Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


SPRM Siasat Hakim - Keganjilan Mengerikan? 

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2022 9:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

1. Apabila SPRM memaklumkan bahawa badan itu ingin menyiasat seorang hakim mahkamah rayuan yang masih sedang berkhidmat sebagai seorang hakim, tindakan SPRM itu umumnya dikecam oleh ramai pihak. 

2. Yang terkini, ada beberapa orang telah memfailkan saman pemula di mahkamah bagi mendapatkan beberapa perintah deklarasi ke atas tindakan SPRM tersebut. 

3. Antaranya, para plaintif bagi kes saman pemula itu meminta mahkamah mengisytiharkan tindakan SPRM menyiasat hakim yang berkenaan adalah “unconstitutional” atau bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. 

4. Mungkin ini kali pertama dalam sejarah perundangan di negara ini seorang hakim yang masih berkhidmat akan disiasat oleh sebuah agensi seperti SPRM. 

5. Saya rasa tidak ada pihak yang mempertikaikan hatta seorang hakim itu bukanlah pihak yang kebal di sisi undang-undang sehingga boleh terlepas dari “tangan” undang-undang. 

6. Saya tidak rasa, itu isunya pada masa ini. Yang saya lihat ia lebih kepada isu tatacara atau prosedur siasatan itu. Persoalan yang dibangkitkan adalah “adakah wajar seorang hakim yang masih sedang berkhidmat dalam badan kehakiman tiba-tiba boleh dengan sewenang-wenangnya disiasat oleh badan seperti SPRM?” 

7. Dalam negara ini, kita ada undang-undang tertinggi yang dinamakan Perlembagaan Persekutuan. 

7. Dalam Perlembagaan tersebut, ada dinyatakan skop dan bidang kuasa tertentu tiga badan utama di dalam sebuah Kerajaan iaitu badan legislatif, badan eksekutif dan badan kehakiman.

Dalam ilmu perundangan dan juga ilmu sains politik, mereka menyatakan bahawa ketiga-tiga badan tersebut tertakluk kepada doktrin pemisahan atau pengasingan kuasa atau dalam bahasa Yunani disebut juga sebagai “trias politica”.

8. Seperti mana seorang ahli badan legislatif itu dijamin oleh undang-undang bagi membolehkan mereka dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan tanpa rasa gentar, undang-undang lebih-lebih lagi melindungi para hakim bagi membolehkan mereka dapat menjalankan tugas mereka secara bebas dengan tidak ada sedikit pun rasa gentar dan memihak (without fear and favour).

9. Sebab itu, dari ketiga-ketiga badan tersebut-legislatif, eksekutif dan kehakiman-kita hanya biasa mendengar slogan atau doktrin “independence of judiciary” atau kebebasan kehakiman sahaja.  

Bagi saya, itu menunjukkan betapa terlalu pentingnya prinsip kebebasan badan kehakiman itu. 

Ia bukan sahaja mesti dipertahankan kebebasannya tetapi kebebasannya itu juga wajib dilihat dipertahankan!

10. SPRM yang merupakan salah sebuah agensi penyiasatan kes jenayah khususnya kes jenayah rasuah atau jenayah salah guna kuasa tidak boleh lari dari prosiding mahkamah sekiranya kes-kes yang badan itu siasat akhirnya “mendarat” di mahkamah untuk dibicarakan oleh para hakim. 

11. Oleh itu, anda tidak perlu memiliki IQ setinggi seorang saintis roket misalnya untuk dengan mudah memahami betapa tingginya risiko ke atas doktrin pemisahan kuasa dan prinsip kebebasan kehakiman apabila sebuah badan seperti SPRM diberi kuasa untuk menyiasat seorang hakim yang masih sedang berkhidmat dalam badan kehakiman.  

Ada yang menambah apa lagi jika badan SPRM  yang dikelilingi oleh pelbagai aneka warna kontroversi!

12. Untuk tujuan berhujah, diandaikan dalam kes yang ada sekarang ini SPRM dibenarkan membuka kertas siasatan dan seterusnya menyiasat hakim yang berkenaan dan ditakdirkan siasatan itu membawa kepada pendakwaan di mahkamah, tidakkah SPRM boleh melihat anomali yang bakal berlaku di mahkamah nanti? 

Dengan penuh hormat dan sayugia diingatkan bahawa menegakkan prinsip keadilan itu sesungguhnya tidak sama misalnya seperti menegakkan bangunan SPRM. 

13. Jika ada pihak yang mengkritik dan memprotes tindakan SPRM untuk menyiasat anggota badan kehakiman, ianya kerana mereka berpendapat dalam skema Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada telah pun ada mekanisme bagi menyelesaikan isu mana-mana hakim yang didakwa kononnya telah melakukan salah laku.

Hanipa Maidin

YB Sepang

Sorotan

1

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

2

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

3

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

4

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

5

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

6

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam