web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wujudkan Jenama Pelancongan Malaysia Norma Baharu, Tambat Pelancong Asing

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2021 9:53AM

Malaysia perlu mewujudkan industri pelancongan berkonsepkan norma baharu bagi menarik perhatian pelancong asing ke negara ini. - Gambar fail

oleh

Pearl Lee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lembaran baru telah terbuka dengan kelonggaran kesekatan berkaitan COVID-19.

Walaupun tumpuan sekarang ialah pelancongan domestik, akan tiba masanya di mana pintu masuk negara akan dibuka semula untuk pelancong asing.

Pada 2019, ekonomi Malaysia mendapat suntikan sebanyak RM86.14 billion hasil perbelanjaan seramai 26,100,784 pelancong antarabangsa.

Untuk sekian lama, Malaysia terkenal dengan pantai dan pulau-pulau yang indah, kepelbagaian makanan dan juga tumpuan membeli belah.

Namun, tingkah laku pengguna (consumer behaviour) pasca COVID-19 cukup berbeza.

Kini, perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih destinasi pelancongan bergantung kepada faktor kesihatan, keselamatan, kewangan dan juga emosi.

Pokoknya, jika kita boleh menghidangkan sesuatu yang luar biasa, kita mampu menarik pelancong ke negara ini.

Di sini wujudnya peluang untuk Malaysia mewujudkan 'Jenama Pelancongan Malaysia Norma Baharu' untuk menjana semula sektor ini.

Memperkenalkan visa residensi setahun untuk 'remote working' mungkin boleh dipertimbangkan oleh kerajaan untuk menarik minat pelancong asing yang masih bekerja dari jarak jauh.

Inisiatif ini juga mampu memberi peluang kepada sektor hotel untuk menawarkan pekej-pekej 'work from hotel' atau 'work from beachfront resort' yang menarik.  

Dengan lebih permintaan untuk berada di luar premis, fokus juga harus diberikan kepada sektor eko-pelancongan.

Ini boleh dimulakan dengan menilai cadangan-cadangan dalam Pelan Eko-Pelancongan Kebangsaan 2016-2025.

Sektor ini mempunyai potensi yang besar jika kita pandai 'jual' khazanah alam semula jadi di Malaysia. Ia juga mampu menjana pendapatan bagi industri kecil desa.

Pelancongan yang memberi fokus kepada industri kesejahteraan (wellness industry) seperti spa, perubatan tradisional atau mental health retreat juga boleh diterokai. 

Banyak lagi inisiatif yang boleh diambil oleh mereka di dalam sektor pelancongan jika adanya komitmen untuk mewujudkan 'Jenama Pelancongan Malaysia Norma Baharu'.

Dengan adanya hala tuju baru untuk sektor pelancongan, sudah pasti ia akan memberi peluang untuk pengusaha-pengusaha perniagaan untuk mewujudkan pengalaman baru yang luar biasa dan selamat untuk pelancong.

Kemungkinan yang ada tiada batasan. Ayuh, bangkitkan industri pelancongan tanahair! - Getaran 15 Oktober 2021 

Pearl Lee merupakan pengasas bersama dan pengarang urusan portal berita Twentytwo13. Hubungi beliau melalui Twitter @pearllee22

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga