web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Demi Sesuap Nasi, Berilah Bantuan Kepada Sesiapa Sahaja Yang Lapar, Tak Mampu Beli Makanan

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2022 4:54PM

Gambar hiasan Unsplash

oleh

Pearl Lee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Inisiatif bakul makanan untuk siswazah bakal membantu golongan pelajar yang terpaksa mengikat perut  akibat kenaikan harga makanan.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad, Bakul Makanan Siswa Keluarga Malaysia akan menawarkan menu berkualiti pada harga siling RM3.50 setiap hidangan.

Yang pasti pelajar yang kurang mampu dan juga yang dulu mampu tetapi sekarang tidak, tidak perlu lagi mengikat perut lagi angkara perbelanjaan kos kehidupan yang semakin meningkat.  

Sudah pasti, inisiatif ini juga boleh meredakan sedikit beban ibu bapa pelajar-pelajar ini.

Pokoknya, bukan hanya pelajar universiti sahaja yang terkesan.

Ramai lagi, yang walaupun mempunyai kerja yang tetap, sejak kebelakangan ini, terpaksa mengikat perut akibat akibat tidak mempunyai wang yang cukup tatkala peningkatan harga hampir segala-gala benda di negara ini.

Ramai dari mereka mempunyai anak-anak yang kecil. Mereka ini juga terdiri daripada golongan warga emas yang mungkin akan mengalami masalah kekurangan zat makanan kerana terpaksa makan apa sahaja yang mampu dibeli.

Jika di bandar, ramai dari mereka ini yang tinggal di flat Projek Perumahan Rakyat. Turut terjejas adalah warga asing dan golongan pelarian.

Siapakah yang boleh membantu mereka ini?

Selain inisiatif individu ataupun inisiatif komuniti melalui soup kitchen, adakah mana-mana badan yang mahu menderma bahan makanan kepada golongan yang memerlukan bantuan?

Bolehkah wujudnya inisiatif dapur komuniti di taman-taman perumahan yang boleh berfungsi sebagai pusat penggagihan makan yang sudah masak untuk golongan yang memerlukan?

Idea sebegini dan yang lain patut dipertimbangkan oleh badan-badan lain, termasuk Kementerian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat untuk membantu rakyat.

Ramai yang kini hanya makan nasi bersama kuah, tidak ada daging atau sayur. Ada juga yang hanya mampu makan biskut kosong kerana poket semakin kosong.

Menurut satu kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia baru-baru ini, global hunger ataupun kelaparan global mencecah 821 juta pada tahun 2021. Ini merupakan peningkatan 36 juta semenjak 2020 dan 150 juta sejak tercetusnya pandemik COVID-19.

Menurut badan dunia itu, laporan terbaru ini menunjukkan dunia semakin jauh dari target untuk mencapai impian untuk membasmi kelaparan, malnutrisi dan juga sekuriti makanan pada tahun 2030.

Masalah kelaparan akan terus meningkat dan dirasai oleh masyarakat di hari-hari yang akan datang.

Krisis makanan sudah pun dirasai. Tidak wajar menyuruh orang agar mengurangkan makan nasi atau telur kerana harga naik.

Lagi cepat kita terima hakikat bahawa ramai di luar sana kelaparan, lagi cepat dapat kita mencari jalan keluar untuk menyelesaikan masalah ini. - Getaran, 8 Julai 2022

Pearl Lee merupakan pengasas bersama dan pengarang urusan portal berita Twentytwo13. Hubungi beliau melalui Twitter @pearllee22 atau emel [email protected]

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Pelajar Maut, KPM Arah IPG Henti Semua Aktiviti Ekstrem, Sukan Air

2

Pendidikan 2 bulan yang lalu

Tangguh Aktiviti Luar Jika Suhu Lebih 35 Selsius - KPM

3

Semasa 5 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga