Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Pesta Arak Oktoberfest - Kena Hormati Hak Bukan Islam Juga, Kata Ahli Parlimen Amanah

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2022 8:00PM

Gambar hiasan - media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

YB Menteri dari PAS, Senator Idris Ahmad telah dilaporkan berkata bahawa pesta bir yang dipanggil Oktoberfest tidak sewajarnya dibenarkan di Malaysia.

Seorang Timbalan Menteri dari parti BERSATU menyokong pendirian senator PAS tersebut.

Untuk rekod, PAS telah secara terbuka menentang Oktoberfest sejak dari awal lagi meskipun festival tersebut tidak ada kena mengena dengan urusan orang Islam apatah lagi menyentuh mana-mana pelanggaran hak orang-orang Islam.

Dengan lain perkataan, festival arak itu tidak menjejaskan hak asasi orang Islam.

Jika pun ada perlanggaran kepada hak berlaku, ianya memberi kesan kepada hak orang-orang bukan Islam di negara ini.

Sebagai orang Islam, sudah tentu saya mempunyai pendirian tersendiri mengenai pesta arak.

Bagaimanapun, saya percaya saya tidak ada hak untuk menunjukkan rasa tidak hormat ke atas hak orang bukan Islam yang ingin turut serta menyertai festival Oktoberfest.

Dalam mengambil pendirian ini, saya dipandu oleh pendirian tegas para sahabat dan beberapa ulama serta cendikiawan Islam di masa-masa lampau yang dengan tanpa ragu memperakui hak-hak orang bukan Islam untuk mengamalkan kepercayaan agama mereka secara bebas.

Sebagai contoh, Khalifah Islam yang keempat iaitu Syaidina Ali كرم الله وجهه pernah menulis sepucuk surat kepada gabenor lantikannya iaitu Malik Al-Aystar r.a di mana Imam Ali menasihati gabenor tersebut antaranya :-

“Ingatlah bahawa rakyat di negara itu terbagi kepada dua kategori manusia. Mereka adalah sama ada saudara kamu dalam agama (muslim) dan saudara kamu atas dasar kemanusiaan (bukan Islam).”

Seorang lagi sarjana Islam yang boleh dicontohi adalah seorang ulama sufi besar di Maghribi iaitu Sheikh Ahmad Zarruq رحمه الله.

Ulama ini telah mengambil pendirian yang berani dan juga mengambil risiko yang besar dengan sanggup mempertahankan hak orang bukan Islam-orang Yahudi sehingga beliau dijatuhi hukuman dengan dibuang negara iaitu ke Libya.

Sejarah Islam juga merekodkan sumbangan besar seorang sarjana Islam yang juga merangkap tokoh pejuang Kemerdekaan Algeria yang berani menentang penjajah Perancis yang bukan Islam. Nama tokoh itu adalah Amir Abd El- Kader.

Selain keberanian sarjana Islam tersebut menentang penjajahan golongan bukan Islam di tanahair beliau, tokoh ini juga dikenali sebagai tokoh yang tidak segan silu melindungi nyawa orang-orang bukan Islam-penganut Kristian Maronite yang cuba ditindas oleh elemen-elemen melampau di kalangan pihak orang Islam semasa berlakunya perang saudara Mount Lebanon pada tahun 1860.

Tindakan beliau itu tidak terlepas dari perhatian orang-orang bukan Islam khususnya para pemimpin bukan Islam. Sejarah melakarkan sikap terpuji beliau itu sehingga Abraham Lincoln sendiri memuji sakan tindakan beliau itu. Salah satu bandar di Daerah Iowa, Amerika, malahan diberi nama dengan nama tokoh hebat ini.

Ya, benar tokoh sarjana Islam ini tanpa gentar melawan penjajah bukan Islam yang menjajah tanah air beliau, tetapi itu tidak sama sekali menghalang beliau melindungi nyawa para rakyat bukan Islam yang dizalimi oleh orang-orang Islam yang agak fanatik semasa perang saudara itu.

Dalam menolong para penganut Kristian di peperangan saudara itu, tokoh ini tidak menyimpan di dalam hati beliau rasa benci dan dendam ke atas orang-orang bukan Islam itu meskipun mereka - non muslim - pernah menjajah bumi Algeria - negara tokoh tersebut.

Apa mesej dari segala peristiwa sejarah tersebut di atas? Ya, mesejnya adalah orang Islam itu sepatutnya tidak ada sebarang masalah untuk menghormati dan melindungi hak-hak orang bukan Islam.

Dari perspektif perlembagaan pula, saya hujahkan hak orang bukan Islam menyertai Oktoberfest adalah dijamin di bawah Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu mereka memiliki segala hak untuk mengamalkan agama atau kepercayaan mereka tanpa dihalang oleh sebarang ancaman. Hak kudus tersebut sewajarnya dihormati.

Setengah orang Islam menyimpan kegusaran yang tidak berasas atas sangkaan bahawa festival arak yang merupakan urusan awam itu berpotensi menimbulkan ketidaktenteraman awam atas andaian para peminum bir itu akan mabuk dan bertindak di luar kawalan. Oleh itu, mereka hujahkan, festival bir itu tidak harus diizinkan.

Pada hemat saya, dengan hormat, hatta kerisauan orang Islam itu, diandaikan ada kewajarannya sekalipun, ia masih tidak boleh menghakis hak orang bukan Islam di bawah Artikel 11 (1) Perlembagaan Persekutuan itu.

Jika pun diandaikan persepsi akan berlakunya ketidaktenteraman itu sah, pengecualian hak untuk mana-mana penganut agama mengamalkan agama mereka seperti yang termaktub dalam sub artikel 5 Artikel 11 boleh digunakan oleh pihak berkuasa seandainya dan seandainya sahaja keperluan kepada perkara itu timbul. - Getaran, 5 Ogos 2022

Penulis merupakan Ahli Parlimen Sepang dan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang Undang)

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Oktoberfest: Idris Tak Perlu Campuri Hal Ehwal Bukan Islam

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA