertunda dan terganggu sejak tahun lalu.

Ianya tidak membantu menyelesaikan isu anak-anak tercicir, yang belum sempat diselamatkan oleh sistem pendidikan nasional. Ia tidak membantu menyelesaikan isu literasi anak-anak di peringkat rendah yang selama ini tidak sempat dibuat intervensi.

Ia juga tidak membantu persiapan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan misalnya peperiksaan SPM & STPM, yang bukan sahaja tertekan kerana silibus yang terganggu akibat kalendar perskolahan yang berubah-ubah, tetapi juga beban emosi menanggung perasaan resah, risau dan takut yang terlalu lama.

Bahkan dalam jangka masa panjang, penutupan sekolah hanya akan membuka lebih banyak ruang negatif seperti masalah sosial, jenayah serta penyalahgunaan bahan seperti dadah. Atau anak-anak boleh terdedah dengan masalah penderaan atau gangguan seksual di rumah. Kita semua tahu sekolah adalah satu-satunya kawasan paling selamat untuk mereka.

Sekali lalu memang kelihatan tindakan menutup sekolah adalah tindakan yang tepat tetapi jika dibuat pemikiran ulang, satu tapak langkah yang kita jangkakan ke hadapan ini sebenarnya adalah 20 tapak langkah ke belakang.

Impak Negatif Penutupan Sekolah

Seperti yang pernah saya tuliskan sebelum ini, impak penutupan sekolah bukan sahaja memberi kesan negatif kepada anak-anak, bahkan dalam masa yang sama bakal memberi impak kepada produktiviti negara untuk jangka masa panjang.

Sekurang-kurangnya dua impak dari pembelajaran yang terganggu hasil dari penutupan sekolah. Pertamanya adalah gangguan terhadap silibus dan kemahiran anak-anak. Gangguan terhadap silibus akan menyebabkan anak-anak sukar untuk mengejar kembali silibus yang sepatutnya dipelajari dalam satu-satu tempoh tertentu.

Dalam masa yang sama, akibat gangguan silibus berkenaan ianya juga akan memberi kesan kepada kemahiran anak-anak. Terdapat sebahagian kemahiran yang dipelajari jika tidak diulangkaji akan menyebabkan kemahiran tersebut menghilang, dalam masa yang sama tiada kemahiran baharu akan dapat dipelajari jika gangguan pembelajaran berterusan.

Kedua, pembelajaran yang terganggu juga akan memberi kesan kepada emosi anak-anak. Di sekolah, anak-anak kita bukan sahaja belajar terhad bergantung kepada silibus dan subjek semata-mata. Tetapi dalam masa yang sama mereka belajar kemahiran sosial di sekolah seperti berhubung dengan rakan-rakan, bantu-membantu sesama mereka bahkan juga dalam peringkat tinggi mereka diajar untuk bekerjasama di dalam kumpulan.

Gangguan pembelajaran akibat penutupan sekolah akan mengasingkan anak-anak ini di rumah masing-masing, membuatkan mereka tidak dapat berjumpa dengan rakan-rakan yang biasa mereka temui di sekolah dan akan memberi kesan kepada kemahiran emosi mereka. Jika selama ini mereka banyak berkongsi dengan rakan-rakan, mereka akan mula berasa sunyi dan memendam rasa akibat dari pemisahan ini.

Dalam masa yang sama penutupan sekolah akan menyebabkan adanya murid tercicir terus dari sistem persekolahan. Ini kerana ramai murid dari warga B40 yang miskin dan susah akan menjadi lebih selesa untuk tidak meneruskan persekolahan setelah sekolah ditutup.

Ini selalunya berlaku kerana kebanyakan anak-anak ini telah diminta bekerja untuk membantu keluarga mencari pendapatan sampingan. Seperti pernah saya tegaskan sebelum ini, kita tidak mempunyai data dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkenaan dengan peratusan murid yang tidak hadir ke sekolah setelah sekolah ditutup pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2 awal tahun ini.

Unjuran World Bank, Unicef dan banyak lagi badan pemikir yang lain semuanya menganjurkan bahawa lebih ramai anak-anak akan tercicir kerana pandemik telah menyebabkan anak-anak ini hilang pembelajaran lebih dari 1 tahun tempohnya.

Keputusan Berdasarkan Penjelasan Saintifik

Saya berpendapat, lebih banyak analisis boleh kita lakukan jika KPM & KKM lebih telus dalam memperincikan dapatan berkenaan jangkitan di sekolah.

Misalnya berapa jumlah murid yang dijangkiti, mendapat jangkitan di sekolah atau hanya mendapat jangkitan setelah bergaul dengan teman-teman di sekolah?

Berapa jumlah murid yang sebenarnya mendapat jangkitan di luar sekolah seperti di rumah atau di lokasi lain?

Berapa jumlah guru yang dijangkiti mendapat jangkitan di sekolah?

Berapa jumlah guru yang dijangkiti mendapat jangkitan di luar sekolah?

Berapa banyak kluster yang berpunca dari kluster tempat kerja, tetapi disebarkan di sekolah hingga menimbulkan kluster baharu di sekolah?

Berapa banyak kluster yang memang berasal di sekolah dan disebarkan di sekolah?

Semua perincian ini kemudian akan membantu kita untuk membuat keputusan sama ada perlu menutup sekolah ataupun tidak. Keputusan untuk menutup sekolah harus dibuat menggunakan analisis dan data yang komprehensif terhadap semua perkaitan ini. Hanya penjelasan yang saintifik dapat memandu kita untuk membuat keputusan yang betul dan adil untuk semua anak-anak yang sepatutnya meneruskan pembelajaran mereka tanpa gangguan.

Selain itu, kita juga harus memikirkan jumlah majoriti sekolah yang tidak terkesan dengan jangkitan ini. Negara kita mempunyai 10,225 buah sekolah. Setakat ini, tak sampai 1000 sekolah lagi ditutup. Ini bermakna belum sampai 10% sekolah di negara kita terlibat dengan jangkitan. Oleh yang demikian adalah tidak masuk akal sekiranya kita terburu-buru mengambil tindakan untuk menutup semua sekolah hanya kerana peningkatan kluster pendidikan ini.

Dalam masa yang sama, keberkesanan Pengajaran & Pembelajaran di Rumah (PdPR) juga belum dapat dibuktikan. Apakah jaminan bahawa anak-anak kita akan dapat meneruskan pembelajaran jika sekolah ditutup dan PdPR dilaksanakan? Berapa ramai dari 4.8 juta anak-anak kita di seluruh negara yang mempunyai akses kepada PdPR seperti laptop, komputer mahupun talian internet yang stabil? Bagaimana dengan anak-anak di pedalaman yang tidak mempunyai akses kepada talian internet?

Bergerak Ke Hadapan

Seorang teman pernah menjelaskan kepada saya mengenai keputusan-keputusan yang diambil oleh pihak KPM sebelum ini. Katanya lebih kurang begini;

“Kau ingat kau seorang sahaja yang fikir begitu? Kau ingat mereka di KPM semua tak fikir tentang perkara tersebut? Semuanya telah dibuat pertimbangan dan semuanya telah difikirkan dengan lebih terperinci di sana...”

Dalam bahasa yang lain saya memahami kata-kata tersebut seolah-olah; “Hang tak payah buat pandai la...benda tu semua orang kata dah fikir semua...”

Saya tidak bersetuju dengan konotasi ini.

Di United Kingdom (UK) misalnya, murid, guru dan ibu-bapa dibekalkan dengan 2 test kit untuk dibuat ujian setiap minggu. Bahkan teknik ini juga digunapakai di beberapa bahagian di Amerika seperti New York, California & Texas. New  York misalnya membuat ujian secara rawak terhadap 20% populasi di sekolah setiap hari.

Apa yang menghalang negara kita untuk mewajibkan ujian swab untuk semua anak-anak dan guru setiap minggu? Jika ini perlu dilakukan untuk memastikan sekolah kekal dibuka dan lebih ramai dapat dikenalpasti untuk menjalani ujian swab, mengapa tidak kita laksanakan? Rapid test kit hari ini dapat memberi keputusan dalam 15 ke 30 minit sahaja.

Dalam masa yang sama saya juga percaya untuk sekolah-sekolah yang terjejas, KPM boleh laksanakan penggiliran mengikut tahap. Ini boleh mengurangkan jumlah masa murid di sekolah tetapi dalam masa yang sama tidak mengganggu pembelajaran mereka. Misalnya anak-anak hanya perlu ke sekolah sama ada 2 ke 3 hari sahaja setiap minggu.

Semua ini boleh dilaksanakan hanya dengan satu tekad iaitu dalam situasi hari ini diantara krisis kesihatan & krisis ekonomi yang menekan; pendidikan tidak boleh lagi menjadi korban. Apa juga yang berlaku, sekolah harus kekal dibuka kerana pembelajaran anak-anak tidak lagi boleh terganggu. Apa jua cara dan alternatifnya harus kita fikir bersama. - Getaran, 29 April 2021

Seorang pemikir serta penghasil karya prolifik, yang sudah lebih dari 16 tahun bergulat dengan isu pendidikan dan kemanusiaan. Menulis buku ‘Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang’ dan 6 buku yang lainnya. Pernah mengajar sebagai guru sekolah kerajaan di tengah Kuala Lumpur selama 6 tahun. Mendirikan beberapa gerakan pendidikan seperti Teach For The Needs (TFTN) pada 2012, The Wakaf Buku (TWB) 2014 & Rejuvenasi Pendidikan/Untuk Malaysia (RP/UM) 2020. Juga pernah menjadi pegawai di Pejabat Menteri Pendidikan (Pegawai Dasar & Setiausaha Akhbar) ketika Pakatan Harapan memerintah Malaysia pada Mei 2018.

Sorotan

1

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

2

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

3

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

4

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

5

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

6

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan