Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kehidupan Selepas Pandemik Ibarat Peluang Kedua

Tentu sekali kita semua takutkan wabak, namun akibat terlalu lama berkurung, keinginan untuk kembali bebas itu lebih menguasai. Namun, janganlah kita leka dan lupa tanggungjawab menjaga diri.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2021 2:52PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah lebih dua minggu kerajaan memberi kebenaran kepada rakyat untuk merentas daerah, kehidupan sekeliling nampaknya sudah beransur-ansur menjadi normal sebagaimana sediakala.

Aktiviti ekonomi jual beli bertambah sibuk dan semakin banyak kereta di atas jalan raya.

Jika setahun lepas kebanyakan orang takut-takut dan skeptikal untuk menjejakkan kaki ke luar rumah, sekarang ini ramai yang sepertikan sudah tidak ambil peduli lagi.

Semua mahu keluar, semua mahu ambil angin. Kita semua rindukan kebebasan yang suatu masa dahulu we took for granted.

Tentu sekali kita semua takutkan wabak, namun akibat terlalu lama berkurung, keinginan untuk kembali bebas itu lebih menguasai. Inilah fitrah manusia.  

Memerhati muat naik media sosial teman-teman, nampaknya sudah jauh langkah mereka berkunjung  ke sana ke sini.

Jadi hujung minggu kali ini saya ambil keputusan mahu pusing Kuala Lumpur. Baru sahaja memandu memasuki Jalan Duta, trafik bumper to bumper.

Rata-rata setiap jalan raya sudah mulai sesak dengan kereta lebih-lebih lagi di kawasan yang berdekatan dengan kompleks membeli-belah. Di arena lapang berhadapan kompleks Pavilion, lautan manusia memenuhi segenap ruang.

Dari yang tua hingga ke anak kecil, berbondong-bondong kesemuanya ambil peluang untuk dine in, lepak dan sekadar membiarkan masa berlalu.

Tipulah jika saya tidak merindui saat meriah sebegini. Ibu kota yang lebih setahun lengang, kini kembali hidup.

Ramai yang saya lihat shopping sakan, dengan berbeg-beg setiap kali masuk keluar butik.

Terkenang pada kawan-kawan yang mencari rezeki di lapangan peruncitan, suasana ekonomi yang kembali rancak ini diharapkan dapat menyelamatkan kembali perniagaan mereka yang suatu masa dahulu ibarat nyawa-nyawa ikan.

Saya sendiri ambil peluang untuk masuk ke butik-butik pakaian di mana sesetengahnya terlalu sesak dengan pelanggan.

Ada sebuah kedai kasut yang mana para pelanggan beratur panjang sehingga ke pintu untuk membayar di kaunter. Terpikir pula saya, adakah esok Hari Raya?

Keadaan tidak ubah seperti last minute shopping! Nampaknya orang kita memang betul-betul 'balas dendam'. Mungkin sebab sudah lemau akibat terlalu lama duduk rumah atau pun mungkin risaukan mana tahu esok lusa kena lockdown lagi. 

Walau KL sesak dengan manusia, namun setiap seorang tetap bertopeng muka. Kalau betul-betul memikirkan tentangnya, memang pelik seolah-olah melihat babak di dalam filem distopia.

Namun inilah pemandangan baru yang mungkin terpaksa kita hadap untuk tahun-tahun yang mendatang. Entah sampai bila kita perlu scan untuk masuk kedai, entah sampai bila kita harus duduk dan berdiri berjarak-jarak.

Mengikuti perkembangan di luar negara khususnya di negara-negara Eropah, orang ramai sudah tidak lagi bertopeng muka dan acara seperti konsert yang memerlukan orang ramai bersesak-sesak sudah kembali dibenarkan.

Malaysia bila lagi? Dengan kadar vaksinasi yang bakal menghampiri 100 peratus, sudahkah kita bersedia untuk kembali hidup seperti normal?

Kalaupun situasi COVID-19 ini sudah pun berada di dalam peringkat terkawal, saya tidak rasa orang kita akan benar-benar rasa selamat. Paranoia tetap pasti akan ada.

Sektor ekonomi dibuka hampir sepenuhnya dan begitu juga peluang-peluang pekerjaan kembali tersedia. Ramai sudah boleh tersenyum, ramai yang lega kerana sudah boleh kembali bernafas.

Ada yang mampu menyelamatkan perniagaan mereka dan tidak kurang juga ada yang tidak sempat dan terpaksa bungkus lalu tutup kedai.

Ada yang sudah hilang pekerjaan dan bergantung kepada bantuan kerajaan untuk kelangsungan hidup, kini pening memikirkan dari mana lagi mahu cekau duit apabila program bantuan seperti moratorium bakal berakhir.

Dengan harga barangan asas yang mencanak naik, anak bini harus diberi makan. Laksana sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah realiti kehidupan selepas pandemik bagi sesetengah rakyat marhaen.

Ya, di sisi lain kehidupan ada golongan masyarakat yang hidupnya bertabah-tambah susah dan berganda-ganda sukar. 

Jangan kita fikir apabila wabak terkawal dan ekonomi berjalan seperti biasa, kes murung dan bunuh diri juga akan turut sama lenyap.

Kenaikan harga barang dan kejadian bencana alam yang semakin menjadi-menjadi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, segala faktor ini menyumbang kepada situasi yang semakin parah.

Dari sebesar-besar masalah hinggalah kepada yang sekecil-kecilnya, setiap satu memberi kesan tersendiri kepada kehidupan segenap pelusuk masyarakat.

Berbalik kepada suasana meriah dan keadaan bersesak-sesak di kompleks membeli-belah, saya teringat kepada sesetengah tempat yang masih ketat SOP.

Kalau kedai mainan sesak dengan kanak-kanak, sayang sekali sekolah masih menutup pintunya.

Saya sendiri risau dan pening memikirkan anak-anak yang hilang setahun waktu pembelajaran.

Dan kepada situasi kedai kasut yang penuh dengan manusia berselisih bahu, pada hari sebelumnya suami saya baru sahaja dihalang masuk ke sebuah surau untuk menunaikan solat Jumaat akibat tidak mendaftar terlebih dahulu di Telegram sebagai memenuhi kehendak SOP untuk bilangan kapasiti tertentu buat jemaah.

Normalisasi apakah ini?

Sekarang semua sedang menunggu Perdana Menteri mengumumkan kebenaran merentas negeri yang bakal dikuat kuasakan serentak dalam beberapa hari lagi.

Ibarat radio rosak, setiap hari keluar kenyataan yang sama. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita semua harus mengambil ujian kendiri RTK, ikut SOP yang sudah ditetapkan dan terus ambil pendekatan berjaga-jaga dan berhati-hati.

Pasti ramai yang sudah hampir dua tahun tidak bersua muka dengan insan-insan tersayang. Ibu bapa, pasangan dan malah ada yang lama terpisah dengan anak-anak. 

Saya sendiri ada cucu saudara berusia setahun lebih yang masih belum berpeluang ketemu. Ibu mertua yang ditinggalkan hampir dua tahun lepas dalam keadaan sihat, kini terpaksa memakai lampin pakai buang dan sudah berkerusi roda.

Sungguh, sudah terlalu banyak yang berubah sejak wabak COVID-19 melanda bermula Mac 2020.

Jangka masa hampir dua tahun ini cukup menduga buat kita semua dan musibah COVID-19 ini seumpama Allah SWT menjentik hati kita untuk kembali mencari-Nya.

Oleh itu, cubalah untuk menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya. Cuba jadi hamba-Nya yang lebih baik. Jadi anak, ibu bapa, pasangan, pekerja, jiran yang lebih baik.

Jadilah insan yang membawa manfaat kepada orang sekeliling dan seterusnya masyarakat. Sebarkan aura positif dan abaikan segala yang negatif.

Hidup ini singkat. Oleh itu, hentikan melakukan perkara lagha lagi merosakkan.

Marilah kita mempergunakan masa yang masih tersisa ini untuk segala yang membawa kebaikan.

Kehidupan selepas pandemik ini ibarat peluang kedua, jadi janganlah kita sia-siakan. - Getaran, 10 Oktober 2021

Semua gambar hiasan: Gambar Fail Getaran

Isu Pada

Ummi Nazeera: Tak Pernah Berhenti

09 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 4 hari yang lalu

5 Cara Takaful Menjamin Masa Depan Kewangan

2

Refleksi 2 minggu yang lalu

Adab Menghadiri Rumah Terbuka

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

Sorotan

1

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

2

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

3

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

4

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

5

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

6

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Menjelajah Potensi Pusat Data: Membuka Peluang Ekonomi Baharu Di Malaysia

oleh Nasser Ismail