web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Saya Perlu Ada Lagu Lain Sekuat ‘Sudah’- Nikki Palikat

Melihat kepada sambutan dan penangan lagu 'Sudah', Nikki merasakan dia perlu mempunyai lagu yang memiliki aura yang sama. 

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2022 8:15AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah kejayaan lagu ‘Sudah’ yang mencatatkan lebih dari 200 ribu tontonan sejak dimuat baik bulan lalu, kini penyanyi Nikki Palikat merasakan  dirinya perlu menghasilkan beberapa buah single lain agar momentum peminat terhadap karier nyanyiannya tidak terhenti separuh jalan.

Setelah dinobatkan sebagai naib juara program Gegar Vaganza, namanya kembali meledak setelah sepuluh tahun menyepi dari dunia hiburan.

Bukan itu sahaja, rezeki berpihak kepadanya apabila terus terpilih menyanyikan satu-satunya lagu terakhir yang sepatutnya dinyanyikan oleh arwah Siti Sarah. Ia juga disebut sebagai lagu yang berpotensi untuk menembusi Anugerah Juara Lagu.

“Awalnya saya sangat gementar. Namun melihat kepada maklum balas baik yang diterima, saya rasa bangga, lega dan gembira.

“Memang ini adalah hasrat terbesarnya untuk membolosi AJL dengan lagu 'Sudah'. 

“Saya harap pendengar dan peminat boleh terus mengundi lagu ini kerana ia juga bergantung kepada undian mereka untuk memasuki carta.

“Saya sendiri tidak pernah lagi merasa bertanding di AJL. Saya berharap ada rezeki untuk lagu ini ke AJL sekali gus menjadi pengalaman pertama saya di pentas berprestij itu,” katanya semasa ditemui Getaran baru-baru ini.

Melihat kepada sambutan dan penangan lagu 'Sudah', Nikki merasakan dia perlu mempunyai lagu yang mempunyai aura yang sama. 

Namun untuk lagu yang seterusnya, Nikki bakal kembali menyanyikan lagu-lagu berentak rancak seperti beberapa lagu yang pernah dinyanyikannya sebelum ini.

“Saya perlu ada lagu yang sama kuat dengan ‘Sudah’ untuk buah tangan terbaru saya selepas ini. Berjaya menampilkan sisi lain diri saya. Selepas ini, saya bakal hadir dengan lagu-lagu rancak kerana sememangnya itulah genre yang memang dekat dengan saya seperti lagu 'Drama',” tambahnya.

Bagi menghargai sokongan para peminat sejak pertandingan Gegar Vaganza lagi, Nikki dalam perancangan untuk mengadakan pertemuan dengan para peminatnya pada bulan hadapan. 

“Para peminat ada minta saya untuk adakan showcase. Bulan hadapan memang saya ada perancangan untuk adakan pertemuan dengan mereka. Saya juga akan menyanyikan lagu-lagu khas untuk mereka,” dedahnya. 

Nampaknya Mei bakal menjadi bulan yang sibuk untuk Nikki. Selain showcase, wanita kelahiran Tambunan, Sabah ini juga bakal menyambut Pesta Keamatan bersama keluarga. 

“Cuma baru-baru ini saya kehilangan atuk, jadi mungkin saya tidak pulang ke kampung. Sebenarnya kami semua memang rindukan arwah atuk kerana dialah penyebab utama kami sekeluarga berkumpul beramai-ramai. 

Bila dia sudah tiada, kami semua memang rindu. Jadi untuk Pesta Keamatan tahun ini, mungkin kami sambut sederhana sahaja,” katanya menutup temu ramah. - Getaran, 27 April 2022

Gambar: Instagram Nikki, Indigital Music

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Rupa Paras Dikutuk, Liza Hanim Tampil Pertahankan Diri

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Selepas 17 Tahun Akhirnya Alif Satar Genggam Trofi AJL, Akui Lebih ‘Nervous’ Jadi Peserta Berbanding Hos

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Hiburkan 200 Peminat, Ernie Zakri Berjaya Buktikan Dia Pelapis Penghibur Muda Yang Punya Keunikan Sendiri 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Saya Mohon Hentikan Semua Kenyataan Yang Berbaur Tohmahan Dan Tuduhan - Zaf VE 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN