Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lilauan Kiri

Ad Samad memberikan pendapatnya mengapa penulis lirik dwibahasa menghasilkan lirik yang lebih menarik.

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2021 9:12AM

Gambar: Unsplash

oleh

Ad Samad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bahagian Satu : WILAYAH BELUM DITEROKA 

Bahasa Melayu sangat penting untukku dari segi ekonomi. Telah dua puluh tahun ia menjadi punca pendapatan dan sara hidupku menerusi royalti daripada penulisan lirik. Tanpa kebolehan menggunakan bahasa ini, aku takkan menjadi aku hari ini.

Sebagai penulis lirik, kebolehan meluahkan perasaan, menceritakan keadaan, dan menjelaskan kedudukan menerusi penulisan adalah penting, terutamanya di ruang yang terhad dek suku kata sesebuah melodi. Lirik bukan seperti sajak yang seseorang boleh menulis semahu-mahunya dan sepanjang panjangnya. Lirik adalah seni yang tersendiri.

Sebuah lagu yang tidak menarik malah tidak menyampaikan perasaan, tidak akan digemari sesiapa. 

Lirik yang baik sepatutnya boleh menjadi ungkapan dan dinyanyikan ketika berceramah, seperti yang selalu dilakukan oleh YB Anwar Ibrahim, YB Mat Sabu atau Ustad Kazim Elias. Malah dan terutamanya, sebagai pemikat kekasih ketika mengorat, sebagai pick up line.

Pernah aku terfikir—kalaulah—aku dilahirkan di USA atau UK dan menulis di dalam bahasa Inggeris, sudah tentu aku kaya raya sehingga ke anak cucu disebabkan jumlah lagu-lagu hits yang aku miliki. Pasti aku akan memandu Bentley, rumah besar atau condo mewah dan menghadiri parti separuh bogel Jho Lo.

Namun —kalau— adalah perkataan syaitan. 

Semuanya indah bila berkalau.

Sebaliknya, —kalaulah— aku dilahirkan di barat dan menulis di dalam Bahasa Inggeris, tiada apa yang baru dan menarik mengenai gaya bahasa dan pemikiranku. Aku cuma akan menjadi penulis lirik yang biasa biasa sahaja. Ala kadar. Malah dipenuhi dengan cliche.

Tetapi di Malaysia, aku menjadi penulis lirik yang istimewa dan dikenali, kerana aku mempunyai gaya penulisan lirik yang kononnya memorable. Diingati.

Rahsia kejayaan aku adalah-- Aku bilingual! 

Aku dwibahasa. 

Walaupun majoriti rakyat kita adalah dwibahasa, tapi majoriti rakyat kita bukan penulis lirik. Kalaulah majoriti rakyat Malaysia penulis lirik, aku tak ubah seperti seorang lagi Frenchman di France, atau seorang lagi Superman di Krypton. Hanya menarik di tempat orang dan biasa di tempat sendiri.

Sebaliknya, majoriti penulis lirik terutamanya orang melayu bukanlah bilingual! Justeru hasil kerja mereka mediocre, tepu dan bosan. Mereka hanya tumpu kepada bahasa berbunga serta satu dua perkataan perkataan aneh dan bombastik yang dipetik dari kamus Dewan untuk nampak gempak. Lantas mereka hanya akan punyai satu dua lagu hits dan kemudian hilang dari radar. 

Itulah hakikatnya.

Yang penting, para penulis lirik Malaysia yang bagus adalah bilingual-- boleh bertutur dan menulis dengan baik di dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Atau sekurang kurangnya, bahan bacaan utama mereka adalah buku-buku Inggeris.

Aku mengenali gergasi muzik seperti M. Nasir, Loloq, Altimet, Aidit Alfian dan ramai lagi, dan mereka adalah pembaca tegar yang banyak membaca buku-buku Inggeris. 

Kecuali Saari Amri. Dia adalah satu anomali yang perlu dikaji.

Buku-buku Inggerislah yang membuka pintu-pintu minda dan mendedahkan mereka ke dunia yang lebih luas dan kepada kefahaman yang lebih mendalam mengenai alam dan kehidupan, berserta segala perasaan dan pemikiran serta falsafah yang wujud. Pembacaan mereka menjadi input kepada output. Dunia luas yang mereka terokai hanya perlu diceritakan semula ke dalam Bahasa Melayu, lantas ia kelihatan baru, menarik, malah menakjubkan.

Dari pengembaraan melayari alam semesta menerusi pembacaan, juga daripada menelusuri penulisan sendiri; aku sedari bahawa Bahasa Melayu berada di dalam Uncharted Territory — Wilayah Belum Diteroka.

Banyak ruang untuk dieksperimentasi dan prosa yang boleh dikarang untuk menyampaikan sesuatu perasaan atau suasana agar kedengaran baru dan segar.

“Kumimpi terjun awan ke awan, bagai gula kapas manisnya…” ~ Mila, 'Bila Cinta'. Cotton candy. Kali pertama sejak tahun 1903 apabila piring hitam Melayu pertama kali dirakam, perkataan 'gula kapas' digunakan.

“Andainya diriku, kau jadikan patung ujian rempuh…” ~ 'Menu Minggu Ini,' nyanyian Ning Baizura. Patung Ujian Rempuh, Crash Test Dummy. Siapa pernah guna perkataan ini dalam lagu Melayu? Dan, Menu Minggu Ini, modifikasi daripada Flavour Of The Week?

“Masih jelas, setiap garisan halus… setiap lekuk penjuru…” korus daripada lagu 'Masih Jelas' yang aku curi daripada filem Terminator, daripada dialog di antara Kyle Reese dan Sarah Connor.

“Engkau orangnya yang telah diamaran Mama…”. 'Diamaran Mama' aku ambik dari ungkapan My Mama warned me about you, yang aku tak ingat dari filem apa.

“Bagai susun pasang gambar yang terkurang…” lagu 'Layarlah Kembali' nyanyian Dayang Nurfaizah di mana verse lagu ini aku ambil dari dialog yang berbunyi — He’s a jigsaw puzzle. 

Ungkapan yang paling aku suka adalah 'Teman Tapi Mesra.' Sayangnya, ia bukan hasil ciptaan aku. Ia mungkin bersamaan atau dekat dengan ungkapan Inggeris, Friends With Benefits. Ia menggambarkan sejenis suasana atau keadaan persahabatan yang mana seks kasual boleh diamalkan.

Tidakkah jelas daripada ungkapan-ungkapan di atas bahawa ia datang daripada pemikiran seseorang yang berbahasa Inggeris?

Begitu pun, kebolehan meniru, meminjam, malah mencuri seperti yang aku lakukan memerlukan kemahiran. 

Iaitu kebolehan menguasai kedua-dua bahasa dan bermain kata-kata. Walaupun bukan cemerlang, cukuplah cukup-cukup makan. Namun dicurahi dengan kenakalan, kerana kenakalan adalah antara ciri penting seorang seniman. Tanpa kenakalan — hidup hambar. Seperti sarkas tidak berkera. Bagai nasi lemak tanpa sambal. Seks tanpa ciuman. 

Begitulah, Bahasa Melayu menjadi tapak yang kukuh untuk aku berdiri di dalam bidang yang aku ceburi.

Dan Bahasa Inggeris pula, seperti di dalam bidang-bidang lain di Malaysia; memberi kelebihan bagiku di dalam menghadapi persaingan. - Getaran, 29 Januari 2021  

Ad Samad merupakan seorang penulis lirik untuk ramai penyanyi terkenal di Malaysia. Beliau juga seorang penulis skrip dan masih bergelut antara 'OCD' dan 'anxiety'. 

Isu Pada

Kaka Azraff

29 Jan 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Khutbah Arafah Musim Haji 1444H Diterjemah Ke 20 Bahasa Dunia Termasuk Bahasa Melayu

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Tidak Luntur Rasa Kemelayuan, Cair Keimanan Kalau Santuni Bangsa, Agama Lain - Zahid

3

Politik 1 tahun yang lalu

PAS Selangor Akur Titah Sultan Sharafuddin, Orang Melayu Perlu Sokong Penyatuan Ummah

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

3 Treler Filem Termahal Indonesia, 'Buya Hamka' Dilancarkan Pada 1 Ramadan

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi