Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kisah Anak Gen-X: Darjah 1 Mengajarku Segalanya

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2021 9:19AM

Sekolah Temenggong Abdul Rahman (2) Johor Bahru.

oleh

M.Zulkifli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masuk darjah satu tahun 1978 di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (2) Johor Bahru, aku bermula dari ‘O’. Literally. Tak tahu kenapa, tapi aku hanya merasa belajar di tadika hanya buat beberapa minggu. Mungkin tak serasi, tetapi ya, aku tak belajar ABC sehinggalah aku menjejakkan kaki ke sekolah rendah. Maklumlah, cikgu YouTube pun belum wujud ketika itu. Dan pada hari pertama persekolahan, guru darjah Mrs Singgam, mengajar kami sekelas menulis huruf ‘O’. Itu saja.

“Bukak buku ‘O’!” Mrs Singgam akan arahkan kami setiap kali kelas bermula selepas itu. Dan buku itulah menjadi saksi kemajuan aku sebagai seorang pelajar; sebagai seorang manusia yang kian membesar. Dari belajar menulis huruf, kami belajar mengeja dan menulis perkataan.

Mrs Singgam juga seorang guru yang berpengalaman dan no-nonsense. Walaupun kelas kami, 1 Hijau, secara amnya semua berkelakuan baik (ahem ahem), tetapi feather duster sering kelihatan di tangannya. Oh tidak, ketika itu kami tak mudah tersentak dengan “ancaman” ke atas kesihatan tubuh badan. Bukan sebab tak rasa takut, tapi kami tahu guru perlu dihormati dan tugas mereka adalah untuk membentuk kami menjadi orang. Dan kalau report kepada ibu atau ayah, takut kena double pulak hukuman.

Mungkin sebab arwah ibu aku di rumah pun menggunakan feather duster sebagai alat “membantu” aku mengulangkaji, aku agak maju dalam pelajaran. Dan mungkin juga sebab aku rajin membantu Mrs Singgam (ketrampilan agak cute, tak perlu aku sebut), aku mula dikenali sebagai seorang teacher’s pet.

Buktinya, dalam gambar kelas tahun itu, aku kelihatan duduk di barisan hadapan, dalam kelas yang mempunyai lebih daripada 35 orang pelajar. Walaupun aku tidak berjawatan, aku masih ingat Mrs Singgam memberi aku tugasan dalam kelas seperti memadam papan hitam, yang mungkin membuat ketua darjah ketika itu sedikit gusar dan cemburu.

Tapi semuanya bukan bak katil dihiasi bunga mawar. Seperti yang aku katakan, Mrs Singgam seorang yang no-nonsense. Tidak tahu kenapa, tapi ada satu hari aku berkonflik dengan seorang rakan sekelas bernama Ali. Mungkin kerana pertikaian tentang posisi ‘belon acah’ (galah panjang) kami, tetapi insiden waktu rehat itu membuat aku akhirnya mencekak leher si Ali di tepi kelas.

Penulis semasa darjah 1.
Penulis semasa darjah 1.

Kebetulan ketika itu juga Mrs Singgam ternampak konfrontasi ini dan meluahkan frasa yang aku ingat sehingga hari ini dengan sugguh jelas: “Zulkifli, I’m going to wallop you!” (“Zulkifli, saya akan pukul awak!”) Aku teringat ketika itu, bukan takut yang aku rasa, tapi kecewa. Kecewa sebab aku sebagai seorang teacher’s pet, dimarahi guru yang aku cukup hormati dan sayangi. Aku lari ke padang dan berikrar untuk membalas dendam kepada si Ali. Ya, tak padan ketika itu masih berumur 6 tahun (sebab aku lahir bulan Disember).

Namun, seingat aku, misi membalas dendam itu tidak pernah kesampaian. Prospek aku di-‘wallop’ itu mungkin membuat aku insaf dan mempengaruhi tindak-tanduk aku selepas itu. Aku kembali memainkan peranan teacher’s pet aku tanpa perlu mencekak leher sesiapa.

Dan pada hujung tahun itu, aku mendapat tempat pertama pada peperiksaan penggal ketiga. Dalam keseluruhan darjah 1 pada tahun itu, aku di nombor 3. Eh, mestilah rasa bangga ketika itu, lebih-lebih lagi bila aku sampaikan surat kepada ibu dan ayah aku untuk menghadiri hari penyampaian hadiah.

Pada tahun pertama sekolah itu juga aku baru belajar menguruskan duit sendiri. Memanglah tak banyak, tapi membeli sendiri mee siam di kantin dengan harga 5 sen (ya percayalah, sepiring mee siam ketika itu hanya 5 sen!) dan menggunakan baki untuk membeli air sirap itu boleh dianggap sebagai satu kejayaan. Dan apabila ibu aku membekalkan aku roti dengan sapuan Planta atau Nutella, duit poket itu dapat aku simpan untuk membeli gula tarik ataupun toys di kedai runcit dengan pemilik yang sangat grumpy.

Aku juga belajar berkawan. Tolak tepi kisah Ali, persahabatan yang terjalin ketika itu ada yang kekal sehingga hari ini! Bayangkan, lebih 40 tahun dan kami masih bergelar sahabat dan berkongsi jokes yang lebih kurang sama seperti dulu, tetapi kini di platform FB dan Whatsapp. Dan ya, kami tak berkira tentang bangsa mahupun status. Budak STAR (2) semua kami anggap brothers. Kami ketawa bersama, dan nangis bersama - lebih-lebih lagi ketika ‘Misi’ datang untuk menghadiahkan suntikan ataupun untuk mencabut gigi susu yang sudah goyang.

Darjah 1 bagiku sangat eventful dan meninggalkan kesan yang positif dan seribu satu kenangan manis buat diriku. Dan semuanya bermula dari ‘O’. - Getaran, 21 April 2021

M.Zulkifli merupakan teraju utama getaran.my dan seorang bekas majistret. Beliau juga peminat budaya popular 80an dan memiliki koleksi figurine Star Wars yang masih belum diwariskan kepada anak-anaknya.

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 hari yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Cuaca Panas: Tangguh Dahulu Aktiviti Luar Bilik Darjah - KKM

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Kantin Sekolah Dibuka Untuk Pelajar Bukan Islam - Fadhlina

Sorotan

1

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

3

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

5

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

6

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry