Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Pendedahan 'Pandora', Siasat Segera

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2021 4:41PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebenarnya masih ramai yang takut untuk bercakap tentang isu ‘Pandora papers’ kerana kita sendiri tidak faham ataupun tidak merasai beban yang ditanggung dengan bocornya wang ke luar negara.

Pendedahan Pandora ialah pembocoran maklumat pemegang akaun bank di luar pesisir yang terkenal sebagai tempat menyimpan wang-wang hasil kegiatan 'haram' kerana undang-undang percukaian yang longgar dan pelindungan maklumat penyimpan akaun yang ketat.

Maklumat ini bukan sedikit, ia terdiri dari nama, jumlah simpanan malah gambar-gambar, dokumen pengenalan diri sebesar 2.9 terabit dan memerlukan satu jaringan wartawan di seluruh dunia untuk mengelas dan menyiasat inti pendedahan ini.

Data-data ini menggemparkan dunia bukan sahaja kerana ketua negara yang terbabit membuat penafian, sebaliknya negara yang terkenal dengan pentadbiran telus telah berjanji untuk menjalankan penyiasatan.

Sebenarnya ada dua isu besar dalam pendedahan Pandora ini, pertama isu aliran wang ke luar Malaysia, kedua dari mana datangnya wang yang terlalu besar nilainya.

Wajar sebagai sebuah negara yang ingin menjadi sebuah keluarga membersihkan nama pemimpin negara agar dipercayai rakyat, apatah lagi bila yang terpalit merupakan Menteri Kewangan dan presiden kepada parti pemerintah.

Desakan demi desakan untuk membahas isu ini dalam Parlimen ditolak mentah-mentah sedangkan ini peluang terbaik untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja atau mekanisme lain bagi merungkai dan membersihkan nama Malaysia.

Kenangan bagaimana pembangkang mendesak isu 1MDB agar dibincangkan di Parlimen sekitar 2014 kembali. Ketika itu penyokong kerajaan begitu sinis dan mempertahankan bos mereka sebelum masing-masing lari setelah pendedahan skandal 1MDB meletup.

Begitulah kini selagi mana Malaysia tidak dilihat serius untuk menjawab pendedahan Pandora, selagi itulah Malaysia akan dilihat tidak serius menangani rasuah.

Memburukkan keadaan, kini Malaysia telah dimasukkan dalam kategori ‘kelabu’ dalam senarai negara-negara yang tidak bekerjasama dengan Kesatuan Eropah bagi tujuan percukaian. Ini ialah kali pertama Malaysia masuk senarai ini dalam sejarah.

Kini bukan saja rakyat yang menanggung kesan terbesar akibat najis rasuah, malah para pelabur pun tidak berkeyakinan untuk membenih modal di sini sebaliknya pergi ke negara serantau.

Ini akan mengakibatkan pengangguran makin meningkat dan para pemegang diploma dan ijazah terpaksa memulas pemacu motor untuk menghantar makanan sambil memikul beban pinjaman pelajaran.

Keluarga Malaysia bukan sekadar memakai kostum adat resam dari pelbagai etnik di Malaysia sedangkan realitinya timbul curiga yang tinggi sesama kita. Keluarga seharusnya dibina dengan kepercayaan dan memikul amanah dengan telus.

Berbeza dengan Keluarga Pandora, sebuah keluarga yang nampak molek di luar siap dengan lagu tema padahal di dalamnya berselerak dan penuh prejudis. Keluarga mana yang anda mahu?

Siasat pendedahan Pandora, sekarang. - Getaran, 13 Oktober 2021

Zulfadzli Halim ialah seorang bekas jurutera sebelum COVID. Kini berkicau di Twitter menggunakan nama @bumilangit kerana tak cukup kacak untuk TikTok

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart