Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ada Apa Dengan Anugerah Muzik: AJL VS AIM 

AJL dan AIM mempunyai kaedah atau mekanisme tersendiri bagi menangani bias (berat sebelah), prejudis dan pilih-kasih. Ia penting untuk mendapat keputusan yang adil dan terbaik. 

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2022 2:00PM

Pengiktirafan dan anugerah memberi kepuasan yang berpanjangan, manakala kepuasan kewangan adalah sementara. - Gambar hiasan Unsplash

oleh

Ad Samad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kadangkala kepuasan yang datang daripada pengiktirafan dan anugerah adalah lebih besar nilainya berbanding dengan kepuasan yang datang daripada kewangan semata mata. Pengiktirafan dan anugerah memberi kepuasan yang berpanjangan, manakala kepuasan kewangan adalah sementara.

Tak cukup dengan mendapat bayaran daripada pertunjukan dan royalti serta kemasyuran, penggiat seni amnya juga mahukan anugerah dan pengiktirafan terhadap hasil kerja mereka. 

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Tiada insan lain yang berkemarukan anugerah sehebat insan seni. Selain dapat mengucapkan terima kasih kepada tok-nenek, ibubapa, suami-isteri, anak-anak serta kekasih baru dan lama, insan seni juga dapat menyampaikan khutbah dengan air mata yang berjuraian perihal kepercayaan, fahaman dan susah senang perjuangan hidup mereka, sambil bangga menggenggam trofi dan dijulang ke udara.

Media-media penyiaran bijak menggunakan tarikan budaya popular yang dihiasi dengan penggiat seni yang jelita dan tampan memperagakan fesyen pakaian klasik dan anggun atau avant-garde dan aneh sambil membelai ego mereka dan bermain dengan irrasionaliti para peminat yang hardcore.

Benarlah; No business like show business.

Dari sudut professional dan prestij, dua anugerah muzik yang paling utama di Malaysia adalah Anugerah Juara Lagu TV3 (AJL) dan Anugerah Industri Muzik (AIM).

Gambar ihsan TV3
Gambar ihsan TV3

Anugerah Juara Lagu TV3 (AJL)

Tanpa ragu ragu lagi, Anugerah Juara Lagu TV3 adalah anugerah muzik paling berprestij di Malaysia. Prestijnya terbentuk daripada tradisi yang telah dibina dari tahun ke tahun sejak 1986. Setiap AJL adalah rakaman peristiwa bersejarah yang akan terus diingati di dalam minda kolektif masyarakat untuk berdekad malah abad mendatang.

Upacara AJL mempunyai format rancangan yang mudah dengan mempersembahkan 12 lagu terbaik tahunan bersaing di antara satu sama lain dan dipersembahkan dengan mutu produksi yang tinggi serta menghiburkan.

Ia mempunyai detik-detik yang mendebarkan dan disudahi dengan ganjaran kemenangan yang disambut gilang gemilang. Itulah nilai intrinsiknya yang menjadikan AJL sangat berharga.

Mutu produksinya tiada tandingan, sama ada menonton secara langsung di lokasi pertunjukan atau di kaca tv. Meskipun banyak lagi majlis dan rancangan lain yang menawarkan hadiah yang lebih lumayan, namun diberi pengiktirafan dan dinobatkan sebagai Lagu Terbaik AJL, tiada tolok bandingnya. 

Sejarah dan tradisinya menjadikan ia sebuah institusi penting dan upacara yang sentiasa dinantikan para penggiat dan peminat muzik tanah air.

Gambar dari Twitter AIM
Gambar dari Twitter AIM

Anugerah Industri Muzik (AIM)

AIM dianjurkan oleh Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (AIMM) dan disokong oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM). Oleh itu, ia seharusnya mempunyai kewibawaan, keabsahan (legitimacy) dan kuasa (authority) dalam perihal penganugerahan muzik.

AIM bukan sahaja memberi pengiktirafan kepada penyanyi dan lagu-lagu terbaik tetapi juga kepada pelbagai kategori dan penggiat muzik di belakang tabir yang selalunya terpinggir.

AIM adalah Grammy Awards versi Malaysia

Mungkin disebabkan kekangan kewangan, ia tidak lagi diadakan sejak tahun 2016. Begitupun, AIM edisi yang ke-23 akan kembali pada 11 hari bulan September, 2022. Buat julung kalinya AIM akan berkolaborasi dengan Astro, pastinya meningkatkan lagi mutu produksi AIM.

Format AIM adalah berbeza dengan format AJL

AIM adalah rancangan upacara penganugerahan, penyerahan trofi dan ucapan yang diselingkan dengan nyanyian dan hiburan. AJL pula adalah rancangan nyanyian hiburan extravaganza yang berkesudahan dengan penganugerahan, penyerahan trofi dan wang tunai yang lumayan. 

Justeru, AIM sukar menandingi drama kemeriahan dan kehebatan AJL yang bervoltan tinggi — electrifying, sambutan penonton yang menggamatkan, dan kenangan hebat yang ia tinggalkan. 

Seperkara penting mengenai AIM, pemenang anugerah adalah berdasarkan pemarkahan para juri professional semata-mata tanpa sedikitpun mengambil kira sebarang nilai kepopularitian. Kesannya, banyak lagu dan album yang tidak popular malah tidak diketahui ramai telah dinobatkan sebagai lagu dan album terbaik.

Pendekatan penganjur AIM yang tidak mengutamakan kepopularitian lagu berbanding kualiti lagu, membawa risiko kepada AIM kehilangan sambutan penonton dan peminat, bahkan  penaja. 

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash


Sistem Dan Mekanisme Penjurian

AJL dan AIM membariskan para juri profesional dan berpengalaman di dalam bidang muzik serta diauditoleh  juruaudit bebas. 

Pada asasnya, para pemenang adalah berdasarkan kedudukan jumlah agregat atau jumlah terkumpul daripada keseluruhan markah yang diberi para juri. 

Di samping itu, AJL dan AIM mempunyai kaedah atau mekanisme tersendiri bagi menangani bias (berat sebelah), prejudis dan pilih-kasih. Ia penting untuk mendapat keputusan yang adil dan terbaik. 

Juri-juri professional juga manusia biasa yang tidak terpinggir daripada kelemahan diri dan kegagalan mengawal emosi dari bersikap adil dan objektif. Pernah berlaku, hanya kerana seorang juri sahaja sudah cukup untuk menjadi penentu kedudukan akhir sebuah lagu di dalam pertandingan. 

Menurut legendanya, seorang juri berkelahi dengan pencipta lagu yang lagunya tercalon. Maka juri itu memberi markah yang terlalu rendah (peringkat tak masuk akal!) kepada lagu ciptaan musuhnya, sedangkan lagu itu dianggap di kalangan lag- lagu favourite.

Untuk menghalang perkara yang sama berulang, pihak penganjur telah meletakkan mekanisme tambahan untuk mengelakan kezaliman sebegitu terjadi lagi.

Syahadan bertahun berlalu, kedua-dua seteru itu telah pun berdamai dan kembali berkawan, malah sama sama berulang kali menjadi juri di AJL/Separuh Akhir Muzik Muzik dan AIM.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Berhujah Atau Tidak

Menerusi pengalaman peribadi, terdapat satu perbezaan yang sangat penting di dalam penjurian di AJL dan AIM. Penjurian di AIM adalah berdasarkan jumlah terkumpul dan pengesahan juruaudit bebas semata mata. Keputusan jumlah dan kedudukan lagu lagu tidak diberitahu kepada para juri. Juri dan penonton akan sama sama mengetahui keputusan muktamad apabila diumumkan di malam anugerah. 

Acapkali para juri juga terkejut dengan pemenang pemenang yang diumumkan.

Manakala di AJL pula, para juri akan diberitahu jumlah agregat dan kedudukan setiap lagu. Mereka berpeluang berbincang malah berhujah di kalangan mereka sebelum keputusan akhir dibuat. 

Perbincangan yang dilakukan di sebalik tabir bersifat dinamik. Sering berlaku jumlah penilaian dan kedudukan lagu berubah setelah sesi perbincangan dilakukan. 

Pernah terjadi di peringkat Separuh Akhir, lagu yang tidak mendapat jumlah markah ‘12 lagu teratas’ tetapi dimasukkan juga ke peringkat akhir AJL atas kesepakatan kesemua juri setelah mendengar lagu tersebut disampaikan secara live dengan sangat hebat.

Perbincangan dan penghujahan di kalangan juri membawa rekonsiliasi (reconciliation) antara kaedah matematik dan naluri (instinct) manusia, demi menilai perkara seni yang abstrak.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Kontrari kepada sesetengah tanggapan, TV3 adalah penganjur rancangan yang sangat adil dan terbuka. Mereka tidak campur tangan di dalam membuat keputusan akhir. Pihak penerbitan TV3 menyerahkan segala keputusan di tangan para juri.

Manakala kaedah penjurian AIM yang hanya berlandaskan jumlah markah terkumpul daripada para juri adalah terlalu ‘dingin’ dan kental, tetapi sangat adil. Tiada perbincangan dan penghujahan mengenai pemarkahan, justeru menutup ruang mempengaruhi satu sama lain dan tiada peluang menyelitkan elemen kepopularitian.

Natijahnya, keputusan akhir boleh terasa anticlimactic apabila lagu yang tidak dikenali dan tidak-mudah-ingat menjadi pemenang. Tetapi, itulah harga yang perlu dibayar untuk mendapat pengiktirafan dan anugerah yang boleh dianggap paling absah, berwibawa dan professional.

Sebaliknya, penjurian di AJL yang mempunyai kaedah perbincangan membolehkan ciri-ciri kepopularitian diselit secara langsung atau tidak langsung. Natijahnya, majoriti lagu lagu yang menjadi ‘Juara AJL’ adalah terdiri daripada lagu lagu yang lebih memorable dan popular. Justeru menambahkan kehangatan malam pertandingan dan menarik penonton yang lebih ramai, serta para penaja.

Pendekatan kedua dua penganjur anugerah itu adalah betul dan diperlukan. Masing masing mempunyai kekuatan yang tersendiri yang juga baik untuk industri muzik amnya.

Yang penting, AJL dan AIM mesti memberi ruang kepada pemenang untuk membuat ucapan malah berkhutbah selagi tidak menyinggung perasaan artis Malaysia yang setaraf dengan Kanye West atau Will Smith.

Kita tidak mahu kejadian mikrofon dirampas atau pemenang dilempang. – Getaran,17 Ogos 2022 

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Selepas 17 Tahun Akhirnya Alif Satar Genggam Trofi AJL, Akui Lebih ‘Nervous’ Jadi Peserta Berbanding Hos

2

Kolum 1 tahun yang lalu

AIM Ke-23, A&R Dan Situasi Muzik Terkini

3

Muzik 1 tahun yang lalu

AIM Hanya Nilai Karya Terbit 18 Bulan Ini, Yang Lebih Tempoh Itu, Anggap Tiada Rezeki

4

Muzik 1 tahun yang lalu

“Saya Perlu Ada Lagu Lain Sekuat ‘Sudah’- Nikki Palikat

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Kolum 22 jam yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan