Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Covid-19, Antara Vaksin Dan Doa

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2021 12:47PM

HRW mendesak agar vaksin diberikan sama rata kepada penduduk di Syria.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas berbulan-bulan menanti, kumpulan pertama vaksin Covid-19, yang dihasilkan Pfizer-BioNTech akhirnya tiba di Malaysia pada 21 Februari 2021.

Buat permulaan sebanyak 312,390 dos vaksin telah diterbangkan dari Belgium ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA.

Ia satu berita yang menggembirakan rakyat negara ini untuk melalui fasa bagi melawan virus berkenaan selepas beberapa negara jiran seperti Indonesia lebih dahulu mencubanya.

Namun, di kawasan yang berkonflik, khususnya di Asia Barat seperti di utara Syria dan Yemen, kebanyakan pelarian hanya mampu menadah telinga mendengar berita mengenai vaksin bagi melawan Covid-19 kerana untuk mendapatkan bekalan ia sama sekali di luar kemampuan mereka.

Dalam hebahannya, beberapa agensi antarabangsa telah berusaha untuk mendapatkan bekalan tetapi entah bila ia akan sampai ke kumpulan sasar.

Pada awal Februari, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan rancangannya untuk melaksanakan program vaksinasi di Syria bermula April ini, tetapi ia satu tugasan yang bukan mudah dan mungkin lebih lambat untuk dilaksana.  

Dalam kenyataannya, wakil WHO di Damsyik, Dr Akjemal Magtymova berkata, COVAX, singkatan bagi Akses Global Vaksin COVID-19, iaitu satu inisiatif global untuk akses saksama terhadap vaksin COVID-19 berusaha untuk memberi imunisasi kepada 20 peratus daripada penduduk negara berkenaan.

Ia termasuk kepada satu perempat daripada mereka kini menjadi pelarian dalam negara (IDP) dan berada di kawasan yang dikuasai kumpulan anti rejim Bashar al Assad.

Mengambil kira keadaan semasa, program yang dijadualkan itu bukan calang-calang dugaannya kerana konflik yang masih berterusan antara kumpulan penentang dengan kerajaan.

Itu belum tentu isu korupsi yang berleluasa dalam pentadbiran Damsyik .

Agak-agaknya daripada satu perempat, berapa peratus akan diagihkan kepada pelarian yang berada di utara, timur laut dan tenggara Syria? Itupun kalau ada baki.

Masih ingatkah dengan kisah kebuluran dan kesengsaraan yang ditanggung penghuni kem Rukban dua tahun lalu?

Ketika itu, pertubuhan kemanusiaan dan masyarakat antarabangsa menghantar lima konvoi ke sana selepas hampir 70,000 pelarian yang terkepung di situ nyawa-nyawa ikan kerana kelaparan dan kekurangan ubat-ubatan, namun banyak bantuan yang dibawa tersangkut dan tergendala akibat permainan Damsyik dan sekutunya.

Menyentuh mengenai pengagihan vaksin, Human Rights Watch (HRW) mendesak rejim supaya membuat agihan sama rata di seluruh Syria.

Tanpa berselindung, pertubuhan hak asasi manusia itu menempelak Damsyik kerana menyekat bekalan ubat-ubatan untuk sampai ke tangan orang awam di kawasan yang dikuasai kumpulan anti kerajaan.

“Kerajaan Syria tidak pernah malu mengenai tindakannya menyekat rawatan kesihatan sebagai senjata perang dan mempergunakan permainan ini dengan vaksin yang melemahkan usaha global untuk mengawal pandemik” kata wakil HRW, Sara Kayyali dalam kenyataan yang kemudian dimuat naik  dalam www.infomigrants.net.

Kenyataan yang ia telah mengadakan rundingan dengan Rusia serta China untuk mendapatkan bekalan vaksin dan terkini, sejumlah dos dari Israel yang dianggarkan bernilai USD1 juta sebagai pertukaran dengan warganya yang ditahan kerana menyeberang ke sempadan Syria, hanya menggembirakan golongan tertentu.

Dalam isu ini, pelarian Syria yang berada di Jordan mendahului mangsa konflik di negara sendiri.

Seperti yang dihebahkan kepada dunia, Amman menunaikan janji dan menjadi negara pertama yang memberi vaksin kepada pelarian termasuk rakyat Syria.

Lebih kurang sebulan selepas warganya mendapat suntikan pertama, iaitu 13 Januari lalu, pada 15 Februari 2020, ia dibuat ke atas pelarian Syria yang berada di kem Zaatari.

“Jordan menjadi negara pertama di dunia yang memasukkan pelarian dalam program vaksinasi Covid-19," kata jurucakap Suruhanjaya Tinggi bagi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), Mohammad Hawari,

Menurut AFP, 2,000 daripada 80,000 pelarian Syria di kem Zaatari telah menyatakan persetujuan untuk menerima suntikan dan 1,200 daripadanya didapati menepati syarat yang ditetapkan.

Namun nasib lebih 3.6 juta yang berada di Turki masih samar-samar meskipun terdapat pelarian telah menerima vaksin bulan lalu.

Menurut Arab News, sehingga kini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan Ankara untuk memasukkan pelarian sama ada yang berdaftar atau pendatang haram di bawah program vaksinasinya.

Sejak 13 Januari lalu, Turki dilapor telah menerima 3 juta dos vaksin dan 2 juta daripada rakyatnya telah menerima suntikan.

Bagi mangsa konflik di utara Syria, mereka hanya mampu berdoa dan menunggu penawar Covid-19 akan sampai dengan segera.

Ketika ini Syrian American Medical Society telah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan kumpulan kemanusiaan luar untuk membina 93 pusat vaksin termasuk unit bergerak.

Jika semuanya berjalan lancar, program vaksinasi melalui WHO dijangka bermula pada suku kedua tahun ini.

Mereka di sana dalam keadaan yang tidak ketentuan antara hidup dan mati kerana konflik mereka begitu berharap, vaksin akan tiba dengan segera.

Namun, nun jauh beribu kilometer, di negara ini segelintir pihak cuba berpolemik mengenai penawar pandemik ini yang meragut nyawa hampir 2.5 juta penduduk dunia.

Syukurlah, Malaysia masih aman. - Getaran, 2 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Guna Segala Saluran Diplomatik Yang Ada Perjuangkan Isu Palestin - Mohamad

2

Luar Negara 1 minggu yang lalu

31,726 Rakyat Palestin Terkorban Sejak 7 Oktober

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

China Sokong Keanggotaan Penuh Palestin Dalam Majlis Keselamatan PBB

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Penduduk Gaza Terus Jadi Sasaran Israel, Bantuan Melalui Udara Tidak Berkesan

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok