Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kenapa Anda Harus Terus Menyimpan Duit Dalam KWSP?

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2021 5:39PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dua hari lepas, seorang rakan sekerja masuk ke pejabat saya untuk bersembang, kami berbincang  tentang banyak perkara dan singgah kepada topik langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk memerangi COVID-19 termasuk membenarkan pengeluaran daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), yang sebelum ini  hanya dikhaskan untuk simpanan persaraan.

Rakan saya ini merancang untuk mengeluarkan jumlah maksimum daripada Akaun 1 beliau, mengikut langkah yang di buat kerajaan untuk membenarkan pengeluaran untuk melawan kemerosotan ekonomi yang disebabkan oleh wabak COVID-19. Saya telah menggambarkan ini sebagai penipuan RM60 bilion di KWSP pada November lalu. Dari perbincangan pendek kami, saya yakin yang artikel ini perlu ditulis.

Untuk kebanyakan orang di luar sana, terutama sekali mereka yang bergantung kepada KWSP untuk memberikan sumber kewangan di masa hadapan, bila mereka tidak lagi bekerja dan perlu menambah pendapatan mereka dengan pulangan daripada simpanan pelaburan, KWSP menawarkan pulangan yang paling selamat untuk simpanan anda. Tiada pelaburan sepertinya di Malaysia.

Kerajaan menjamin prinsipal anda dalam KWSP dengan pulangan sebanyak 2.5 peratus setahun. Sejak 1963 - tempoh 56 tahun, lebih lama daripada usia kebanyakan daripada kamu – dana persaraan itu telah memberikan pulangan lebih daripada enam peratus setahun. Sekarang sila cari, kalau boleh, satu pelaburan yang hampir tiada risiko dan memberikan pulangan yang sama.

Ya, ramai yang memberi nasihat – tapi berhati-hati nasihat siapa yang dengari. Ada golongan yang mahu anda keluarkan wang simpanan persaraan anda dan melabur dengan mereka untuk komisen yang lumayan, yang akan dibayar sebagai pendahuluan. Pelaburan yang paling selamat adalah Unit Amanah, tapi ada yang lebih teruk di luar sana.

Tapi ingat, pulangan dan prinsipal anda tidak dijamin - anda boleh hilang segala-galanya, walaupun anda melabur dalam Unit Amanah - kemerosotan pasaran saham boleh memadam pelaburan anda. Tidak percaya? Tanya golongan tua yang pernah merasainya.

Khabar angin yang tersebar sekarang mengatakan kalau kerajaan muflis kita semua tidak akan dapat kembali wang KWSP. Tapi kalau kerajaan betul menjadi muflis - ini tidak mungkin berlaku buat masa sekarang - anda akan hilang wang simpanan di bank kerana bank mungkin telah muflis dahulu.  Di Malaysia tiada perkara yang lebih selamat daripada jaminan kerajaan bila melibatkan duit. Itu pasti.

Jangan salah faham. Kalau anda membaca penulisan saya, anda akan faham yang saya juga tidak sukakan kerajaan pemerintah sekarang ini. Saya tahu yang mereka tidak boleh memimpin kita ke jalan yang benar dan ia akan menyebabkan kerugian.

Tapi saya tahu mereka tidak akan bertahan lama, dan selepas itu kita akan kembali ke keadaan normal, dan mungkin lintasan pertumbuhan yang mungkin membawa kehidupan yang lebih baik buat kita semua dengan tingkah laku yang lebih baik. Kehidupan mesti diteruskan, dan menyimpan duit anda di tempat yang selamat akan memberi pulangan yang baik - dunia ini tidak akan berakhir dalam masa terdekat, walaupun ada yang akan cuba meyakinkan anda sebaliknya.

Berwaspada jika anda menggunakan skim i-Sinar yang memaksa KWSP untuk membenarkan pencarum untuk mengeluarkan simpanan Akaun 1 di mana 70 peratus daripada simpanan anda berada dan sebelum ini di khaskan untuk simpanan persaraan sebelum ini.

Untuk mereka mempunyai simpanan sebanyak RM90,000 ke bawah dalam Akaun 1, anda boleh mengeluarkan apa sahaja jumlah wang hingga RM9,000 dengan syarat perlu meninggalkan baki minimum dalam akaun sebanyak RM100. Jumlah wang yang di keluarkan akan dibayar dalam tempoh enam bulan. Tapi jika anda hanya mempunyai RM9,100 dalam Akaun 1 anda, anda masih boleh mengeluarkan RM9,000, hampir kesemua wang dalam simpanan. Mereka yang mempunyai RM90,000 ke atas boleh mengeluarkan hingga 10 peratus daripada jumlah dalam Akaun 1 dengan jumlah maksimum RM60,000.

Bagaimana merepeknya - walaupun hanya ada RM9,000 dalam Akaun 1 anda boleh hampir mengosongkan simpanan persaraan anda! Ini adalah tindakan paling teruk kerajaan pemerintah untuk merangsang ekonomi kerana ia menggalakkan mereka dengan jumlah simpanan persaraan yang paling sedikit untuk membelanjakan wang mereka. Di negara lain, kerajaan memberikan wang kepada golongan susah untuk dibelanjakan dalam keadaan susah.

Mari kita hitung apa yang anda hilang dengan mengeluarkan wang KWSP anda. Ingat KWSP tidak pernah memberi pulangan kurang daripada lima peratus sejak daripada 1963 dan purata pulangan dalam jangka masa itu adalah enam peratus setahun. Jika anda berumur 30 tahun, bersama dengan pulangan enam peratus dan anda mempunyai simpanan yang cukup untuk membuat pengeluaran sebanyak RM10,000 dan anda membelanjakan semuanya.

Dalam 30 tahun dari sekarang bila anda bersara, jumlah RM10,000 itu akan menjadi RM57,400 – satu gambaran yang jelas tentang bagaimana faedah kompaun boleh membantu anda membina kekayaan.

Kalau anda ada RM100,000, jumlah itu akan berganda menjadi RM574,000.

Sekarang ini adalah perkara yang harus diingati juga: jumlah RM57,400 itu hilang selamanya – kerana anda telah mengeluarkan dan membelanjakan RM10,000 itu hari ini.

Golongan biasa tidak akan mendapatkan kembali duit ini, bukan senang untuk berjumpa dengan jumlah RM57,400 dalam 30 tahun. Saya minta anda tidak tergolong dalam golongan ini - simpan duit anda dalam KWSP. Jangan dengar rintih kerajaan pemerintah ini yang mahukan anda mengeluarkan dan membelanjakan wang simpanan persaraan anda.  

Pengecualian boleh di buat jika anda tinggal di luar negara dan ingin melabur di sana, atau ada sebuah pelaburan yang boleh memberi pulangan yang tinggi. Namun anda perlu melaburkan wang simpanan dan bukan wang KWSP anda, biarkan wang simpanan anda untuk persaraan. – Getaran 25 Februari, 2021

P. Gunasegaram, adalah bekas penganalisis pelaburan, percaya kewangan peribadi sepatutnya dijadikan subjek wajib di sekolah. Beliau adalah penasihat editorial The Vibes dan pengarah eksekutif Institut Sekhar.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

3

Ekonomi 3 minggu yang lalu

KWSP Umum Senarai Unit Amanah Yang Dikemas Kini Bagi 2024/2025

4

Ekonomi 1 bulan yang lalu

KWSP Umum Dividen 5.50 Dan 5.40 Peratus

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan