Berita Terkini

2 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Wahai Kamu Yang Bergelar Ayah, Ingatlah...

Sempena Hari Bapa, kolumnis kami Wirda Adnan berkongsi beberapa peringatan buat mereka yang berpangkat 'ayah' di luar sana. Demi dunia dan akhirat anak-anak, isteri dan mereka sendiri, beringatlah.

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2022 2:27PM

Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

"Mereka bertanya padaku tentang parfum apa yang paling wangi yang aku miliki, aku menjawab: bau dekapan ayahku pada pakaianku." - petikan Ilmu Akademi

Ayahandaku telah lama pergi, tetapi cinta seorang ayah kumiliki sampai kini.

Daddy (bapa mertua), bekas army, berani, tegas tetapi boleh tahan sporting orangnya. Yang tidak mengenalinya mungkin takut mendekati, tetapi bila bersamanya pasti mahu duduk lama.

Kalau anda lelaki memanglah suka kerana hobinya ‘melayan’ kereta. Tanya apa sahaja mengenai kereta, ceritanya dari A ke Z. 

Daddy rajin membaca, kini dia lebih senang mencari bahan bacaannya melalui iPad yang tidak lekang di tangan.

Hal politik, ekonomi, kesihatan dan sukan; tenis, siapa menang Wimbledon dia tahu, Olimpik, hoki, badminton, Formula 1, Daddy fasih sekali malah hiburan juga. Mungkin dia tahu siapa pemenang 'India Got Talent 22'.

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Seyogia itu mungkin yang melegakan sakit-sakit saraf yang dialaminya sejak berpuluh tahun lamanya. Dia melupakan sakitnya dengan aktiviti bacaannya. 

Dia ‘push’ tenaganya dengan membuat kerja mengemas, mencuci, ya meja baca dan bilik tidurnya kemas sentiasa.  Kuat semangat, jarang mengadu sakit dan selagi mampu, Daddy akan memandu sendiri ke hospital untuk rawatan dan temujanji. 

Daddy tinggi dengan budi bicara, bila dia rasa patut dipuji dan dirai, Daddy senang sekali meluah rasa di hati, “Wirda, thank you very much for your nasi dagang. It is very good and made to perfection. You get 10 over 10 from me. Had it for lunch and I'm going to have it again for dinner.” With emoji lagi. Antara puji-pujiannya membuat hati berbunga. 

Dan dalam kamus Daddy tiada bahasa kedekut, kalau dia sihat agaknya setiap hari menghantar makanan ke rumah ini. Kadang-kadang diselitnya ang pao di bag, 'buy some fruits for Sheraaz',” katanya. “Tidak sempat ke pasar raya.”

“No man I ever met was my father’s equal. And  I never loved any other man as much.” Hedy Lamarr. 

Happy Father’s Day, Daddy - Lt.col (B) Hassan Idris. We love you. Any man can be a father but it takes someone special to be a dad like you.

Kadang bila kita melihat ibu ayah yang derita didera anak, ditinggalkan seorang diri tidak tentu makan minum, hati sakit.  Kadang kita melihat orang tua menadah tangan di kaki lima, sekilas kita bertanya, anak-anaknya mana? 

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Masih saya tidak boleh lupa cerita suami akan seorang tua yang ditinggalkan oleh anaknya di perhentian bas. Setiap petang si ayah merangkak ke perhentian bas, duduk di situ sehingga senja dan sering terlena menunggu anaknya yang berjanji akan mengambilnya. 

Kini sudah lebih 10 tahun menunggu dan mengharap anaknya datang. Atas alasan apa si anak mencampakkan ayahnya di situ, tidak siapa yang tahu tetapi dalam sendunya selalu berkata dia mahu mati di rumah anaknya. Kesian.

Yang bernama ayah, ingat, kalau kita didik anak kita ke jalan Allah, kita tunaikan semua tanggungjawab, kita tunjukkan contoh yang baik, insha-Allah anak-anak kita akan membalas jasa baik kita itu. 

Akan tetapi terlalu ramai ayah yang lepas tangan. Ada terus angkat kaki, tidak kurang yang kejam kepada anak isteri. Nafkah tidak diberi, malah mereka didera dihina, dianiaya.  

Anak melihat, kalau daripada kecil perasaan benci sudah ditanam di hati, jangan diharap bila kamu tua dia berbesar hati memuliakan kamu. 

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Saya terkenang kisah seorang keluarga. Anak enam dan ketika itu masih semua bersekolah. Mula tinggal di kota tetapi keadaan hidup bertambah teruk, suami membawa keluarga pulang ke kampung isteri. 

Diberi tempat tinggal malah diberi kerja oleh si ipar. Namun satu hari si suami/ayah yang sudah kaya tidak pulang-pulang, tidak lama kemudian yang diterima oleh isteri surat cerai.

Sang isteri yang tidak pernah bekerja terpaksa membanting tulang membesarkan anak. Nenek, adik-beradik turut membantu membesarkan mereka. 

Sekarang bila anak sudah besar dan berjaya, pandai pula si ayah marah kerana melupakan dia yang sakit dan hidup susah. Pandai pula si ibu tiri menghubungi anak-anak suaminya menyuruh mereka membalas jasa si ayah. Mengingatkan mereka tentang dosa dan pahala mengabaikan ayah mereka. 

Jasa apa sang ayah, yang meninggalkan isteri masuk ladang membanting tulang hanya untuk memberi makan anak-anak? Jasa apa kamu ayah yang bila kamu senang kamu joli membiarkan anak kelaparan? 

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Mujur anak-anak dididik oleh ibu supaya mereka bertanggung jawab. Apa pun tetap bapa mereka dan wajib ke atas anak menjaga orang tua mereka. Tetapi andainya kalau anak tidak menghiraukan bapanya itu, bolehkah kita menyalah mereka? 

Kepada ayah, ingat, Allah SWT berfirman dalam Surah Al Baqarah ayat 233, “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.”

Jelas walaupun kamu sudah bercerai, memberikan nafkah kepada anak adalah bentuk kewajiban yang mesti dipenuhi oleh seorang ayah. Sebab nafkah untuk anak tidak pernah putus.

Wahai ayah ingatlah, kalau kamu ayah yang baik kamu tidak akan membiarkan anak kamu sendirian. Fikirkan perasaan anak-anak yang mempunyai ayah yang lepas daripada tanggungjawab tapi kamu meminta mereka untuk tetap terus menghormatimu?

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Kepada kamu yang bernama ayah, Rasulullah SAW bersabda, daripada Riwayat Ahmad, “Ibu bapa yang mendidik dan membesarkan anak perempuan dengan sempurna, anak tersebut akan menjadi penghalang (perisai) ibu bapa daripada diseksa api neraka.” Ingat ayah, jangan lupa ini bahawa di akhirat kelak, segala tentang anak dan isterimu, kamulah yang menjadi penanggung jawabnya.

Tak ada kebahagiaan yang lebih besar daripada kebahagiaan seorang anak atas kemuliaan ayahnya dan tak ada kebahagiaan yang lebih besar menurut seorang ayah daripada kejayaan anaknya. 

Ya Allah, ampuni segala dosaku dan juga dosa kedua-dua ibu bapaku serta kasihalah mereka seperti mereka memelihara dan mendidik sewaktu kecil.

Kepada semua yang berpangkat ayah, Selamat Hari Bapa. - Getaran, 18 Jun 2022

Isu Pada

Sentuhan Magis Perunding Hiasan Dalaman

18 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Terima Kasih Tolong Ayah, Sayang...

2

TARA 9 bulan yang lalu

Barbie Tayang Filem Pendek Khas Menyentuh Hati Sempena Hari Bapa

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Hari Bapa

4

Gaya 9 bulan yang lalu

Sesuatu Yang Mewah Untuk Hadiah Hari Bapa? Ini 5 Jam Tangan Mewah Bell & Ross

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok