Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tapak Istana Raja Muda Perak Tidak Dijual, Segeralah Baik Pulih

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2022 10:01AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Akhirnya satu warisan sejarah berharga bagi negeri Perak selamat daripada menjadi mangsa pembangunan. Bekas Istana Raja Muda Perak di Jalan Syed Abu Bakar, Teluk Intan, yang kini usang terbiar, akan terus kekal berdiri tanpa diganggu lagi.

Ini ekoran keputusan kerajaan negeri Perak membatalkan rancangan menjual kawasan istana berkenaan untuk projek komersial dan pembangunan bercampur melalui tender terbuka sebelum ini.

Kisah mengenai tapak istana ini hendak dijual dan dibangunkan sebagai kawasan komersial pernah disiarkan dalam kolum ini pada 23 September 2021.

Sesungguhnya kerajaan negeri membuat keputusan bijak tidak menjual dan menyewakan tapak istana. Untuk apa mahu mengejar kawasan istana itu bagi dibangunkan, seolah-olah sudah tidak ada kawasan lain untuk dibangunkan di Teluk Intan atau sekitarnya.

Memetik Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, rancangan menjual istana itu dibatalkan setelah menerima banyak bantahan daripada orang ramai yang mahu kawasan tapak serta bangunan istana dikekalkan.

Malah Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris yang melawat istana tersebut September tahun lalu (2021) bertitah menggesa tapak bersejarah itu dikekalkan. Baginda mahu bangunan istana yang telah usang dan dipenuhi semak dibaik pulih dan kawasan sekitar diperindah.

Hasrat baginda ini mudah difahami kerana istana berkenaan menyimpan kenangan manis baginda ketika zaman kanak-kanak. Di situlah baginda membesar sewaktu ayahandanya, Almarhum Sultan Idris Shah, bersemayam sewaktu menyandang jawatan Raja Muda pada 1948.

Baginda kemudian menaiki takhta sebagai Sultan Perak ke-33 pada 5 Januari 1963.

Rombongan Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris ketika melawat Istana Raja Muda lama di Teluk Intan pada September 2021. - Gambar Sinar Harian
Rombongan Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris ketika melawat Istana Raja Muda lama di Teluk Intan pada September 2021. - Gambar Sinar Harian

Kerana kenangan penuh nostalgia inilah Raja Nazhatul Shima datang berkunjung setelah tersebar berita kerajaan negeri bercadang menjual kawasan tapak istana tersebut. Baginda ingin melihat sendiri keadaan istana yang pernah menjadi rumah baginda, lantas meminta tapak istana dipertahan. Ternyata usaha baginda berhasil.  

Bukan sahaja penjualan dibatalkan, malah kawasan tapak tersebut tidak akan disewakan. Kerajaan negeri belum memaklumkan apa yang bakal dilakukan di tapak istana itu. Namun tidak wajar ia dibiarkan dalam keadaan daif berterusan begitu lama.

Bagi mereka di luar Teluk Intan mungkin tidak begitu menghargai nilai Istana Raja Muda dan sejarahnya dalam salasilah kesultanan Perak di Teluk Intan khasnya dan Perak amnya, apatah lagi dengan kedudukan Teluk Intan jauh dari ibu negeri, Ipoh.  

Kerana itu mereka bagai tidak peduli dengan apa yang berlaku terhadap istana ini. Malah kerajaan Perak pun tidak berbuat apa-apa terhadap istana tersebut yang daif dan uzur selama ini, selain hanya mahu menjualnya.

Istana Raja Muda dibina pada 1922 di Teluk Anson (nama lama Teluk Intan) sebagai kediaman rasmi Raja Muda Perak. Raja Muda Abdul Aziz Raja Muda Musa ialah Raja Muda pertama bersemayam di istana ini. 

Baginda dilantik pada 1919 ketika Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak ke-30 bertakhta. Raja Abdul Aziz kemudian dilantik menjadi Sultan Perak pada 17 Ogos 1938 setelah kemangkatan Sultan Iskandar.

Bersemayam selepas itu ialah Raja Idris Sultan Iskandar yang memegang jawatan Raja Muda pada 1948 ketika Sultan Yussuff Izzuddin Shah bertakhta. Raja Idris dilantik sebagai Sultan Perak ke-33 pada 5 Januari 1963 berikutan kemangkatan Sultan Yussuff.

Juga bersemayam ialah Raja Muda Musa, anakanda kepada Sultan Abdul Aziz dan ayahanda kepada Raja Muda sekarang, Raja Jaafar. Baginda memegang jawatan mulai 1 Mac 1963 sehingga mangkat pada 12 Mei 1983.

Raja Muda terakhir menduduki istana ialah Raja Ahmed Siffuddin yang menyandang jawatan dari 3 Februari 1984 hingga mangkat pada 12 April 1987. 

Raja Azlan Shah yang dilantik Raja Muda pada 1 Julai 1983 selepas kemangkatan Raja Muda Musa, tidak bersemayam di Teluk intan. Berikutan kemangkatan Sultan Idris Shah pada 31 Januari 1984, Raja Azlan dilantik Sultan Perak ke-34, bertakhta dari 3 Februari 1984 hingga mangkat pada 28 Mei 2014.

Raja Nazrin Shah, yang dilantik Raja Muda pada 15 April 1987 juga tidak bersemayam di Teluk Intan. Kediaman rasmi Raja Muda dipindahkan ke Istana Tetamu di Ipoh. Raja Nazrin ditabalkan Sultan Perak pada Mei 2014 selepas kemangkatan ayahanda baginda.

Raja Jaafar Raja Muda Musa yang dilantik menjadi Raja Muda pada Jun 2014 menggantikan Sultan Nazrin, kini bersemayam di Ipoh.

Bangunan Istana Raja Muda Teluk Intan telah usang, diselimuti semak dan pokok-pokok. Sudah terlalu lama ia terbiar sehingga banyak bahagian sudah runtuh. Sejak kemangkatan Raja Ahmed Siffuddin memang tiada siapa ambil peduli. Kerajaan Perak seolah-olah membiarkan istana terus mereput menyembah bumi.

Sebaliknya apa yang dilakukan ialah mahu menjual kawasan itu untuk dijadikan kawasan komersial. Nilai sejarah dan signifikan istana itu dalam sejarah kesultanan Perak bagai tidak diambil kira. Jika dijual akan musnahlah satu aset sejarah sangat berharga.

Justeru membatalkan penjualan dan tidak menyewakan tapak berkenaan adalah tindakan terbaik. Kawasan tapak istana tidak harus diganggu gugat lagi. Namun tiada ertinya jika kerajaan negeri terus membiarkan tapak dan bangunan istana terus berada dalam keadaan daif. 

Sebaliknya kerajaan negeri perlu bersikap proaktif dengan membuat peracangan segera untuk memulihara dan menambah baik bangunan istana usang itu dan persekitarannya. Jika perlu, pihak swasta boleh diberi kontrak menjalankan kerja-kerja tersebut.

Bangunan istana wajar dibaik pulih dalam bentuk asal dan boleh dijadikan muzium. Antara pengisiannya ialah mempamerkan sejarah kesultanan Perak, juga sejarah Raja Muda yang pernah bersemayam di istana tersebut. 

Langkah ini dipercayai boleh menarik ramai pelancong, terutama peminat sejarah. Selain itu ia akan menambah tarikan pelancongan di Teluk Intan yang terkenal dengan menara jam tinggi.
Di kawasan istana sediakan kemudahan asas untuk pelancong seperti tempat menjamu selera, kedai cenderamata, juga surau dan bilik air.

Teluk Intan dan kawasan sekitar seperti Batak Rabit dan Durian Sebatang terpahat sebagai tempat yang memainkan peranan penting dalam sejarah kesultanan Perak. Malah Sultan Abdullah, Sultan Perak ke-26, pernah bersemayam di Batak Rabit. 

Kerana itu memang sesuai istana Raja Muda dibina di Teluk Anson ketika itu sebagai kediaman rasmi Raja Muda. Walaupun kini ia sudah ditinggalkan, legasi sejarah yang sangat berharga itu mesti dipelihara dan dipertahankan.

Bekas Penolong Ketua Pengarang Kumpulan akhbar keramat Melayu, Utusan Malaysia. Masih sarat dengan jiwa dan naluri kewartawanan, menulis tanpa jemu, berkarya tanpa ragu. Graduan Sarjana Sains (Kewartawanan) Universiti Boston, lewat 1984.

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan