Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Lilauan Kiri (Bahagian Tiga)- Wilayah Belum Diteroka

Phoenix Bangkit Dari Abu.

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2021 9:00AM

Gambar: Instagram @tintabudi

oleh

Ad Samad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jujurnya, aku tak baca buku Melayu.

Beli tapi tak sanggup baca. Cuma untuk tolong dan sokong ekonomi industri penerbitan buku  tempatan dan para penulisnya.

Aku tak bangga atau megah dengan kenyataan di atas. Malah sedih. Jangan marah.

Kali akhir aku habis baca buku Melayu adalah karya HM Tuah Iskandar — Enrique Mengundang Jauh pada tahun 2007. Dan bertahun sebelum itu, ketika remaja berjerawat, aku baca Mona Gersang. 

Kerana ini bukan ruangan review, cukuplah aku kata yang Enrique Mengundang Jauh buat aku kecewa dan rasa terpedaya akibat naratif dan rumusannya. Masa yang aku luangkan, rugi tidak berganti. Aku sesal dan traumatised. Aku tak mahu lagi rasa rugi dan tertipu, macam Tipah.

Mungkin buku-buku Melayu gagal baca aku dan kemahuanku.

Begitulah sifatnya buku yang baik. Bukan sekadar kita baca ia, tetapi ia juga baca kita.

Sebagai penulis lirik, buku-bukulah sumber utama ilham-ilhamku.

Aku suka buku kerana tiga perkara-- Ilmu, Hiburan dan Bahasa.


Pertama, kerana ilmu. 

Terutamanya buku-buku non-fiction. Dari pengajaran sejarah ke ramalan masa depan, dari evolusi dan biologi ke teknologi dan kosmologi, dari falsafah mythology ke psychology masa kini. 

Sayangnya, kebanyakan buku-buku begini adalah di dalam Bahasa Inggeris. Nah, inilah pentingnya berbahasa Inggeris. Banyak buku ilmiah.

Kalaulah buku Charles Darwin — Evolution By Means of Natural Selection diterjemah ke bahasa Melayu, pasti buku itu akan diharamkan, kerana mereka yang tidak pernah baca buku itu akan berkata bahawa Darwin berkata, manusia berasal dari beruk. Maka diharamkan buku itu. Walhal, ilmu tentang evolusi dan mutasi adalah asas kepada bidang biologi dan industri pharmaceutical masa kini. 

Dan jika buku Stephen Hawking - A Brief History of Time diterjemah, syarikat penerbitan akan gulung tikar, kerana tak laku. Kerana siapa di antara kita yang peduli bagaimana sifatnya alam dan pemandangan di tebing semesta, the expanding universe ini.

Mungkin satu hari, akan timbul minat untuk aku kaji dan amal cara buang saka dan santau, malah pelajari sifat-sifat hantu jembalang, pontianak, dan bunian. Pada masa itu, rak-rak buku Melayu di toko-toko besar akan jadi halaman umpama syurga buat aku, kerana di situ penuh buku buku begitu.

Gambar: Instagram @tintabudi
Gambar: Instagram @tintabudi


 

Kedua, untuk hiburan. 

Aku terhibur dengan kepelbagaian cerita. Aku mahu emosiku diasyik rasa gembira, sedih, marah, cemas, malah terganggu. Aku suka sesuatu yang aneh dari Haruki Murakami atau Stephen King, ke sesuatu yang mundane dari Kazuo Ishiguro atau Virginia Woolf. Kepelbagaian cerita yang wujud dalam novel novel Barat (dan Jepun) buat otak aku ghairah berimaginasi.

Sayangnya, aku belum terhibur dengan buku-buku kita, dengan topik-topik kita. Mungkin aku masih muda untuk novel remaja. Kisah cinta di antara Aiman Mikhail Daniyal penyanyi hip hop dan Fifie anak Datuk Zulkifly yang kaya-raya. Atau, aku sudah terlalu dewasa untuk novel seram. Kisah roh puaka penunggu bungalow misteri yang dok tunggu kepulangan cucu-cicit Datuk Long Baharom yang bernama Aida Batrisyah. Atau, terlalu konservatif untuk baca kisah Tom si pengkid dengan Roy budak gayboy.


Ketiga, kerana bahasa. 

Aku suka gaya dan cara bahasa diguna di dalam penulisan. Bagaimana setiap perkataan diatur jadi ayat. Ayat jadi perenggan. Dan dari perenggan ke perenggan, jadi sebuah dunia tersendiri. Prosa-prosa yang bagus, jadi mantera yang buatku terpukau bagai dijampi. Begitu sakti.

Bagaimana satu penulisan yang dikarang pada suatu masa yang lampau, dari satu daerah yang jauh, boleh sampaikan berita, cerita, maksud, pedoman, malah arahan. Lalu, ayat-ayat itu merentas masa dan melangkau jarak untuk sampai kepada kita di ketika ini. Aku saling kagum dengan clarity dan ambiguity. Terang dan samar, adakalanya sekali—serentak. 

Gambar: Instagram @tintabudi
Gambar: Instagram @tintabudi

Kita masih ketinggalan dari segi ilmu, pemikiran dan gaya bahasa. Kita belum hidang kepelbagaian tema-tema, aliran pemikiran dan fahaman-fahaman baru. Mungkin kita—orang Timur—tidak lalui evolusi falsafah dan pemikiran seperti di Barat yang telah tempuhi Enlightenment, Existentialism dan lain-lain -ism -ism.

Kita masih di takuk memahami ‘Air Musta’mal’ dan persoalan “Apa Hukumnya Ustaz, Kalau…?”, dan muhibah adalah Ali, Ah Kaw, Ramasamy dan seorang Iban berbaju tradisional berperisai dan parang, tersenyum nyanyi lagu patriotik, sambil bersalam-salaman mesra.

Dari segi gaya bahasa, aku letih tulisan yang verbose; berbunga-bunga dan guna lebih perkataan daripada yang perlu. Terutamanya karya-karya para Sasterawan Negara. Sigh. Lagi banyak perkataan, lagi handal agaknya. Tema-tema mereka tidak menarik, tidak hangat dan tiada syahwat.  

Aku rasa sasterawan kita tidak rock n roll. Tidak pernah hipster, walau ketika muda. Walhal, penulis mesti berfesyen. Baru relevan. Penulis mesti kaki gaduh. Baru berani cabar status quo. Dan penulis mesti seksi. Baru lelaki dan/atau wanita jadi ghairah untuk tidur dengannya. Kerana otak yang mantap adalah sehangat punggung yang sendat dan payudara yang padat.

Inilah masa untuk teroka dan cartakan peta baharu bahasa kita. Bahasa Melayu belum habis diterokai. Terlalu patuh arahan Tok Mat Rahmat sejak tahun 1991. Menteri sudah berganti menteri. Banyak yang boleh kita lakukan terhadap bahasa, agar bergaya.

Kita belum hasilkan stream of conciousness seperti James Joyce atau William Faulkner, atau post-modernist seperti William Gaddis, atau Jack Kerouac dengan beat generation-nya dan lain-lain lagi tokoh sasterawan Barat. Sasterawan sebegini pengaruhi pula tokoh-tokoh muzik, seperti Bob Dylan, Beatles, The Doors, Pink Floyd, M. Nasir dan Loloq.

Kalaulah para novelis kita tidak mula giatkan penerokaan ini, biarlah para penulis lirik yang mulakan. 

Aku seru para penulis hip hop seperti Malique, Altimet, Aman Ra, Zynakal, Benzooloo dan lain-lain lagi artis hip hop untuk hasilkan lebih banyak karya-karya gila. Karya-karya mencabar. Rugged tapi jambu. Kasar tapi seni. Halus tapi besar. Gergasi tapi lutsinar.

Penulis hip hop punya ruang yang lebih luas untuk berkata kata di dalam karya mereka berbanding lagu-lagu pop yang terhad dek notasi muzikanya.

Inilah masanya untuk para penulis lirik kayakan, dinamikkan, malah ‘perkosa’ sedikit bahasa, umpama lanun dan penjajah di zaman silam. 

Ini mungkin counter-intuitive, tapi aku syak, Bahasa Melayu belum cukup dirojakkan serojak-rojaknya. Dicincang-cincang selumat-lumatnya. Dibalun-balun sepuas puasnya dan dihenjut-henjut selunyai-lunyainya sehingga lohong lopong seperti gadis rempit di malam Merdeka. 

Gerakan eksperimentasi bahasa mesti dicetus.

Kita jentik kerandut semua golongan, termasuk ketua editor portal ini dan dari cendekiawan di universiti-universiti ke barista berman-bun di kafe-kafe. Kafe? Ceh! Dulu panggil kedai kopi. Kita kacau dan kita cabar mereka dengan fikiran dan bahasa kita.

Seberapa banyak bahasa halus, banyak itulah bahasa kasar. ‘Kut’ tak cukup bunga jadi hiasan, sampah kita jadikan ukiran. Bila ‘otai’ ngomel, Kenapalah budak- budak zaman ni tulis macam ni, kita kata, ‘Camnilah’ baru best. Kita ‘benti’ guna imbuhan kata. Kita reka perkataan kita. Kita ‘sukati aje’ eja. Kita gaya ‘wasap chat’. Kita guna emoji. ?. BTW ??  WTF ??? KISS? IDK ? LOL

Biar makcik-makcik pening, sebab kalau makcik dah suka, dah tak cool dah apa. Macam FB. Sana sini ustaz keluar fatwa, paderi keluar holy water dan sami bertafakur mohon dijauhkan umat manusia dari terkena wabak eksperimentasi bahasa. Penyanyi nasyid dalam Grinder. Rambang sangat ni. ROFL.

Bijaksana dan bijaksini pandang kita kokak. Guru-guru pandang kita geli macam tengok bulu ari-ari di urinal tandas awam. Dan BBNU pulak, errr, hmmm, lantaklah dengan BBNU. Aku peduli apa BBNU. Yang penting perenggan ini stream of conciousness hahaha ‘amek’ kau. ‘Matilaa’ nak. Harap editor tak delete ni dan kata, "Mengarut aje Ad ni, tsk tsk tsk."

Kus semangat. Berbalik semula…

Mungkin selepas dihempas, dipulas, dicabul, didera, barulah Bahasa Melayu hidup semula-- baharu, perkasa dan bergaya.

Bagai phoenix bangkit dari abu.

Errr, sedar tak? Takda imbuhan ‘me—’ di dalam rencana eksperimentasi ini.

BRB.

(In memory of my beloved Mummy, Azizah Hadi ~ May 24, 1937 - February 9, 2021. The woman who taught me, "Setiap perkara ada art-nya, Ad." Al-Fatihah)

Ad Samad merupakan seorang penulis lirik untuk ramai penyanyi terkenal di Malaysia. Beliau juga seorang penulis skrip dan masih bergelut antara 'OCD' dan 'anxiety'. 

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah