Berita Terkini

4 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 6 hari yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 1 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019 2 minggu yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff.

IKUTI KAMI


Andai Masa Boleh Diputarkan Semula...

Pandemik dan nostalgia seakan sering bergandingan. Minggu ini, Suzie Adnan menyelusuri jalan kenangan melalui pusat-pusat beli-belah di tengah kota. Teruskan membaca refleksinya.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2022 2:16PM

Gambar: SYEDA IMRAN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hujung minggu lepas kami sekeluarga ke Kuala Lumpur dengan menaiki tren, menapak ke jalanan serta lorong-lorong di celah-celah Kuala Lumpur yang menyimpan seribu satu memori buat saya dan tentunya suami.

Begitu banyak kenangan, cukup nostalgik. Di sinilah nadi kota yang dahulunya begitu hidup dengan pelbagai aktiviti manusia beraneka ragam, tetapi seribu kali sayang kini semuanya serba-serbi muram.

Walaupun hari ini kebanyakan lokasi sudah mulai berubah wajah dengan mainan lampu neon dan lukisan-lukisan grafiti, namun suasananya masih dirasakan hambar. Seperti ada sesuatu yang kurang.

Ya, di manakah hilangnya semua orang? Ke mana perginya hingar-bingar masyarakat kota?

Bingit suara manusia tiada lagi kedengaran kerana semua membisu merenung skrin telefon, mungkin? Atau dek kerana gerunkan Omicron sampai keluar rumah pun jika perlu sahaja.

Namun seloroh suami, mahu tengok lautan manusia, rajin-rajinlah jenguk ke shopping mall.

Ya, begitulah kehidupan masa kini dengan budaya shopping mall yang kian sukar dipisahkan. Khususnya kepada mereka yang tinggal di kawasan bandar, most of our lives revolve around a mall.

Hakikatnya, setiap dua tiga kilometer, pasti kita akan ketemu dengan kompleks membeli-belah. Di situlah segala urusan dijalankan. Itulah tempat kita membeli barangan keperluan, makanan, melunaskan sebahagian besar urusan harian.

Anak-anak kita semua membesar dalam era teknologi internet dengan mengenali kompleks membeli-belah sebagai salah satu ‘institusi’ kehidupan. Dan toleh ke mana sahaja, iklan jenama-jenama fast fashion yang sama memenuhi facade hampir setiap dinding kompleks.

Cukup warna-warni tetapi jiwa yang semakin berusia ini masih rasa agak membosankan. 

Ada kalanya ketika rasa bosan menyinggah, antara perkara yang saya akan lakukan adalah menonton klip-klip video lama suntingan dari program-program televisyen era 70-an, 80-an hinggalah ke 90-an.

Khususnya rancangan-rancangan hiburan RTM, dengan melodi serta seni tarinya yang berentak disko nyata menggambarkan gaya hidup ketika itu.

Ada masanya saya terbayangkan keseronokan kehidupan waktu itu, merasai keseronokan - just pure, clean fun - walau tanpa internet. Dengan stail berfesyen yang agak berani, apakah ada yang melontarkan kata nista sebagaimana kejadiannya hari ini? 

Mungkin kerana itu, selebriti hari ini kurang ekspresif yang mana kebanyakannya play safe dalam penampilan meskipun gemar mencetus publisiti melalui eksploitasi viral dan kontroversi.

Ini membuatkan ada kalanya saya gemar menyaksikan kembali aksi-aksi pentas artis lama di zamannya. Seperti Noorkumalasari, Seha, Sheila Majid, Ogy Ahmad Daud, Rahimah Rahim dan ramai lagi ikon-ikon 80-an yang memeriahkan industri seni tanah air ketika itu.

Pelbagai imej dan stail warna-warni, ropol sana-sini. Dengan ragam fesyen yang serba seksi lagi berani, gaya solekan garang dipadankan dengan dandanan rambut kerinting mengembang pula menjadi look paling diingini.

Segalanya ekstra. Memang teruja menyaksikan kembali video-video lama yang bebas, berlawanan dengan suasana industri sekarang yang agak bland, sempit dan kadang-kala agak membosankan. 

Era yang lepas-lepas, generasi waktu itu saya kira amatlah beruntung. They lived their lives to the fullest. Mereka lebih ekspresif dengan kebebasan berkarya, dengan merai acara di sana-sini, mereka juga lebih menikmati setiap pengalaman tanpa sebarang kekangan.

Tanpa mengira ideologi moden atau tradisional, seni tradisi turut dirai dengan jiwa yang besar. Melihatkan bagaimana anak-anak sendiri membesar menonton YouTube dan Netflix di era pandemik, mereka tidak mengenali muzik dan tarian tradisi.

Bila disebut nama P.Ramlee juga mereka terpinga-pinga kerana tidak mengenali.

Generasi kini merasai pengalaman keseronokan yang kerap kalinya berlangsung secara maya. Mereka tiada role model dan seolah-olah tiada arah tujuan, memandangkan di sekolah pun kaedahnya penggiliran.

Segalanya begitu merumitkan. Ada betulnya filem sains fiksyen dulu-dulu yang meramal generasi masa depan yang berkiblatkan skrin hitam.

Sungguh, kehidupan ringkas era lalu kembali mengusik jiwa.

Teringat pada zaman sewaktu membesar, terkenang kepada mereka yang pernah hadir dalam hidup dan sebilangan yang sudah melangkah ke alam abadi. Life was simpler back then.

Hari ini, kita bangun pagi dan sebaik buka sahaja telefon, terlalu banyak berita-berita yang menyesakkan timbul di suapan media sosial. Kita disogok dengan informasi berlebihan dan alangkah banyaknya kesedihan di dalam dunia hari ini.

Kekejaman, penderitaan dan kesusahan berlaku di serata dunia. Dua tahun manusia dicengkam dengan ketakukan terhadap wabak, kini ancaman perang pula makin memuncak tatkala Rusia dan Ukraine mulai bertelagah.

Inflasi dan kenaikan harga barang sudah bermula dan kita juga merasai tempiasnya.

Di dalam negara, walau pun kita baru sahaja selesai dengan musibah banjir besar yang baru sahaja berlaku pada awal tahun ini, Malaysia diuji sekali lagi dengan cuaca yang tidak menentu lantas mengakibatkan banjir besar di Pantai Timur pula.

Hujan lebat berterusan membuatkan tidur malam kita tidak lena. Mengenangkan nasib hari esok, jika musibah benar-benar melanda.

Hati ini cukup terkesan melihatkan terlalu ramai dihimpit kesempitan akibat bencana demi bencana. Maka si miskin semakin miskin dan si kaya bertambah kaya.

Cuaca hari ini masih muram dengan hujan yang berterusan. Akur dengan kehendak anak-anak, kami sekeluarga kembali berkunjung ke sebuah lagi shopping mall.

Makan di restoran yang sama, membeli barang dapur di supermarket yang sama. Setiap pintu masuk wajib diimbas terlebih dahulu dan sedar atau tidak, sudah dua tahun kita keluar rumah dengan bertopeng muka. Sepertikan filem distopialah pula jikalau difikir-fikirkan semula.

Ah, di saat-saat begini minda melayang ke masa lalu meniti semula nostalgia. Rindu zaman kanak-kanak, zaman remaja yang lepas bebas. Rindu pada semangat lalu.

Tetapi beginilah keadaannya manusia meniti roda kehidupan. Mendambakan kegirangan masa lalu namun hakikatnya yang cuma tinggal kini hanyalah kenangan. Andai masa boleh diputarkan semula... - Getaran, 28 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

2

Kolum 1 bulan yang lalu

Ruang Kecil, Impian Besar: Bagaimana Ruang Simpan Sendiri Buka Peluang, Potensi Untuk PKS

3

Kolum 1 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

4

Kolum 1 bulan yang lalu

Mendalamkan Makna ‘Agenda Bumiputera Sebagai Agenda Nasional’

Sorotan

1

Agong Mahu Penjelasan Kelewatan Pembinaan Kolam Selam Tempur Di Kem Iskandar 

2

Pembukaan Semula Zoo Johor Ditangguh Ke Ogos - Exco

3

Suspek Kes Tembakan KLIA Bakal Direman Esok - Pengarah JSJ

4

Xiong Du Du, Yu Rong Rong Dipilih Maskot Piala Thomas, Piala Uber 2024

5

3,038 Sekolah Kurang Murid Tahun Ini, Tiada Yang Ditutup - Wong

6

KPKM Tidak Lindungi Pihak Terbabit Kartel Padi, Beras - Mohamad

7

Kes Saman Khairy Isu Vaksin Selesai, Lokman Adam Setuju Buat Permohonan Maaf