Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Sekolah Bukan Tempat Melahirkan Golongan Rasis dan Pelampau

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2023 11:11AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pusat KOMAS terkilan dengan kenyataan media dikeluarkan baru-baru ini oleh Kementerian Pendidikan (KPM) berkenaan isu Bengkel Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dianjurkan oleh SMK Infant Jesus Convent, Johor Bahru untuk pelajar Muslim sahaja.

Respon pantas dari pihak KPM selepas insiden berlaku kelihatan seolah-olah satu percubaan untuk menutup kesilapan dilakukan pihak sekolah.

Fadhlina Sidek selaku Menteri Pendidikan sepatutnya membuat pendirian tegas dan menangani isu rasisme dan diskriminasi kaum di sekolah.

Keputusan beliau selaku Menteri untuk membiarkan isu ini ditangani Pejabat Pendidikan Daerah dapat diertikan seperti menepis tanggungjawab beliau untuk mempromosi perpaduan di peringkat sekolah.

Tingkah laku sebegini jauh berbeza dengan konsep Malaysia Madani, yakni Malaysia yang inklusif bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum mahupun agama seperti diuar-uarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Respon KPM mengenai program tersebut yang ‘dilaksanakan secara berasingan mengikut siri untuk mengelakkan gangguan terhadap calon sedang membuat persiapan bagi menyambut perayaan ‘Tahun Baharu Cina’, adalah tidak selari dengan penjelasan diberikan pengetua sekolah melalui tangkap layar perbualan dikongsikan melalui media sosial.

Berdasarkan perbualan Whatsapp dikongsikan ibubapa yang menghadapi isu ini, bengkel tersebut dianjurkan hanya untuk pelajar Muslim dengan alasan ia sebagai ulang kaji bagi subjek Pendidikan Islam sahaja.

Hanya selepas itu mereka mendapat maklumat bahawa subjek SPM lain seperti Kimia dan Matematik Tambahan turut ditekankan sewaktu bengkel tersebut.

Pengetua sekolah memberikan respon ‘pencapaian pelajar Melayu sangat membimbangkan. Seramai 40 pelajar gagal dan tidak layak mendapat sijil SPM jika usaha tidak dilakukan untuk membantu mereka’.

Tangkap layar perbualan itu selanjutnya mendedahkan bahawa pengetua terbabit tidak mahu kegagalan pelajar Melayu menjejaskan pencapaian sekolah tersebut sewaktu SPM akan datang.

Di dalam perbualan tersebut, tidak disebutkan mengenai bengkel kedua untuk pelajar bukan Melayu atau bengkel tersebut akan dibahagikan kepada dua sesi.

Usaha KPM untuk mengawal keadaan dengan mendakwa bahawa terdapat satu lagi sesi bengkel akan dianjurkan dilihat sebagai respons tidak telus.

Hakikat bahawa bengkel SPM diadakan secara rahsia dan hanya untuk pelajar Melayu bertopengkan ‘Pendidikan Islam’, sudah cukup mempamerkan wujudnya unsur perkauman dan diskriminasi kaum.

Mengutamakan pelajar berdasarkan sesuatu etnik serta mengabaikan etnik yang lain adalah cerminan terhadap layanan keutamaan dan diskriminasi kaum.

Peluang sama rata harus diberikan kepada semua tanpa mengira bangsa dan keturunan mereka.

Sepatutnya, pihak sekolah boleh menganjurkan bengkel itu pada satu tarikh yang tidak bertembung dengan sambutan Tahun Baharu Cina.

Sekiranya, bengkel tersebut perlu dianjurkan segera, semua ibu bapa harus diberi kebebasan memilih untuk membenarkan anak mereka menghadiri bengkel tersebut walaupun ia mungkin bertembung dengan sambutan.

Pusat KOMAS senada dengan titah Sultan Johor bahawa “tiada sesiapa yang harus diketepikan daripada sebarang program awam kerana bangsa atau agama mereka. Jika benar wujud pengasingan kaum, maka tindakan harus diambil terhadap penganjur. Perkara yang sama juga boleh dikatakan jika didapati dakwaan ini terbukti palsu dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab”.

Tambahan pula, kami mendesak supaya Menteri Pendidikan serta KPM mempamerkan sikap kebertanggungjawaban dan akauntabiliti lebih baik.

Tindakan tegas dan pantas harus diambil terhadap pihak yang mencetuskan sentimen perkauman serta diskriminasi kaum, terutamanya dalam suasana sekolah.

Jadikan peristiwa ini sebagai peringatan bahawa isu perkauman tidak seharusnya diendahkan lagi!

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan