Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Antara Niat Berhijab Dan Nafsu Berfesyen

Gelanggang pasaran hijab tempatan semakin meriah dengan pelbagai kolaborasi dan promosi. Wanita berhijab semakin ghairah mencuba itu ini. Tetapi bolehkah gaya berjalan seiring syariat?

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2021 6:31PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bergelumang dalam arena fesyen lebih dua dekad dan mengkaji selok-belok industri tersebut baik dalam atau luar negara, ada kalanya saya berasakan yang diri ini sedikit sebanyak sudah agak arif dalam apa jua yang berkaitan dengan pakaian dan trend - sehinggalah saya sendiri mulai berhijab sejak awal tahun ini.

Rupanya ada banyak aspek diambil kira, bukan sekadar kain membalut kepala. 

Melihatnya dari perspektif perniagaan, harus saya akui yang psikologi di sebalik bisnes hijab hanya mampu difahami oleh mereka yang sudah menyarungnya.

Teringat saya kepada perbincangan bersama beberapa usahawan yang bercita-cita mahu mencambahkan cabang peniagaan mereka dengan menjual hijab, meskipun yang empunya diri itu pun tidak menutup kepala apalagi aurat dengan sempurna. 

Mereka semua ini beranggapan yang mengeluarkan produk hijab ini semudah mengilangkan kain empat segi dengan cetakan menarik dan semua hijabi pasti akan membeli.

Sungguh, telahan mereka ada kebenarannya tetapi tidak tepat. Jenis fabrik memainkan peranan penting. Perlu ringan, opaque dan tidak mudah lurut. Pilihan hijab yang tidak renyuk dan tanpa perlu menggosok pula sememangnya suatu bonus.

Jahitan tepi kain juga antara kriteria penting jikalau ingin menjual dengan harga premium. Ini belum lagi masuk bab tudung instant yang kini mempunyai variasi pilihan mengikut selera individu dan keserasian. 

Bercakap mengenai tudung instant, rasanya saya sudah mencuba hampir kesemua koleksi daripada jenama-jenama popular. In the end of the day, it’s all about trial and error. Tidak semua terletak elok di muka. 

Satu lagi, imej jenama perlu diperkemaskan. Ia perlu seiring dengan konsep gaya hidup hijabi masa kini kerana asasnya, hijab sekadar kain membalut kepala adalah hakikat. Dan wanita pula membeli hijab berdasarkan identiti jenama yang paling dekat dengan jiwanya.

Walau bagaimanapun, bagi sebilangan usahawan lain, ada yang berseloroh tentang bagaimana berniaga hijab kini, hasilnya sudah tidak selumayan dahulu akibat daripada persaingan yang maha hebat. 

Kata mereka, sudah terlalu banyak pilihan di luar sana sehinggakan ada yang mengambil jalan murah di mana peniaga mulai meniru sesama sendiri.

Apa nak dikatakan, inilah lumrah orang berniaga. There’s always something better right around the corner.

Maka semakin kreatiflah gelanggang hijab tempatan dengan beraneka iklan, kolaborasi, promosi dan publisiti. Kemeriahan ini pula mencetus suatu macam fenomena baru yang mendorong wanita berhijab untuk mencuba dan terus mencuba kepelbagaian yang terhidang di dalam pasaran.

Influencer hijab adalah kelompok paling untung apabila mereka ini menjadi saluran buat syarikat hijab dalam memandu minat orang ramai. 

Jelas sekali dalam kalangan orang kita ada dua golongan wanita berhijab. Satu golongan adalah yang benar-benar berhijab menurut syariat manakala yang satu lagi... tidak berapa mengikut syariat.

Mereka ini masih bertatih dan senantiasa mencari jalan untuk memperbaiki penampilan (jari menunding kepada diri sendiri). Mereka ini jugalah yang merancakkan industri hijab negara dan menjadi kelompok sasaran jenama-jenama hijab yang trending.

Kain seledang gaya empat segi atau empat segi panjang (shawl) dengan seribu satu teknik lilitan. Skarf ikat belakang serta turban buat yang lebih stylish, ingin memperlihatkan anting-anting atau mungkin rantai di leher.

Ramai juga dalam kalangan kita yang begitu taksub menanti koleksi terbaru sehinggakan sanggup beratur panjang bagi mendapatkan helaian dengan cetakan tertentu. Ibarat simbol status, cetakan tertentu itu laksana penanda aras.

Di antara sesama hijabi, kebanyakan daripada mereka saling mengenali jenama, corak malah harga yang dipakai di kalangan mereka.

Awal-awal dulu saya sendiri terheret sama dalam penantian koleksi terbaru walau sedar yang realitinya, tudung mahal tidak mampu mengubah wajah. Tidak seperti alat solek. 

Kemahuan nafsu untuk berfesyen diatasi dengan anjuran syariat melalui pemakaian hijab yang mengekang budaya fesyen berlebih-lebihan. Dan sebagai orang baru dalam pemakaian hijab, there’s a first time for everything.

Contohnya, dilema saya ketika pertama kali pergi bercuti ke pulau sebagai seorang wanita berhijab. Terjun laut lengkap bertutup kepala? The idea seemed so foreign to me. Apalagi mahu menyarung burkini, saya belum sanggup lagi.

Kemudian ada pula jemputan ke majlis keramaian malam di dalam masa terdekat nanti. Sebagai seorang yang gemar bereksperimen dengan fesyen, idea hijab ini sedikit sebanyak mengongkong keinginan diri.

Saya seringkali mengingatkan diri sendiri, konsep dan kata kuncinya adalah bersederhana. Jadi, sarung gaun malam dan bertudung? Hmm. Jikalau sudah berhijab, baju yang disarung juga seeloknya yang longgar-longgar sahaja, betul?

Segala persoalan remeh ini kerap bermain di minda. Mahu main redah di usia menginjak ke separuh abad ini, terasa berdosalah pula.

Jadi bagaimana pula dengan trend pemakaian serba senteng seperti skirt melewati buku lali dan lengan tangan ditarik singkat? 

Mungkin ada yang menganggap, diri ini belum lagi benar-benar bersedia sepenuhnya untuk berhijab. Anggapan ini turut sama tempiasnya buat geng yang tudung nampak rambut, ikat skarf di belakang, tayang subang dan sebagainya.

Hakikatnya, there's never a perfect time to start wearing hijab. Kerana kita semua sedar, menutup aurat itu wajib dan sebagai manusia, kita senantiasa mencuba untuk menjadi orang yang lebih baik.

Oleh itu janganlah kita terlalu cepat menilai orang lain berdasarkan tahap singkat tudung yang mereka pakai.

Ambil sisi positif dan doakan yang terbaik. Kerana kita semua mencari kesempurnaan dan dalam usaha untuk mengecapnya, kita pasti akan berdepan dengan pelbagai cabaran yang membawa kepada kekhilafan. 

Walau apa pun dilemanya, jelas sekali lanskap industri hijab tempatan dalam sedekad ini begitu rancak lagi warna-warni. Macam-macam stail lilit kepala, macam-macam gaya untuk tampil berbeza.

Hijab kini trending dan sungguh, tiada apa sebenarnya yang sederhana mengenainya. - Getaran, 21 November 2021

Isu Pada

Gemilang Seni Iman Troye

20 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 minggu yang lalu

Adidas Originals Raikan 3 Kasut Klasik Dalam Kempen, '1000 Back' 

2

Gaya 1 bulan yang lalu

Tiada Lagi Koleksi Raya Dari Rizman Ruzaini Selepas Ini, Mahu Tumpu Pasaran Antarabangsa 

3

Gaya 1 bulan yang lalu

Koleksi Denim Marks & Spencer Diperkenalkan di Stor 1 Utama

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Hobi Mengait Jadi Terapi Diri, Jana Pendapatan

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi