Berita Terkini

13 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Teman Hanya Mampu Berdoa

Antara cinta dan kasihkan Ilahi, minggu ini Wirda Adnan mengupas kisah seorang ibu yang menyesali kisah hidupnya sendiri dan hanya mampu berdoa agar suami dan anak-anaknya kembali ke jalan yang benar.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2021 3:51PM

Gambar: Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebesar apa pun cintamu kepada kekasih, haruslah tidak lebih besar daripada cintamu kepada-Nya.

“Wirda, finally my daughter decided to get married.” Suara teman riang memberitahu. 

Finally, boyfriend dia bersetuju untuk mengucap dua kalimah syahadah.” 

Kerana kami bersembang menggunakan panggilan video, saya nampak air mata gembira mengalir di pipinya yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak perempuannya itu. 

Kerana cinta anak mengikut hati mudanya, kerana cinta anak tidak bisa mendengar lagi kata ibu, kerana cinta anak bisa memilih jalan kesesatan. Itu yang paling digeruninya. Dia takut kalau anaknya yang bertukar agama, bukan lelaki itu. 

Jauh di perantauan, dia tahu anaknya tinggal sebumbung dengan kekasihnya. Apa yang mampu dilakukan oleh seorang ibu? Mulutnya sudah berbuih menasihati dan entah beberapa kali kemarahannya bertukar kepada sumpahan. 

Kadang-kadang dia tidak boleh menahan amarah, sebagai ibu dia tidak sanggup membenarkan anaknya hidup bergelumang dengan dosa.

Sebagai ibu dia mahu melihat anaknya diijabkabulkan secara sah mengikut agamanya. Agama yang kemuliaannya diangkat ke syurga.

Sebagai ibu, sudah tentu dia mahu anaknya menyertainya di syurga kelak, Insya-Allah. 

“Alhamdulillah doa you telah dimakbul-Nya,” saya membalas dengan titisan air mata gembira. 

Gambar hiasan. Pexels
Gambar hiasan. Pexels

Saya tahu berita itulah yang paling menggembirakan kawan saya ini dan teman-temannya yang lain. Mana mungkin membenarkan anak berterusan hidup dalam kemaksiatan.

Mana mungkin anak yang amat disayangi nanti melahirkan zuriat-zuriat tanpa ijab kabul. 

“Mereka akan bernikah dulu di sana dan pulang ke Malaysia untuk small reception sahaja,” sambungnya. Saya tidak pernah melihat teman saya itu sebegitu gembira. 

Teman... zaman mudanya seperti anaknya juga, hidup bebas lupa diri lupa agama. Hidup di perantauan jauh daripada ibu ayah membawanya larut dalam keduniaan.

Yang penting dia sudah menghadiahkan ibu dan ayahnya segulung ijazah. Itu yang mereka dambakan mahu melihat anak mereka berjaya hingga membawa pulang ijazah. 

“Dan, aku merealisasikan permintaan mereka.” 

“Mak tidak mahu kamu pulang kosong, jangan memalukan orang tua kamu, jangan kamu dihantar balik ke Malaysia kerana gagal dalam peperiksaan.” Dia teringat kata-kata ibunya sebelum berlepas ke England.

Dia tahu dia bertanggungjawab untuk membawa pulang segulung ijazah. Lagipun pengajiannya ditaja kerajaan. Dia tahu kalau pun ibu bapanya menjual semua harta yang ada, itu masih belum cukup untuk membayar kembali biasiswa kerajaan.

Dan, dia menunaikan amanah itu dengan cukup baik, bukan sekadar ijazah sarjana muda tetapi pada kali keduanya ke sana dia pulang dengan ijazah tertinggi PhD.

Satu kebanggaan buat keluarganya. Belum ada dalam kalangan ahli keluarganya yang sebijak dia. 

Dan, dia pulang juga bukan sendirian tetapi diiringi suami dan dua cahaya mata ketika itu. Bezanya dalam pada hidup bebas di sana, tiba waktu untuk mereka memilih disatukan, dia berjaya memujuk sang kekasih memeluk Islam.

Satu perkara mengenai anak desa, walau hal-hal lain lupa dunia, namun tidak sama sekali menukar agama demi cinta. Dan, keislaman sang suami sekadar berpegang kepada agama baharunya.

Yalah, kalau dia sendiri turut serta dalam aktiviti kemaksiatan suami, lupa solat, jauh sekali berpuasa sebaliknya menogok air kencing syaitan setiap masa; hah! cerita agama belakang kira.

Apa yang penting dia tetap Islam dan suami peluk Islam. Tak solat, tak puasa itu antara dia dengan Tuhan. 

Anak-anak dibesarkan dalam suasana hidup moden. Anak melihat ibu ayah minum arak sebagai satu kebiasaan. Melayan tetamu dengan minuman keras yang mana setiap tetamu bangga meneguknya.

Melayan tetamu dengan hilai tawa dan rata-rata mendedahkan sebahagian besar aurat mereka. Manakan tidak, dia sendiri pun tidak segan silu mendedahkan bahagian dada dan paha untuk tatapan sekian ramai manusia.

Bercium pipi dan berpelukan dengan kawan-kawan menggantikan salam.

Itu cerita lama sebelum diberikan hidayah menolak semua kemaksiatan. Hidayah terbesar, dia kembali sujud di sejadah, bukan sekadar lima waktu sahaja bahkah menggantikan sekian banyak solat yang ditinggalkan sepanjang puluhan tahun. 

Tidak cukup dengan itu, dia berguru untuk memuliakan mukjizat terbesar Rusulullah SAW yakni al-Quran yang kini menjadi teman paling rapat.

Kawan-kawan yang dahulu sama-sama mabuk dengannya sudah lama dijauhi. Lagipun, mereka menganggap dia tidak siuman lagi.

Mereka mentertawakan caranya berpakaian. Bagi mereka mengapa cepat mahu jadi tua sedangkan usia baru 40-an. Lama lagi mati kata mereka. 

Dan, kerana hatinya terang cepat sekali dia menghayati surah-surah dalam al-Quran. Ilmu yang diajar sewaktu kanak-kanak itu kembali diamalkan setiap hari.

Gambar hiasan. Pexels
Gambar hiasan. Pexels

“Jangan sesekali menyebabkan keluargamu paling menderita keranamu." (Ali bin Abi Thalib)

Teman merintih, dalam sujud dia mengakui kesilapan terbesarnya tidak memberikan anak-anaknya ilmu untuk ke akhirat. Zuriatnya dilepaskan bebas seperti anak-anak orang kafir yang tidak mengenal dosa pahala.

Anak-anaknya tidak diajar untuk sujud di sejadah dan berlapar kerana berpuasa dan sebagainya. Jika tidak dipupuk sejak kecil, mahukah mereka mahu mengikut jejak si ibu secara tiba-tiba apabila dewasa? 

Anak-anak menganggap ibu mereka hilang akal. Daripada berparti ibu memilih ke masjid. Daripada menonton aneka filem di kaca televisyen 50 inci, si ibu tak habis-habis mengaji dan bertadabbur. Mereka percaya si ibu sudah gila. 

Bahkan baju berjenama, jarang dan singkat sudah lama diberikan kepada kawan-kawan. Ibu mereka hanya menampakkan mukanya sahaja, kaki berbalut stokin, jejari ditutup dengan sarung tangan.

Anak melihat sang ibu sudah bercelaru fikiran dan terpedaya oleh kawan-kawan ‘kampung’ yang setiap hari mengajaknya ke masjid. 

Hari Natal menjelang tiba. Saya tidak tahu sama ada dia gembira atau tidak kerana sudah dua tahun suami dan tiga anaknya tidak pulang menyambut Krismas kerana pandemik.

Selalunya inilah masa mereka berkumpul anak beranak. Sang suami akan menyediakan roast turkey dimakan bersama roasted brussels sprouts dan cranberry bris bites yang menjadi kegembiraan keluarga. 

Sudah terbiasa anak-anak sejak kecil lagi meraikan Krismas secara besar-besaran. Pokok krismas setinggi alam (menggambar betapa besarnya pokok Krismas) terhias indah di ruang tamu rumah mereka.

Ketika kecil anak-anak tidak sabar membuka hadiah. Dan, semenjak berhijrah, dia tidak mahu semua itu dan benci melayan permintaan suami apabila terpaksa menyambut perayaan itu. 

Anak-anak menempelaknya, “That’s the main reason why daddy hate to be with you now. Everything seem to be so wrong with you now, celebrating Christmas is haram, this is haram, that is haram. Come on mummy, you're getting too extreme.”

Kebelakangan ini memang suami sudah tidak mempedulikannya lagi. Malah, kalau dulu selang dua minggu atau paling tidak sebulan sekali akan balik sejak bertukar kerja di negara jiran, tetapi kini tidak lagi. 

Jika dulu suami mahu dia bersamanya kini sang suami seakan menghalangnya untuk bersama. Alasan suami, sebaiknya dia menjaga rumah dan kereta.

Gerak hatinya mengatakan si suami sudah berkahwin lain atau punya kekasih gelap biarpun dinafikan sekeras-kerasnya belahan jiwanya itu. Dia mengubat kekecewaan dengan sibuk mencari ilmu akhirat. 

“Sekali fikir Wirda, I rasa selesa pula dia tidak ada bersama. Kalau tidak, I tidak boleh mengejar kelas-kelas ilmu I.” 

Teman tahu semua salahnya. Dia yang tidak membimbing mahupun mengalakkan sang suami untuk menjadi lelaki Islam sejati.

Dia yang tidak pernah memberitahu bahawa solat dan puasa itu wajib, malah belum sekali dia melihat suaminya berdiri di atas sejadah. Dia berasa sangat berdosa atas segala tindak-tanduknya selama.

Baginya segalanya sudah terlambat jika mahu suami dan anak-anak berubah menjadi sepertinya sekarang. Dia hanya mampu berdoa. 

Sekali lagi dia menghantar WhatsApp menunjukkan baju pengantin yang bakal disarungkan anaknya pada resepsi yang akan diadakan. 

I rasa tidak sesuai,” bijak pula saya memberikan komen. 

“Tulah I tahu, so revealing, kan? I told her dan mana dia nak dengar cakap kita,” katanya. 

Mummy, it’s from Vera Wang, his most expensive gift,” tulis anaknya. 

“Macam mana nak ajak kawan-kawan, ustaz dan ustazah,” dia mengeluh. Sebak dan pilu.

 “I ni orang dah gelar ustazah dan tiba-tiba anak pakai tidak sopan terdedah depan belakang. Apa orang akan kata nanti?”

Saya teringat kami hadir di satu majlis persandingan. Hilang kisah gembira menyambut menantu, hilang kisah dewan yang dihias indah. Yang menjadi bualan berbulan lamanya kisah si ibu tiri pengantin perempuan.

She stole the show! Ketika merenjis pengantin di atas pelamin semua mata bagaikan tidak percaya melihat si ibu tiri dengan baju terdedah sehingga menampakkan seluar dalamnya. 

Astaga, masing-masing mengucap panjang. Dan, apabila sang ibu tadi berkepit dengan suaminya (ayah si pengantin) berjalan dari meja ke meja memang jelas bahagian belakang yang terdedah dan depan yang menampakkan sebahagian buah dadanya. 

“Ini majlis kahwin sis, tak tahu ke adat berpakaian ke majlis persandingan. Malulah pada tetamu.” Teman tadi ingat peristiwa baju si ibu tiri yang buat ramai tetamu geleng kepala.

Semoden mana pun anda, perlu tahu adat, budaya tradisi Melayu dan masyarakat Islam di negara ini.

Teman buntu memikirkan perkara itu. Dia hanya mampu berdoa:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

‘Wahai Tuhan kami, berikanlah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami; perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikan kami imam ikutan bagi orang-orang yang mahu bertaqwa.’

"Apakah engkau meremehkan suatu doa kepada Allah, apakah engkau tahu keajaiban dan kemukjizatan doa? Ibarat panah di malam hari, ia tidak akan meleset namun ia punya batas dan setiap batas ada saatnya untuk selesai."

Ini yang amat diharapkan oleh teman saya. - Getaran, 23 Oktober 2021

Isu Pada

Rizal Rasid – Tentang Kesihatan Mental

23 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

Umpama Telur Di Hujung Tanduk: 7 Masalah Perhubungan Yang Sukar Dipulihkan

2

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Derita Palestin Bawa Hikmah, Syiar Islam Berkembang Megah

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Harmoni Bincang Usaha Tingkat Kefahaman Pelbagai Agama

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Perkahwinan Bawah Umur Catat Peningkatan Di Sarawak - NGO

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut