web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dilema Bola Sepak Malaysia - Pelik Tapi Benar

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2021 10:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebaik sahaja Malaysia kalah 3-0 kepada Vietnam dalam aksi Piala AFF Ahad lalu, saya menulis di akaun Twitter saya:

“Pelik tapi benar. Badminton, bowling, diving, squash antara sukan di mana atlet Malaysia perform di peringkat kejohanan dunia. Tapi bola sepak, yg berdekad sangkut kat level Asia Tenggara, tetap sukan nombor satu Malaysia.”

Reaksi daripada peminat sukan tanahair amat menarik. Ada segelintir yang kutuk, tapi kebanyakannya bersetuju dengan ciapan saya yang setakat ini telah mendapat lebih 7,000 ‘retweets’ dan lebih 12,000 ‘likes’.

Tujuan saya bukan untuk memperlekehkan sukan bola sepak yang digemari ramai seantero dunia. Impak bola sepak dapat dilihat apabila ada yang sanggup mengambil cuti hanya untuk menonton aksi pasukan kegemaran di Piala Dunia.

Ahli politik juga gemar menggunakan bola sepak sebagai alat untuk meraih sokongan atau undi daripada orang ramai.

Bola sepak juga boleh dimain di mana-mana jua, samada di koridor flat, tempat letak kereta awam atau di taman permainan.

Apa yang diperlukan hanya sebiji bola - samada bola kertas, penutup botol, bola tennis atau apa-apa alatan lain yang boleh ditendang.

Peraturannya mudah di fahami. Bola sepak buta terhadap status kewangan seseorang. Ianya sukan untuk semua - kayangan mahupun mahaen.

Tetapi ciapan saya menjurus kepada perhatian oleh pihak berkenaan dan pemegang taruh mengenai bola sepak Malaysia. Bola sepak merupakan satu-satunya sukan yang mendapat dana berjuta ringgit dari kerajaan negeri namun hasil pulangannya kurang memberangsangkan.

Tidak ada sukan lain yang diberi dana yang begitu banyak setiap tahun, walaupun atlet-atlet mereka mencapai kejayaan di temasya sukan besar seperti kejohanan dunia, Sukan Asia dan Sukan Olimpik.

Seorang pengguna Twitter @shazlan_90 menjawab ciapan saya dengan menyatakan: 

“Salah ayat tu. Patutnya tanya kenapa bajet sukan lebih kepada pembangunan bola sepak sedangkan sukan lain lebih banyak menyumbang peringkat dunia. Sukan lain nak kena guna modal sendiri dulu, dah berjaya baru banyak dana. Bola sepak tak menang lagi dah ada dana.”

Ini saya sangat setuju.

Namun dengan segala dana dan infrastruktur yang telah disediakan khas untuk bola sepak Malaysia, pencapaian skuad kebangasaan di peringkat antarabangsa amat menyedihkan. Selama ini, peminat hanya dibuai mimpi kejayaan tetapi realitinya, pasukan dari Vietnam, Thailand dan juga Filipina telah maju ke hadapan.

Mereka yang menonton perlawanan Malaysia dan Vietnam dari wisel pertama sehingga wisel penamat dibunyikan akan mengakui bahawa corak permainan pasukan didikan Tan Cheng Hoe kurang menyerlah - kurang kesungguhan dan kurang kreativiti sepanjang perlawanan.

Bayangkan berapa jumlah dana, termasuk duit rakyat, yang telah dibazirkan ke atas sukan bola sepak yang masih terkial-kial di peringkat Asia Tenggara.

Bayangkan jika jumlah yang sama diberikan kepada sukan-sukan lain seperti memanah, hoki, skuasy atau boling.

Bayangkan jika bola sepak dilabel sebagai acara ‘riadah’ di Malaysia, pentadbir dipaksa mencari dana sendiri (tidak mengharapkan duit kerajaan), dan mereka harus membuktikan sesuatu (sama seperti sukan lain) sebelum mereka dijemput masuk ke ‘kelab sukan elit’ negara.

Mungkin ini yang diperlukan untuk melihat bola sepak Malaysia betul-betul maju. - Getaran, 16 December 2021

Haresh Deol seorang wartawan yang mempunyai pengalaman dalam media sejak tahun 2000. Beliau adalah pemenang dua kali Anugerah Institut Akhbar Malaysia dan merangkul tujuh anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM). Beliau boleh dihubungi di akaun Twitternya @HareshDeol.

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘KPKT, Tolong Kaji Semula Garis Panduan Permohonan Dana RIBI’ - MIC

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional