Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


AIM Ke-23, A&R Dan Situasi Muzik Terkini

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2022 2:00PM

oleh

Ad Samad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malam Anugerah Industri Muzik atau AIM yang ke- 23 telah pun berlangsung di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 11 September 2022.

AIM kali ini menghakimi lagu lagu yang diterbitkan di antara 1 Januari 2021 sehingga 30 Jun 2022. Sebanyak 26 kategori dipertandingkan daripada sejumlah 105 lagu yang telah disenarai pendek. Penjurian dilakukan oleh panel penggiat seni yang berjumlah 113 orang kesemuanya.

Antara barisan finalis AIM23
Antara barisan finalis AIM23

Aku adalah di antara penggiat seni yang menilai lagu-lagu yang telah kita hasilkan sepanjang tempoh dua tahun yang lalu. Majoriti lagu-lagu yang aku dengari amat mengecewakan.

Tiada sebarang pembaharuan dan keistimewaan yang telah kita hasilkan sepanjang tempoh dua tahun yang lalu. Terperuk di rumah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kelihatannya tidak mendatangkan ilham yang bernas, tidak membawa kepada sebarang muhasabah atau refleksi-diri, serta tiada usaha untuk penambahbaikan diri. Karya-karya yang dihasilkan masih ditakuk lama malah semakin mundur.

Mungkin PKP dan lain-lain kesulitan telah membataskan kemampuan para penggiat muzik untuk bersemuka dan berkolaborasi dengan lebih berkesan. Oleh itu, terjejasnya kualiti penerbitan lagu sama ada dari segi kebolehan teknikal atau idea.

Begitupun, teknologi perhubungan terkini telah sangat maju. Kemampuan internet dan pelbagai software membolehkan perhubungan dan perkongsian fail dengan sesiapa sahaja tidak kira di mana seseorang itu berada.

Seorang pemain guitar di Sabah boleh merakam permainan guitarnya di sana dan berkongsi file dengan penerbit muzik yang berada di Petaling Jaya.

Aplikasi Whatsapp, Zoom dan Google Meet mampu membantu penggiat muzik melakukan perbincangan dengan para kolaborator walau di mana jua.

Internet dan teknologi masa kini seharusnya memudahkan lagi kerja-kerja pembikinan muzik. - Gambar hiasan Pexels
Internet dan teknologi masa kini seharusnya memudahkan lagi kerja-kerja pembikinan muzik. - Gambar hiasan Pexels

Internet dan teknologi masa kini seharusnya memudahkan lagi kerja kerja pembikinan muzik malah meningkatkan mutu penerbitan dari segi teknikal dan idea.

Tetapi, mengapakah kebanyakan karya muzik yang dihasilkan sepanjang tempoh dua tahun yang lalu (malah lebih lama dari itu) masih rendah kualitinya dan tidak menarik?

Kelemahan mutu penciptaan melodi dan penulisan lirik khususnya, telah menampakkan kekurangan daya kreativiti, terbatasnya perbendaharaan muzik, kelemahan penguasaan bahasa dan paling utama; tiadanya citarasa seni yang tinggi. 

Terlalu ramai pengikut berbanding pemimpin di kalangan penggiat muzik, serta tiadanya kematangan fikiran.

Kebanyakan karya yang dihasilkan adalah terlalu biasa, klise dan banyak juga lirik yang tidak masuk akal seperti ditulis oleh seorang kanak kanak. 

Suatu ketika dahulu, muzik diterbit dan dipersembahkan para insan yang berbakat dan professional demi menghasilkan kerja kerja rakaman seni yang boleh dibanggakan malah menjadi warisan bangsa dari zaman ke zaman. 

Kini, muzik telah bisa dihasilkan oleh golongan yang pandai komputer dan software muzik tanpa perlu mempunyai kemahiran bermain muzik. Mereka juga kelihatannya seperti tidak mendengar muzik dengan luas dan pelbagai. Oleh itu idea mereka terhad.

Walaupun ramai yang menunjukan potensi tetapi bakat mereka belum diasah dengan ilmu dan kemahiran sehingga berkesan mengukir sesuatu yang berkualiti.

Mungkin begitulah proses latihan dan pembelajaran mereka.

Peranan A&R


Pada suatu ketika dahulu, syarikat-syarikat rakaman gergasi memainkan peranan yang besar di dalam industri muzik. 

Mereka telah mengeluarkan banyak modal untuk menghasilkan album dan single. Untuk menjaga modal dan kepentingan syarikat, mereka melantik orang yang berwibawa untuk menguruskan syarikat. 

Di antara orang yang penting adalah mereka yang bekerja di bahagian Artists And Repertoire atau singkatannya ‘A&R’.

(Seterusnya, rencana ini akan menggunakan singkatan ‘A&R’ bagi merujuk dan merangkumi pekerjaan dan para pegawai atau jabatan yang mengendalikan Artists And Repertoire di syarikat rakaman).

A&R adalah sangat berpengaruh. Mereka bertanggung jawab mencari dan mengenal pasti insan insan berbakat untuk dijadikan artis rakaman. Kemudian mereka akan membentuk corak atau jenis muzik tertentu untuk artis itu. 

A&R akan mengenal pasti penerbit yang bersesuaian agar menyerlahkan bakat sebenar yang ada pada seseorang artis. A&R bertanggung jawab memastikan penghasilan produk yang berkualiti dan bakal diterima di pasaran. 

Fauzi Marzuki - Gambar fail
Fauzi Marzuki - Gambar fail

Di antara tokoh A&R yang tersohor suatu ketika dahulu adalah Adnan Abu Hassan, Nasser Abu Kassim, Fauzi Marzuki, Johari Teh, Johan Aziz, Arab (Syed Azlan Syed Abu Baker) dan Othman Mahmood.

Di luar negara, Simon Cowell adalah tokoh yang paling dikenali berperanan sebagai A&R.

Seorang A&R mempunyai keistimewaan mengecam atau mengenal pasti lagu yang sesuai untuk seseorang artis — atau — mengenal pasti artis yang sesuai dengan sesuatu lagu. 

A&R akan memburu lagu daripada para pencipta. Bukan sahaja lagu lagu baru yang belum pernah dirakam, tetapi adakalanya seorang A&R juga mengenal pasti lagu lagu lama yang sesuai untuk dirakam semula oleh artis baru. 

Seseorang A&R mempunyai kebolehan untuk ‘melihat’ sesebuah melodi di peringkat paling asas, iaitu walaupun tanpa diiringi sebarang instrumentasi dan dapat ‘mendengar’ atau membayangkan bentuk dan gubahan akhir melodi itu. 

Sering berlaku lagu yang dipilih oleh seorang A&R pada mulanya kedengaran tidak sesuai, malah tidak sedap, tetapi setelah lagu itu dirakam barulah terserlah kehebatannya.

Othman Mahmood - Gambar diskografi.com
Othman Mahmood - Gambar diskografi.com

Menurut Othman Mahmood yang merupakan tokoh A&R, lagu Aduh Saliha dan Awan Nano adalah di antara contoh lagu-lagu yang pada mulanya mendapat bangkangan daripada para pegawai syarikat rakaman dan stesyen TV. 

Mereka yang tidak dianugerahakan kebolehan A&R tidak akan ada kebolehan mengecam sesebuah melodi yang baik dan meramal masa depan melodi itu.

Di antara lagu lagu yang dipilih oleh Othman Mahmood untuk para artisnya adalah Lagu Jiwa Lagu Cinta, Persis Mutiara, Masih Jelas, Apo Kono Eh Jang Versi 2012 dan banyak lagi.

Hari ini, A&R adalah satu seni yang kian lenyap. Ia adalah satu kemahiran yang tidak lagi dihargai. Sesiapa sahaja merasakan mereka boleh menjadi A&R termasuklah pengurus artis dan penyanyi. Natijahnya, ramai penyanyi merakamkan lagu yang tidak akan menjadi hit buat dirinya.

Penyanyi memilih lagu berdasarkan cita rasa dan kemudahan diri. Sebaliknya, seorang A&R akan memilih lagu berdasarkan kesesuaian dan kebolehan sebenar seseorang penyanyi.

Walaupun setiap orang ada telinga, tetapi tidak bermaksud setiap orang ada pendengaran yang istimewa yang bisa meramal masa depan.

Dewasa ini syarikat rakaman tidak lagi menggajikan tenaga kerja yang khusus untuk menjaga A&R. 

Malah, syarikat rakaman terutamanya syarikat antarabangsa kelihatannya sudah tidak berminat lagi membuat pelaburan kewangan untuk menerbitkan album tempatan.  Kalau ada pun, bagaikan melepas batuk di tangga. Mereka telah cukup untung dengan menjual artis popular dari barat, Korea dan Indonesia.

Maka timbullah para penerbit independent tempatan dengan kemahiran yang terhad untuk mengisi ruang - ruang kosong di dalam arena muzik tanah air. 

Merekalah yang menjadi sebahagian besar daripada 105 lagu yang telah disenarai pendek di dalam pencalonan AIM yang ke-23.

Begitupun, tahniah kepada penganjur AIM yang berjaya mengadakan upacara yang meriah dan berprestij itu.

Selamat kembali dan semoga berjumpa lagi di tahun hadapan dengan lebih gemilang. - Getaran, 14 September 2022 

Tahniah buat Liza Hanim yang merangkul dua anugerah di AIM23. - Gambar fail
Tahniah buat Liza Hanim yang merangkul dua anugerah di AIM23. - Gambar fail

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

2

Kolum 1 bulan yang lalu

Ruang Kecil, Impian Besar: Bagaimana Ruang Simpan Sendiri Buka Peluang, Potensi Untuk PKS

3

Kolum 1 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

4

Kolum 2 bulan yang lalu

Mendalamkan Makna ‘Agenda Bumiputera Sebagai Agenda Nasional’

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan