web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sukan Malaysia Entah Ke Mana - Ibu Bapa Turut Bersalah

Kolum Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2021 12:37AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila seseorang atlet negara atau pasukan negara gagal di persada antarabangsa, jurulatih akan menjadi mangsa pertama diikuti persatuan sukan dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

Penyokong akan meminta perubahan drastik. Platform media sosial akan dipenuhi dengan ciapan oleh mereka yang kononnya pakar sukan.

Tidak salah untuk penyokong mengutarakan pendapat mereka. Idea yang bernas oleh peminat patut diambil kira oleh pemegang taruh. Kadangkala orang luar boleh melihat kesilapan dengan lebih jelas daripada mereka yang berada di dalam sistem sukan.

Ramai juga masih tertanya-tanya kenapa Malaysia yang mempunyai jumlah penduduk melebihi 32 juta orang, tidak boleh melahirkan pasukan bola sepak yang beraksi dengan kosisten di Sukan SEA atau seorang pelari pecut negara yang mampu duduk di kelompok 100 teratas di Asia?

“Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting,” rumus Mohamed Zaharani Maulud, seorang juru audit.

Bapa kepada tiga orang anak, Zaharani amat aktif dalam penglibatan anak-anaknya dalam sukan hoki.

Saya cukup kagum dengan komitmen Zaharani serta isterinya Morlizawati Ghazali yang terlibat secara langsung dalam latihan hoki pelajar-pelajar sekolah dari Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan di Stadium Hoki Tun Razak Ahad lalu.

Seperti dalam artikel saya di portal berita Twentytwo13 semalam, saya juga sempat menemu ramah T Manikavaasagam, seorang guru SMK (L) Methodist Sentul yang turut berada di stadium tersebut.

Dan beliau berkata: "Tanpa ibu bapa, guru akan lumpuh"

Ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam melahirkan generasi yang aktif. Bukan semua anak-anak kita akan menjadi atlet negara tetapi jika ibu bapa menggalakkan anak mereka bersukan, ianya akan memastikan generasi muda kita mempunyai gaya hidup yang lebih sihat.

Tetapi ada ibu bapa yang merasakan sukan tidak penting kerana mereka mempunyai persepsi bahawa sukan tidak menjanjikan masa depan yang cerah.

Mereka lebih rela anak-anak mereka duduk di rumah dan melayari internet sehari suntuk daripada bermain di atas padang atau gelanggang untuk satu jam.

Ada juga ibu bapa yang ambil ringan apabila anak mereka mewakili kelas atau “rumah” ketika hari sukan. Lain pula reaksi ibu bapa sebegini apabila anak mereka mendapat ‘A’ dalam peperiksaan penggal.

Ada pula ibu bapa yang menggunakan alasan bahawa sistem sukan negara “rasis”, hanya tertumpu kepada komuniti-komuniti tertentu dan bagi sukan berpasukan seperti bola sepak dan hoki, hala tujunya entah ke mana.

Ini semua alasan.

Dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan, anak anda boleh menjadi atlet di Eropah, Asia Tenggara mahupun benua Amerika Selatan. Jika tidak sebagai atlet, anak anda mampu menjadi jurulatih, doktor sukan, ahli nutrisi, pemilik syarikat yang berurusan dengan industri sukan, penganjur sukan, wartawan sukan dan berkecimpung dalam pelbagai lagi kerjaya yang berkaitan dengan sukan.

Tidak pun, anak anda akan membesar dengan nilai-nilai yang diterapkan dalam sukan - hormat menghormati antara satu sama lain, menjadi individu yang lebih berkeyakinan dan bijak membuat keputusan spontan. Ini kerana sukan tidak mengenali darjat mahupun warna kulit.

Apabila pihak ibu bapa menitikberatkan aspek sukan, guru-guru di sekolah juga terpaksa meraikan sukan.

Jika tidak, pihak pengurusan sekolah atau jabatan pendidikan akan membenarkan pembinaan blok sekolah baharu di atas padang bola sepak. Pihak guru pula akan menggantikan kelas Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dengan subjek yang lain - satu senario yang  kerap berlaku menjelang peperiksaan umum.

Kurikulum itu amat penting dan setiap anak harus diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna. Tetapi sukan juga sama penting.

Jikalau Malaysia tidak mempunyai atlet yang mencukupi atau atlet-atlet sedia ada gagal di pertandingan antarabangsa, cuba kita ambil selangkah ke belakang untuk merenung di mana silapnya.

Tanya diri anda sendiri, adakah anak anda betul-betul aktif dalam sukan? Jika tidak, mengapa? Dan kalau anda dan rakan-rakan anda tidak menggalakkan anak-anak anda bersukan, siapa lagi yang akan bersukan dan mewakili negara?

Tepuk dada tanya selera. - Getaran, 18 Mac 2021

Haresh Deol seorang wartawan yang mempunyai pengalaman 20 tahun dalam media. Beliau adalah pemenang dua kali Anugerah Institut Akhbar Malaysia (MPI) dan merangkul tujuh anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM). Beliau boleh dihubungi di akaun Twitternya @HareshDeol.

Berita Berkaitan

1

Sukan 13 jam yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

2

Sukan 6 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

3

Sukan 1 bulan yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

4

Sukan 1 bulan yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH