Berita Terkini

4 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Apa Sumbangan Taikun, Syarikat Besar Ketika Banjir Melanda?

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2021 7:14PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seronok melihat pelbagai pihak menghulurkan bantuan tenaga, makanan dan barang keperluan seperti pakaian dan selimut bantal kepada mangsa banjir di ibu negara, Selangor dan Pahang serta negeri lain baharu-baharu ini.

Selain kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan sukarela, persatuan dan orang perseorangan turut menghulurkan bantuan makanan. Ada beras, roti, gula, tepung, mi segera, biskut dan macam-macam lagi.

Sesungguhnya tidak siapa menduga banjir besar akan melanda. Namun hujan lebat tanpa henti beberapa hari sebelum kejadian, adalah amaran awal ia akan melimpahkan air yang tidak dapat dibendung oleh bumi.

Kuala Lumpur sendiri mengulang sejarah 50 tahun lalu apabila banjir besar melanda. Beberapa kawasan di ibu negara dinaiki air. Bangunan Sultan Abdul Samad ditenggelami air, begitu juga dengan beberapa kawasan lain.

Sesiapa yang mengalami peristiwa itu atau menyorot sejarah, akan tahu teruknya keadaan masa itu. Begitu cemas banjir 1971 sehingga kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein, terpaksa mengisytiharkan darurat.

Kali ini Selangor dan Pahang terjejas teruk. Hulu Langat dan Shah Alam adalah yang paling teruk ditenggelami air di Selangor. Begitu juga Lipis, Mentakab dan Temerloh di Pahang. Benarlah air itu jika kecil adalah kawan tetapi jika besar menjadi lawan, seperti juga api.

Hujan lebat berhari-hari menyebabkan bumi tidak dapat menyerap air. Maka berlakulah banjir besar dengan aliran air deras yang mengorbankan nyawa serta menghanyutkan harta benda seperti rumah dan kenderaan.

Empangan pun tidak mampu membendung curahan air sehingga mencapai paras bahaya. Terpaksalah air berlebihan dialirkan keluar. Jika tidak empangan boleh pecah. Bayangkan kesannya jika sampai itu terjadi.

Namun dalam suasana mencabar ini di mana semua pihak menabur khidmat bakti, penulis tertanya-tanya adakah syarikat-syarikat besar turut menghulur bantuan? Adakah taikun-taikun di negara ini tampil memberi sumbangan?

Mereka mengaut keuntungan besar daripada perniagaan yang berkembang maju kerana sokongan rakyat Malaysia. Tetapi ketika rakyat Malaysia dalam kesusahan di mana taikun dan tokoh korporat ini semua?

Misalnya ratusan kampit beras disumbang kepada mangsa banjir, tetapi adakah pelbagai syarikat pengeluar beras di negara ini memberi sumbangan? Tidak rugi rasanya jika menderma walau ratusan kampit. Anggap ia sebagai khidmat bakti atau tanggungjawab sosial untuk rakyat yang dalam kesusahan.

Perkara sama ditujukan kepada syarikat-syarikat pengeluar makanan asas lain seperti roti, gula, tepung, minyak masak dan lain-lain. Adakah turut menderma atau sekadar menunggu barang mereka dibeli untuk diagihkan kepada mangsa banjir?

Banyak syarikat besar yang mencipta nama dalam pelbagai sektor ekonomi seperti makanan, telekomunikasi, pengangkutan, hartanah atau perbankan maju kerana sokongan rakyat Malaysia. Tidak sudikah membantu dengan menghulur wang ringgit atau barangan pada waktu rakyat yang menyokong perniagaan mereka sangat memerlukan?

Waktu sukar ini adalah masa terbaik untuk membalas budi kepada orang ramai yang selama ini menyokong bisnes para taikun ini. Jangan bersikap tidak peduli, memejam mata dan lepas tangan dengan apa yang berlaku di hadapan mata.

Kita sama-sama dapat menyaksikan betapa rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama serta fahaman politik saling bekerjasama dan berganding bahu membantu mangsa banjir. Begitu harmoni semangat setia kawan di kalangan mereka.

Namun ia bukan hanya tanggung jawab agensi kerajaan atau orang ramai, tetapi sepatutnya juga menjadi tanggung jawab pemilik syarikat-syarikat besar yang kaya raya. Jangan hanya sekadar menjadi pemerhati mengharapkan orang lain memberi bantuan. Sebaliknya bersama-samalah menghulur tangan.

Kita mahu melihat syarikat-syarikat besar tahu membalas budi dan turut sama merasai dan menyelami kesusahan mangsa apabila berlaku musibah seperti banjir. Jangan kerana perniagaan tidak terjejas, terus lepas tangan.

Hulurlah bantuan untuk meringankan beban kerana syarikat-syarikat besar ini lebih daripada mampu berbuat demikian. Agihkan kekayaan tanpa rasa tamak. Ingatlah, berapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Hari ini hari orang. Esok lusa mungkin hari kita. - Getaran, 30 Disember 2021

Bekas Penolong Ketua Pengarang Kumpulan akhbar keramat Melayu, Utusan Malaysia. Masih sarat dengan jiwa dan naluri kewartawanan, menulis tanpa jemu, berkarya tanpa ragu. Graduan Sarjana Sains (Kewartawanan) Universiti Boston, lewat 1984.

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 6 hari yang lalu

Aksi Tesla Model Y Redah Banjir Di Dubai

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Mangsa Banjir Sarawak Meningkat Lebih 1,000

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mangsa Banjir Sarawak Terus Meningkat

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Bakal Teroka Kaedah Baharu Termasuk Teknologi AI Atasi Banjir - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

2

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

3

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

4

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

5

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

6

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM