Berita Terkini

16 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tentang 'Chindian', Lagu Tamil, Miss World Malaysia

Minggu ini, kolumnis kami, Roslen Fadzil bercerita tentang memori membesar di Kulim, uniknya komuniti kacukan etnik Cina dan India di Malaysia dan keanggunan Lavanya Sivaji, Miss World Malaysia 2021.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2021 6:45PM

Datuk Bernard Chandran, S. Janaki, dan Lavanya Sivaji

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Orang Malaysia sudah lama bercampur-aduk, sejak zaman Kesultanan Melaka hinggalah zaman Putrajaya.

Minggu lepas saya kebetulan ada menempah sebuah Grab untuk pulang ke Lestari Perdana dari hala Bukit Jalil. Melihat profil pemandu Grab itu di app, visual wajahnya tampak seperti jejaka Melayu tetapi namanya tertera Xin Choong.

Melabuhkan diri ke tempat duduk belakang keretanya, saya terus menyapa "Hi" sambil memastikan destinasi tujuan saya itu tepat. Dia menjawab "Ya betul, bang," dalam loghat Melayu Kuala Lumpur.

Saya menyambung soal, "Sorry abang tanya, you Chindian ke?"

"Aaah, betul, saya Chindian," katanya bagaikan sudah terbiasa disoal begitu.

Maka perbualan kami pun bermulalah dengan rancak tentang topik menjadi seorang Chindian selain kerjaya sepenuh masanya iatu seorang pengurus pemasaran digital di sebuah agensi swasta.

Kata Xin Choong, sejak kecil lagi dia telah bercampur dengan ramai rakan Melayu. Jadi lidahnya sudah terbiasa bercakap bahasa Melayu dan inilah yang membuat orang selalu keliru dengan identiti dirinya.

"Kalau bulan puasa memang problem bang. Saya makan semua orang pandang semacam. Tapi saya dah biasa dengan semua tu," katanya sambil tertawa kecil di sebalik face mask.

Dia adalah anak kacukan Cina di sebelah ayah dan beribukan seorang wanita India.

Kata Xin Choong lagi, keluarganya setiap tahun akan menyambut kedua-dua perayaan iaitu Deepavali dan Tahun Baru Cina. Baginya itulah antara kelebihan perkahwinan campur.

Itu cerita Xin Choong. Saya sendiri sejak dulu lagi ada beberapa kawan rapat di kalangan India dan Chindian termasuk di sekolah mahupun dalam dunia profesyen kewartawanan. Ketrampilan mereka memang unik kerana boleh berbahasa Tamil, Cina, Melayu dan Inggeris.

Dalam spotlight hiburan dan fesyen, kita juga ada ramai personaliti Chindian yang berjaya seperti Datuk Bernard Chandran, Datuk Nicole Ann David, Michael Veerapan, hos remaja yang cantik, Neeta Manishaa dan terbaru, penyanyi berbakat besar, Vanessa Reynauld.

Datuk Bernard Chandran, Vanessa Reynauld dan Neeta Manishaa
Datuk Bernard Chandran, Vanessa Reynauld dan Neeta Manishaa

Semua ini menjadikan Malaysia semua negara berbilang kaum yang menarik dan tersendiri. Kita meraikan pelbagai perayaan dan telah masak dengan budaya masing-masing sehingga terbentuk pula satu budaya Malaysia yang tidak terdapat di negara lain.

Rewind: Ketika bersekolah rendah di tahun 1970-an, saya pernah menetap di Kulim, Kedah. Berek JKR (Jabatan Kerja Raya) tempat saya tinggal selama dua tahun itu memang didiami ramai penduduk keturunan India.

Jiran sebelah rumah kami, Aunty Radha dan keluarganya memang keluarga India yang peramah. Saya berkawan dengan anak-anaknya dan kadangkala dibawa sekali menonton filem Tamil di pawagam lama di pekan Kulim.

Dari situlah saya mula kenal pelakon Tamil seperti MGR, Sivaji Ganesan dan Manorama sampai pernah hafal lagu Tamil seperti 'Machana Pathingala' dan 'Annakkili Unnai Theduthe' dendangan penyanyi legenda, S Janaki.

Di blok depan rumah saya, ada sebuah lagi keluarga India. Mereka mempunyai seorang anak lelaki remaja bernama Chandra.

Saya bahasakan dia sebagai Abang Chandra sahaja dan dia mengingatkan saya kepada Loga vokalis Alleycats kerana susuk tubuhnya yang tinggi lampai dan berambut afro.

Dia juga seorang pemain bola sepak dan sangat aktif bersukan. Zaman itu adalah zaman kegemilangan penjaga gol R. Arumugam dan pelari trek handalan, V. Angamah.

Menariknya, Abang Chandra suka sangat menyanyi lagu 'Oh Di Mana', daripada band popular Indonesia, D’Lloyd. Kalau dia melalak, kita boleh dengar suaranya sampai ke rumah saya namun apabila disuruh masuk Bintang RTM, segan pula.

Bercakap sedikit tentang Bintang RTM, kebetulan pada waktu itu, finalis Bintang RTM 1979, Najib Hanif adalah pembaca meter LLN (kini TNB) di kawasan Kulim.

Abang Najib sering juga membuat bacaan meter di rumah kami dan selepas terpandang wajahnya di kaca TV tatkala Bintang RTM berlangsung, kami serumah terus menjerit “Eh, Abang Najib Meter Reader!”

Bagi saya, pengalaman hidup di Kulim dulu semacam yang dipaparkan dalam filem Estet arahan Allahyarham Mamat Khalid.

Kami bermain di kawasan ladang getah, bawah pokok durian dan kadang-kadang ‘membuas’ hingga tepi lombong bijih mengintai kapal korek.

Zaman itu tidak ada istilah penakut bagi kami sampai adik lelaki saya pernah terjunam basikalnya ke dalam air terjun sebelah berek kami, sampai berdarah-darah seluruh mukanya.

Ketika itu, jiran-jiran India pantas datang membantu dan meraung sama rancak dengan arwah ibu saya. Mujurlah adik saya selamat dan hanya luka di dahinya akibat terantuk batu sungai.

Lucu juga mengenangkan insiden itu kerana mangsa yang jatuh nampak tenang sahaja tetapi yang membantu pula riuh berdrama sebab terlalu panik.

Memang meriah suasana hidup di pinggir bandar zaman dulu-dulu.

Hari ini, sesekali kalau ke Pulau Pinang dan Bukit Mertajam, saya akan singgah sebentar di Kulim untuk menjenguk sambil mengimbas memori lama.

Semuanya telah terhapus dengan kewujudan taman-taman perumahan baru yang tumbuh macam cendawan. Berek lama JKR di Jalan Hospital tempat saya membesar dulu kini sudah tiada lagi. Sayu rasa hati.

Fast Forward: Hari ini saya sangat kagum melihat kejayaan Lavanya Sivaji, 25, sebagai Miss World Malaysia 2021 yang baru dimahkotakan. Cantik sungguh orangnya, lawanya seperti nama beliau juga – Lavanya.

Lavanya Sivaji, Miss World Malaysia 2021
Lavanya Sivaji, Miss World Malaysia 2021

Dia bukan sahaja jelita tetapi dari sudut profesion, adalah seorang doktor – memang perfect choice dan memenuhi slogan Beauty With Brains.

Sekali pandang, wajah Lavanya ada iras Winona Ryder ketika remaja dulu.

Saya amat berharap penyertaan Lavanya akan memberi saingan kepada peserta lain dalam Miss World 2021 yang akan berlangsung di Puerto Rico pada Disember nanti. Melihat kepada penampilan Lavanya itu, saya sendiri berasa sangat teruja.

Cuma satu perkara penting, pihak penganjur atau penaja silalah sediakan busana mahupun persalinan yang anggun-anggun untuk Lavanya.

Tidak perlu kita melampau-lampau sampai kena membawa dapur, belanga atau taman tema ke pentas, sebaliknya biarlah busana itu nampak klasik, mahal bersandarkan budaya Malaysia sama ada dari Semenanjung atau Borneo dengan mood elegan lagi mempesonakan.

Dan pada hari ini juga, saya turut kagum dengan kepetahan Dr. Malar bercakap dalam bahasa Melayu dalam memberikan nasihat dan tip kesihatan selain suara lantang Vanessa Reynauld yang mampu melantunkan lagu-lagu Melayu dengan begitu hebat sekali.

Selepas Francissa Peter dan Jaclyn Victor, Vanessa telah benar-benar mencuri perhatian saya. Sungguh. - Getaran, 31 Oktober 2021

Isu Pada

Fenomena Doktor Malar

30 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Kolum 8 jam yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan