Berita Terkini

20 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Sukan SEA 2027 Seharusnya Lebih Inklusif

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2022 9:56AM

Pertunjukan bunga api pada majlis penutupan Sukan SEA yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil, pada 30 Ogos 2017. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada 2017, Kuala Lumpur menjadi tuan rumah Sukan SEA. Kebanyakan sukan dipertandingkan di Lembah Klang. Hanya beberapa sukan seperti basikal, ekuestrian dan perahu layar dianjurkan di Nilai, Kuala Terengganu dan Langkawi.

Logistik selalu dijadikan sebagai alasan untuk memastikan penganjuran sesuatu kejohanan, terutamanya yang melibatkan kontinjen besar dan pelbagai sukan, tertumpu di sesuatu lokasi.

Perkara yang sama juga berlaku di temasya Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Olimpik.

Namun, ada pula kejohanan seperti Piala Dunia yang dianjurkan di beberapa lokasi dalam sesebuah negara. Piala Dunia di Russia, sebagai contoh, menyaksikan 64 perlawanan dimainkan di 11 bandar.

Apabila Kuala Lumpur menganjurkan Sukan SEA 2017, mereka yang tinggal di luar Lembah Klang, terutamanya di Sabah dan Sarawak, mengakui tidak merasai kehangatan mahupun impak temasya sukan tersebut. Kata mereka, ia bagaikan Sukan SEA yang hanya menguntungkan warga ibu kota.

Berdasarkan reaksi sebegini, terdapat cadangan untuk Sukan SEA dipertandingkan di lebih banyak lokasi di luar ibu kota.

Pada Selasa lalu, Majlis Olimpik Malaysia berkata bahawa mereka terbuka dengan idea negeri-negeri lain untuk turut bersama menganjurkan Sukan SEA 2027. Namun, ia tertakluk kepada perbincangan bersama kerajaan Persekutuan.

Idea ini sepatutnya diberikan pertimbangan yang sewajarnya.

Walaupun sesetangah pihak akan cepat melatah dan berkata ini akan merumitkan lagi kelancaran penganjuran temasya sukan yang besar, namun sejarah telah menunjukkan bahawa masalah tetap berlaku walaupun sesuatu kejohanan dianjurkan di hanya satu lokasi.

Ketika Manila menjadi hos Sukan SEA 2019, Singapura antara negara yang mengemukakan aduan mengenai isu pengangkutan.

Apabila sesuatu temasya sukan itu dipertandingkan di beberapa bandar di negara, ini akan memastikan lebih ramai lagi rakyat merasai impak kejohanan sukan tersebut. Perniagaan tempatan akan merasai limpahan daripada penganjuran Sukan SEA.

Yang penting sekali, lebih ramai lagi rakyat Malaysia, terutama anak-anak muda, akan turut ke venue perlawanan untuk bersorak.

Melihat idola-idola mereka beraksi, ia akan menyuntikan lagi semangat mereka untuk bersukan. Jika tidak pun, mereka akan dapat belajar mengenai dan menghayati sukan yang tidak mereka kenali sebelum ini.

Penganjuran sesuatu temasya sukan bukan hanya sekadar menjadi juara keseluruhan. Tiada gunanya memenangi beratus-ratus pingat emas di laman sendiri tetapi tidak konsisten dan kemudiannya duduk di tangga yang tercorot di edisi-edisi Sukan SEA seterusnya.

Untuk menjadi hos, kita juga perlulah kira berapa pulangan, dalam wang ringgit, yang akan dinikmati oleh rakyat Malaysia. Penganjuran sebarang sukan seharusnya merancakkan ekonomi tempatan, sekali gus melonjakkan ekonomi negara. Kita juga harus melibatkan lebih ramai lagi rakyat Malaysia untuk memastikan mereka turut serta menikmati kejohanan tersebut.

Pengiraan sebegini akan dapat memperkukuhkan lagi idea untuk menganjurkan Sukan SEA di negeri-negeri lain.

Tetapi sebelum pihak berkenaan mula membuat sebarang perancangan, eloklah jika pihak kerajaan mendedahkan akaun Sukan SEA 2017. Ini kerana akaun tersebut boleh dijadikan sebagai panduan untuk menguruskan perbelanjaan dengan lebih bijak buat edisi yang akan datang.

Jadikan Sukan SEA 2027 lebih inklusif untuk rakyat Malaysia. - Getaran, 11 Jun 2022

Haresh Deol seorang wartawan yang mempunyai pengalaman dalam media sejak tahun 2000. Beliau adalah pemenang dua kali Anugerah Institut Akhbar Malaysia dan merangkul tujuh anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM). Beliau boleh dihubungi di akaun Twitternya @HareshDeol.

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut