web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tempeh - Enak, Sihat Dan Mudah Dimasak

Tempeh adalah salah satu sumber protein yang bagus bagi mereka yang mengamalkan diet yang berasaskan tumbuhan. Brian Chen berkongsi kebaikannya.

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2021 8:34AM

Gambar: Pexels dan Brian Chen

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai yang mempertikaikan asal-usul tempeh. Sama ada ianya berasal dari negara kita sendiri mahupun dari negara jiran, yang pastinya tempeh merupakan satu sumber makanan yang sihat dan versatil untuk dimasak di dapur. 

Tempeh merupakan kacang soya yang dimasak, dipadatkan dan ditapai menggunakan sejenis kulat yang dinamakan rhizopus.

Bila diteliti secara dekat, anda akan melihat bahan putih yang ‘melekatkan’ kacang soya, itulah satu hasil sampingan yang selamat dimakan yang datangnya daripada kulat tersebut. Selain daripada kacang soya, ada juga yang membuat tempeh dengan kekacang lain.

Ada yang mungkin rasa pelik sekiranya diberitahu bahawa mereka sedang menjamah hasil daripada aktiviti kulat. Akan tetapi, sesetengah kulat dan proses penapaian sebenarnya membuatkan tempeh lebih berkhasiat dan lebih mudah untuk dicerna. 

Tempeh dikatakan makanan bebas kolesterol, kaya dengan vitamin B, serat, zat besi, kalsium dan zat galian lain.

Sama seperti produk makanan lain yang berasaskan kacang soya, tempeh juga kaya dengan isoflavones yang merupakan sebatian kimia yang dapat membantu mencegah kanser dan mempunyai ciri-ciri antioksidan.

Terdapat juga pelbagai kajian yang mengaitkan tempeh dengan:

a) Tahap kolestrol yang sihat

b) Kesihatan jantung

c) Pengurangan inflamasi

d) Kesihatan tulang

Selain daripada itu, ianya merupakan salah satu sumber protein yang mantap bagi mereka yang mengamalkan diet yang berasaskan tumbuhan. Sejujurnya, bila saya makan tempeh tak teringat pula nak makan daging.

Inilah antara resipi kegemaran saya menggunakan tempeh! Selamat mencuba!

 

TEMPEH MASAK MERAH

400g tempeh, dipotong dadu besar

2 sudu besar serbuk kari 

1 sudu besar minyak masak

3 sudu besar cili kisar 

1 sudu kecil garam

1 sudu besar gula

2-3 sudu besar puri tomato

Gula dan garam secukup rasa

1/2 biji bawang besar Holland, dihiris

Daun sup/daun bawang

Bahan kisar:

1 1/2 biji bawang besar

4 ulas bawang putih

 

Cara-cara

1. Gaulkan tempeh dengan serbuk kari dan goreng garing dalam air fryer.

2. Dalam kuali, tumiskan bahan kisar sehingga bau naik.

3. Masukkan kesemua bahan lain dan reneh sehingga bawang besar lembut.

4. Gaulkan masuk tempeh dan hiaskan dengan daun bawang.

- Getaran, 1 November 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

TARA 2 tahun yang lalu

Wanita, Buatlah Ujian Saringan Kesihatan, Jangan Takut

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kesihatan, Pendidikan Terus Terima Peruntukan Terbesar Belanjawan 2024 - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Inisiatif 'Program MADANI Afiat' Bawa Khidmat KKM Kepada Komuniti - Dr Zaliha

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga