Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


5 Cadangan Memperkasa Bahasa Melayu

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2022 2:14PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Adalah menjadi kewajiban setiap rakyat yang memberikan taat setianya kepada negara ini melengkapkan diri dan mempelajari bahasa kebangsaan.”

Tun Dr Ismail Abdul Rahman

Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu bakal berlangsung pada 22-24 Mei 2022. Ianya bertujuan membawa cerdik pandai tempatan dan antarabangsa berkongsi pendapat dan ‘duduk semeja’ untuk membincangkan keberadaan Bahasa Melayu dan tempatnya di persada dunia. Namun ada yang berpendapat bahawa usaha memulihara warisan bangsa seperti bahasa, sastera, seni budaya dan sejarah sesuatu yang tidak relevan lagi.

Sebenarnya, tanpa kekuatan warisan bangsa - “bahasa, seni dan budaya serta sejarah” kita tidak mungkin mencapai kekuatan ekonomi, atau berjaya menyerlah sebagai sebuah BANGSA dalam arus globalisasi. Untuk mencapai kejayaan di mana mana bidang, kekuatan identiti itu amat penting dan jatidiri ini datang dari warisan bangsa yang kuat.

Kita lihat hari ini, negara atau tamadun yang berjaya mempunyai kekuatan bangsa yang kuat - memulihara Bahasa, Seni, budaya dan sejarah membawa kepada kekuatan jatidiri negara. Ia menjadi benteng kepada kedayatahanan, kekuatan identiti nasional, payung kepada pembinaan negara. Kekuatan bahasa saling bergantung pada kekuatan tamadun. Pada zaman tamadun Kedah dan tamadun Melaka, kekuatan bangsalah yang  memastikan kekuatan bahasa.

Bahasa mencetus Bangsa

Bangsa mencetus Tamadun

Bahasa Melayu sudah lama menjadi bahasa antarabangsa. Kita sebenarnya yang lalai menjaga keberadaan Bahasa Melayu. Kita sendiri yang masih tidak mementingkan Bahasa Melayu setelah sekian lama. Masanya telah tiba untuk kita bangun dari tidur, menegakkan warisan budaya dan bahasa yang hampir terkubur.

Kekuatan Bahasa Melayu mestilah bermula dengan kita dalam konteks budaya. Ianya sesuatu yang hidup segar dalam penghayatan budaya - hikayat, pementasan dan perfileman, bukan semata-mata di bilik darjah atau di sekolah. Agensi kerajaan mesti mendukung cita-cita ini dan menyokong industri kreatif berpaksi bahasa dan budaya Melayu. Kita mestilah serius dalam menguatkan penggunaan Bahasa Melayu dalam masyarakat. Tidak boleh ada segelintir masyarakat yang tidak fasih atau segan-silu menggunakan Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu ini sebenarnya landasan kepada penyatuan negara, bukan sebaliknya. Saya terpaksa berterus terang sikap kita dalam masyarakat mencerminkan ketelusan kita mengangkat Bahasa Melayu sebagai satu tunggak Negara. Contohnya, kita ada pengacara radio yang tersipu-sipu mengaku penguasaan Bahasa Melayu mereka agak kurang baik. Apa mesej yang ingin disampaikan?

Isu Politik

Saya sedih sebenarnya memikirkan isu ini telah menjadi isu politik dua negara. Kita boleh menggunakan kaedah kerjasama kedua negara menaikkan pantun sebagai Warisan Dunia kepada UNESCO pada tahun 2019.  Kerana pantun, seperti juga Bahasa Melayu satu warisan budaya dari satu zaman sebelum ujudnya Malaysia dan Indonesia. Bahasa Melayu telah ujud sekian lamanya dan dari prasasti Talang Tuwo dari zaman Sri Wijaya itu buktinya di mana bahasa yang digunakan pada abad ke 7 itu bahasa Melayu Kuno.

Ada baiknya sebelum kita terus membawa agenda ini ke landasan luar, kita ajak pihak berkepentingan serantau duduk semeja memikirkan semua faedah dan kelebihan memperkasa Bahasa Melayu.

Bapa Pendidikan Republik Indonesia, Ki Hadjar Dewantara (yang kemudian menjadi Menteri Pendidikan pertama) mengambil tindakan radikal mengajukan supaya bahasa Melayu diajar kepada kanak-kanak kepulauan Indonesia dan bukan mana-mana suku bahasa satu satu etnik.

Beliau yang lahir di Yogyakarta 2 Mei 1889, telah membuat perbandingan, Bahasa Indonesia atau Melayu merupakan bahasa komuniti Melayu Sumatra yang dari segi bilangan pengguna asal adalah kecil, namun tetap menjadi lingua franca bagi keseluruhan kepulauan kerana mudah difahami,  dipelajari dan digunakan. Atas sebab-sebab  itulah bahasa Melayu Sumatera amat sesuai untuk menyatukan seluruh ‘negara baru’ yang sejarahnya begitu panjang. 

Ini pendekatan dan pemikiran yang memandang jauh ke hadapan di mana akhirnya, Bahasa ini diterima di seluruh gugusan kepulauan Indonesia sebagai bahasa nasional yang amat disayangi dan dihormati.

Cadangan

Kita perlukan generasi pemimpin yang gigih memperkasa  nilai teras  bahasa dan budaya yang dapat membina masyarakat muhibbah  dalam dunia serba serbi  moden, tanpa mengorbankan identiti.

Saya mencadangkan transformasi yang berpaksi pada budaya, warisan, dan jati diri untuk menggalas pembangunan sosio-ekonomi yang mampan. Demi mencapai agenda murni ini, saya cadangkan 5 langkah penting menerajui agenda pengantarabangsaan:

  1. Kekuatan dasar dasar berkenaan bahasa dan budaya, terutama dari segi implementasi. 
  2. Kekuatan bahasa dan budaya dalam pendidikan
  3. Pemerkasaan bahasa dan budaya dalam masyarakat melalui industri jingga atau kreatif (Berilah belanjawan yang lebih pada MOTAC, JKKN, ASWARA, MyCreative dan sebagainya untuk melestarikan budaya tradisional)
  4. Kekuatan bahasa dan budaya melalui kesefahaman serantau
  5. Kekuatan promosi bahasa dan budaya melayu di persada antarabangsa

Mari kita lihat di luar sana bagaimana Korea yang merupakan satu-satunya negara yang menggunakan Bahasa Korea di dunia membawa bahasa dan budaya mereka ke seluruh dunia. Satu masa dulu, Korea Selatan melihat ke Malaysia untuk inspirasi. Kini satu dunia melihat Korea Selatan  sebagai mercu tanda kejayaan. Mereka mempamerkan kekuatan budaya mereka dalam segala segi - melalui budaya dan seni, dunia perfilemen, melalui teknologi dan penggunaan Bahasa mereka. Filem Korea pada tahun 2019, memenangi Pesta Filem Akademi, satu kejayaan luarbiasa oleh sebuah foreign filem.

Ini bukan sesuatu yang berlaku secara kebetulan, tetapi melalui dasar kebudayaan yang terperinci bertahun lamanya. Selepas Krisis Ekonomi 1997, kerajaan Korea menguatkan dasar Kebudayaan Korea dan Gelombang Korea atau Hallyu Wave tercetus. China juga sama. Selepas trajedi Tiannamen, satu langkah drastik melihat China bertukar wajah dan kejayaan demi kejayaan menjadi milik mereka. – dari segi dunia kreatif, sains dan teknologi, apatah lagi, ekonomi.

Jelaslah sebenarnya, tanpa budaya dan kekuatan budaya kita tidak mungkin mencapai kekuatan ekonomi dan negara.

Defisit bahasa, seni dan budaya melemahkan identiti kebangsaan kita semua.

Generasi pemimpin hari ini mestilah mempercayai keunggulan Bahasa Melayu dan memperkasa nilai teras yang dapat membina masyarakat yang harmoni dan budaya yang moden, tanpa mengorbankan identiti. Tidak cukup dengan kata kata retorik.

Apabila negara lain melihat kita begitu serius dalam menguatkan bahasa dan budaya kita, ini akan diikuti rasa hormat dan kebersamaan. - Getaran, 18 Mei 2022

Ninot Aziz ialah pengarang yang memberi nafas baharu kepada karya nusantara dan kesusasteraan Melayu klasik

Sorotan

1

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

3

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

5

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

6

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry