Berita Terkini

12 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Orang Muda Jutawan Segera, Hasil Berniaga 'Online' Dan Jadi 'Influencer'

Hampir setiap individu daripada Generasi Z mempunyai 'presence' tersendiri di dalam medan media sosial dan dikhabarkan separuh daripada mereka memiliki punca pendapatan yang dijana melalui internet.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Oct 2021 3:52PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bicara seorang teman lama baru-baru ini, “Untung sungguh budak sekarang. Semua gila buat bisnes, semua dah taraf jutawan. Cekap cari duit! Dalam media sosial, penuh dengan gelagat mereka sahaja mempromosi entah segala macam produk. Dari berniaga kopi kurus sampailah ke bengkung!”

Sambung teman itu lagi, dalam pada kita sebagai orang lama asyik complain mengenai orang muda sekarang yang sangat manja dan tidak kental, generasi kita jugalah yang membuka jalan kepada anak-anak muda ini untuk membina empayar sendiri.

“Tengoklah budak-budak ni, boleh segerombolan masuk Dior, Fendi, Gucci… tayang barang shopping sebagai reward kepada hasil jualan berniaga. Semuanya kasi up di Instagram bagi sedunia melihat!” katanya lagi bernada sinis.

Teringat saya kepada seorang kenalan baru yang baru berusia awal 30-an. Pendapatannya dalam sebulan menghampiri angka RM10 juta, hasil berniaga produk yang diusahakannya sejak usia remaja lagi.

Membuatkan saya termenung berfikir sendiri, betapa penat lelah generasi sebelumnya telah membantu membentuk sebuah generasi baru yang bercita-cita besar.

Percaya atau tidak, dalam pada ramai yang mengeluh mengenai cabaran mencari rezeki pasca pandemik, hakikatnya ramai juga dalam kalangan anak-anak muda kita yang sedang ligat mengumpul harta kekayaan.

Memang ramai sebenarnya yang sudah bergelar jutawan di usia muda. Lihat sahaja kebangkitan begitu banyak perniagaan-perniagaan serta perusahaan-perusahaan kecil (SME) yang bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Persaingan semakin hebat, promosi bertambah rancak.

Saya ada bersembang dengan sebilangan peniaga-peniaga muda, kebanyakan daripada mereka hanya sedikit terkesan sewaktu musim PKP lebih-lebih lagi pada peringkat PKP yang pertama.

Masuk PKP kedua, hasil keuntungan jualan secara online kembali mencanak. Inilah kelebihannya apabila asas perniagaan atas talian sudah lama kukuh, lebih mudah lagi apabila mereka ini semuanya sedia maklum lebih internet savvy.

Kelompok ini yang rata-ratanya berusia antara 20-an memasuki awal 30-an, diberi jolokan ‘Generasi Z’ dan ‘dibesarkan’ oleh internet.

Ya, golongan ini dilaporkan merangkumi 30 peratus daripada populasi penduduk dunia hari ini ini menurut statistik terkini.

Generasi Z melalui zaman kanak-kanak sewaktu krisis ekonomi sekitar tahun 2000 dan menyaksikan bagaimana ibu bapa mereka berjuang demi kelangsungan hidup.

Secara psikologinya, impak kepada situasi tersebut telah mencorak jiwa muda yang memberontak untuk berjaya, mahu memegang duit sendiri, ada kebebasan kewangan dan ada kuasa membeli, kemampuan untuk memiliki.

Oleh kerana mereka lahir dalam dunia digital, membesar dengan teknologi lantaran kehidupan mereka turut dipandu dengan media sosial.

Golongan ini lebih mudah mengadaptasi malah bijak mencari solusi. Kerana kelebihan ini, mereka mampu bebas menjalani kehidupan yang menuruti acuan dan kehendak sendiri. 

Hampir setiap individu daripada Generasi Z mempunyai presence tersendiri di dalam medan media sosial dan dikhabarkan separuh daripada mereka memiliki punca pendapatan yang dijana melalui internet.

Antara berniaga di atas talian atau sekadar menjadi bintang media sosial, segalanya menjadi mudah apabila mereka mulai membina pengaruh dalam kalangan para pengikut dan seterusnya warganet secara amnya.

Ada banyak cabang mudah mencari wang poket menerusi internet, cuma perlu kreatif. Inilah kelebihan yang ada pada anak-anak muda sekarang.

Lebih-lebih lagi sewaktu musim pandemik, ramai anak muda mulai gigih mengambil pelbagai inisiatif menggandakan wang poket sendiri demi survival.

Berjualan di internet melalui setiap saluran dan menggunakan kuasa viral untuk menyampaikan maklumat produk.

Ramai yang semakin rajin mengambil pendekatan ini dengan menghasilkan pelbagai gaya klip video yang memualkan malah berani membuka pekung di dada selain membangkitkan isu-isu jelik.

Tetapi inilah stratergi marketing mereka. Publisiti baik atau buruk, tetap publisiti. Mengenali resam kebanyakan orang kita, apabila ada kisah viral yang berbau negatif, mula-mula dicela kemudian dalam benci menjadi suka.

Maka teruslah mengikuti perkembangan si polan dan si polan ini lantas menaikkan trafik mereka di atas talian yang kemudiannya berubah menjadi hasil jualan. Semudah itu!

Budak sekarang tidak perlu tunggu berniaga untuk mengumpul harta. Jadi influencer sudah memadai sekiranya cita-cita sekadar ingin membeli rumah sebuah dan sebiji kereta.

Ramai remaja di Malaysia sudah sejak awal lagi sibuk mengumpul pengikut dan kini bilangan menginjak hingga jutaan.

Sebagai contoh, Ameera Khan dengan 1.4 juta pengikut. Muat naik hampir kesemuanya fesyen berjenama mewah tanpa perlu sebarang kapsyen bijak dan masih mampu mencetus engagement rate yang tinggi.

Lara Alana yang baru berumur tujuh tahun pula kanak-kanak yang paling ramai pengikut media sosial di Malaysia. Untung yang amat apabila rakyat kita ini sejenis yang ada obsesi terhadap akaun media sosial anak-anak selebriti, meskipun cuma bayi.

Ya, menjadi influencer mungkin cara yang paling mudah untuk menjana wang. Anda tidak perlu menjadi seorang yang genius atau mempunyai sebarang bakat tertentu, hanya perlu rajin memuat naik dan pandai memilih filter yang betul.

Lebih bagus lagi jikalau pandai merancang kandungan yang lebih cerdik, dengan kepelbagai video dan gaya editing yang jauh menarik.

Tidak cukup di Instagram dan TikTok, pendapatan mampu masuk secara tetap setiap bulan jikalau anda seorang YouTuber yang berjaya.

Di Malaysia, antara contoh YouTuber yang menjana pendapatan tinggi adalah Alyssa Dezek yang hanya baru berusia 13 tahun.

Dalam sebulan, dia dikhabarkan mampu menerima bayaran purata antara RM30,000 hingga RM430,000 sebulan dengan cuma memuat naik video-videonya menyanyikan lagu-lagu saduran.

Di peringkat antarabangsa, YouTuber paling kaya adalah budak lelaki 10 tahun. Ryan Kaiji berpendapatan RM111 juta setahun menerusi muat naik video-videonya melakukan review permainan kanak-kanak.

Begitulah kehendak zaman kini dan tidak ada salahnya asalkan betul caranya. Dan buat ibu bapa, biasa-biasakanlah melatih anak-anak kita dari kecil mengenai nilai wang ringgit dan ilmu berniaga. Kerana melihatkan trend, inilah masa depan.

Satu lagi perkara yang wajib diterapkan di dalam dada anak-anak adalah tanggungjawab kepada masyarakat. Dalam pada menjual hasil niaga, usah sesekali menjual sekali maruah diri.

Tidak perlu bergelek di TikTok atau mencipta cerita sensasi. Maka jadilah orang yang bijak dan cari kandungan yang membawa manfaat baik kepada sesiapa yang melihat.

Seperti Vivy Yusof dengan siri-siri ulasan buku di YouTube, saya kira itu suatu kandungan dengan inisiatif yang sangat baik di mana dia mendorong orang ramai membaca. Kita yang menonton pun terdetik di dalam hati untuk keluar mencari buku yang diulas.

Apa yang saya boleh rumuskan di sini, kita tidak boleh samakan kehidupan kita dan kehidupan mereka apalagi membanding-bandingkan kelebihan dan kekurangan antara kedua-duanya.

Zaman berubah, keperluan berbeza, cabarannya tidak sama.

Saya cuba untuk tidak mengungkit ‘kesusahan’ yang saya lalui sebelum mampu menggapai apa yang sudah dikecapi hari ini. Kerana generasi hari ini juga ada masalah tersendiri dan mereka memerlukan stratergi berbeza untuk berjaya.

Cuma saya mengharapkan agar kita mampu melahirkan lebih ramai jutawan muda yang berintegriti, bermaruah dan berwawasan.

Bukan sekadar jaja kisah viral murahan, agar apa yang kita lakukan tidak hilang keberkatan. - Getaran, 24 Oktober 2021

Semua gambar hiasan: Pexels

Isu Pada

Rizal Rasid โ€“ Tentang Kesihatan Mental

23 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Orang Ramai Diminta Henti Perbuatan Hina Agama Di Media Sosial - Mohd Naim

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Kongsi Aktiviti Anak Di Media Sosial Undang Risiko Jenayah Seksual

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Scammer Guna Media Sosial Iklan Lesen Memandu Murah, Mudah - JPJ

4

TARA 6 bulan yang lalu

Berpakaian Kurang Sopan Ketika Berjual Beli Di Media Sosial, Apa Hukumnya?

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Kolum 4 jam yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan