web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Inflasi Makanan: Tangani Krisis Dengan Efektif, Bukan Ambil Langkah Populis

Berita Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2022 2:54PM

Gambar fail

oleh

Pearl Lee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak salah untuk membuat keputusan yang kurang popular jika hasilnya akan membawa lebih baik kebaikan dari keburukan.

Inilah pendekatan yang harus diambil pelbagai pihak, terutama kerajaan, tatkala negara berdepan dengan pelbagai dugaan termasuk harga kenaikan barang mentah dan barang runcit yang semakin membelenggu rakyat.

Walaupun ada yang masih mampu membeli kopi berharga RM17, namun tidak semua mampu membeli nasi ayam yang berharga RM8, berbanding RM6.50 sebelum ini.

Inflasi makanan akan terus dirasai di bulan-bulan akan datang. Selain kenaikan harga komoditi global, masalah ini turut berlaku disebabkan gangguan rantaian bekalan domestik serta penyusutan ringgit.

Ia akan menjadi lebih teruk sebelum harga mula stabil.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), inflasi makanan pada April meningkat lebih tinggi 4.1 peratus dengan 89.1 peratus barang makanan bagi kumpulan makanan dan minuman telah merekodkan kenaikan.

Menurut DOSM lagi, harga nasi berlauk dan sate mencatatkan peningkatan yang lebih tinggi - sebanyak 7.1 peratus (Mac 2022: 6.6 peratus).

Masakan berasaskan sayur meningkat 6.9 peratus (Mac 2022: 5.7 peratus) dan masakan berasaskan daging naik 5.7 peratus (Mac 2022: 5.2 peratus).

Makanan di rumah (bahan mentah untuk penyediaan makanan di rumah) juga meningkat 4.1 peratus berbanding setahun lalu.

Ramon Navaratnam
Ramon Navaratnam

Pakar ekonomi veteran, Tan Sri Ramon Navaratnam memberitahu penulis baru-baru ini bahawa sudah tiba masanya untuk suatu perbincangan nasional diadakan untuk menangani krisis inflasi harga makanan.

Usahlah meletakkan 'beban' untuk berdepan dengan masalah ini di bahu Kabinet sahaja.

Pakar-pakar ekonomi, pemegang taruh industri, dan juga wakil-wakil dari kumpulan pengguna harus duduk semeja untuk memberi cadangan-cadangan bagi menghadapi krisis ini. Sudah tentunya akan ada jalan keluar oleh pakar-pakar ini yang akan membawa kelegaan buat rakyat Malaysia yang kian menderita.  

Tanyalah juga kepada orang ramai apakah jalan penyelesaian dan jenis bantuan yang mereka perlukan dalam mengharungi hari-hari yang akan datang. Adakah duit atau makanan yang mereka mahukan?

Komuniti setempat melalui pelbagai pihak termasuk NGO juga boleh memainkan peranan untuk menolong golongan yang terkesan.

Pokoknya, masalah ekonomi negara harus diselesaikan berlandaskan prisip ekonomi, dan bukannya pendekatan yang semata-mata populis. - Getaran, 10 Jun 2022

Pearl Lee merupakan pengasas bersama dan pengarang urusan portal berita Twentytwo13. Hubungi beliau melalui Twitter @pearllee22 atau emel [email protected]

 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 19 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad