web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dedah 'Tokong' Atau Jangan Bersuara Tanpa Bukti

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2022 1:03PM

Muhammad Sanusi Md Nor - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pentadbir bola sepak di Malaysia agak pelik. Kebanyakannya cakap tak serupa bikin. Ada pula yang main cakap, tanpa memberi sebarang bukti atau justifikasi.

Setiap kali sebelum musim baharu bermula, pentadbir pasukan bola sepak Liga Malaysia akan berjanji untuk melangsaikan hutang pemain-pemain. Tapi empat, lima bulan kemudian, pemain serta pegawai masih tidak dibayar.

Ada pula komen-komen yang menyatakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta Liga Malaysia dikawal oleh seseorang individu. Namun, sehingga kini, tiada seorang pun mampu mengemukakan sebarang bukti.

Yang terkini ialah komen Menteri Besar Kedah merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mengulangi pendiriannya untuk menolak budaya supreme dalam bola sepak Malaysia serta mendakwa wujudnya 'tokong' dan campur tangan 'individu' tertentu dalam memberi arahan kepada pasukan lain.

Beliau juga mendakwa 'bonus' akan diberikan kepada pasukan yang berjaya mengalahkan Kedah Darul Aman FC.

Dakwaan Muhammad Sanusi amat berat. Beliau sepatutnya membuat laporan kepada FAM, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau juga seharusnya mengemukakan bukti untuk mengukuhkan kenyataan berkenaan.

Jika Muhammad Sanusi bimbang FAM dan polis tidak akan menyiasat kerana pengaruh 'individu' tersebut, beliau boleh mendedahkan buktinya kepada media untuk menyiasat dan rakyat Malaysia boleh menilai siapa yang betul dan siapa yang salah.

Jika benar terdapat 'tokong' atau budaya supreme dalam bola sepak tempatan, maka 'tokong' serta budaya tersebut telah gagal. 

Ini kerana bola sepak Malaysia masih di tahap yang menyedihkan sehingga diberi status gagal oleh Majlis Sukan Negara berdasarkan prestasi pasukan negara pada temasya Sukan SEA di Hanoi, yang baru sahaja berakhir.   

Namun, apabila ditanya wartawan jika Muhammad Sanusi akan mendedahkan 'tokong' tersebut, beliau menjawab 'no komen'.

Ini tidak sepatutnya berlaku. 

Dakwaan berat telah dibuat dan ia tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Bak kata peribahasa Melayu, berani kerana benar, takut kerana salah.

Apa sebenarnya yang mendorong Muhammad Sanusi untuk berkata sedemikian?

FAM dan Malaysian Football League (MFL) tidak boleh berdiam diri dalam isu ini.

Mereka harus proaktif dalam menyangkal sebarang persepsi bahawa Liga Malaysia adalah tidak profesional dan terbuka kepada campur tangan pihak ketiga.

Usah jadikan bola sepak bagaikan medan politik, di mana kenyataan dan dakwaan dibuat tanpa sebarang justifikasi atau bukti.

Kenyataan-kenyataan sebegini mungkin akan menjadi cerita menarik dalam masa sehari dua namun ia akan merencatkan bola sepak tempatan dalam jangka masa panjang. - Getaran, 26 Mei 2022.

Haresh Deol seorang wartawan yang mempunyai pengalaman dalam media sejak tahun 2000. Beliau adalah pemenang dua kali Anugerah Institut Akhbar Malaysia dan merangkul tujuh anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM). Beliau boleh dihubungi di akaun Twitternya @HareshDeol.

 

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH