Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Dua Kali Pinangan Ditolak. Apa Terjadi Selepas itu?

Dalam tulisan dua bahagian ini, kolumnis kami, Wirda Adnan, bercerita tentang Eddy dan kisah hidupnya yang berusaha untuk tidak kalah dengan stereotaip umum dan kekecewaan. Ini bahagian pertama.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2021 6:03PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hidup bukan sekadar membahagiakan diri sendiri, tetapi bagilah kebahagian itu kepada orang di sekililing kita kerana kebahagiaan itu akan bertambah ketika diberi.

Sudah dua kali famili Eddy masuk meminang tetapi pantas ditolak ibu sang kekasih. 

“Sampai dua kali ni, macam tak faham saja,” Puan Rina menyindir tetamunya.

“Maaf ya, tak payah tanya tuan badan, sebab sudah diberitahu kepada si tuan badan, maknya kata ‘Big no!’ Suruhlah Eddy cari orang lain. Biar saya berterus terang, Diana tak sesuai dengan si Eddy. Ini kata putus daripada saya.”

Merah padam muka ibu saudara Eddy. “Maaf, kami faham tapi… oh tak apalah saya akan bagitahu Eddy dan keluarga.”

“Ya, tolong beritahu mereka, kita selesaikan di sini sahaja. Kalau boleh tidak payahlah ganggu anak saya lagi. 

“Kalau si Eddy asyik menempek bila masa Diana hendak berkawan dengan orang lain?” kata si ibu. (Dalam hatinya: “Aku terpaksa biadab sikit, kalau tidak mereka tak faham-faham, ada hati nak jadikan Diana menantunya. Cis!”)

Kehadiran Eddy dalam ‘hidup’ anaknya Diana memang tidak pernah disenangi Puan Rina dan ia kerana satu alasan sahaja. 

Dia tidak nampak kebaikan yang ada pada Eddy. Apa yang dia tahu, Eddy tidak punya kelayakan. Siapalah Eddy yang cuma memiliki diploma sedangkan anaknya ijazah kelas pertama dalam bidang ekonomi, mana layak mereka diganding bersama. 

Tetapi Rina lupa, anaknya tiada rupa, kulit pun gelap. Dipendekkan cerita, ‘she just has the brain, no look’.

 Eddy boleh sahaja mencari gadis lain, anytime, tetapi hatinya sudah terpaut kepada Diana, gadis hitam manis yang dikenali sewaktu mereka mewakili universiti masing-masing dalam pertandingan pidato. 

Eddy kagum gadis di pihak lawan kala berbahas, walaupun berakhir di pihaknya yang membawa piala kemenangan, tetapi gadis lawannya tadi membuat hatinya seolah disambar petir. Dia jatuh cinta tiba-tiba.

Nothing is impossible. Anything can happen as long as we believe,” terngiang-ngiang kata-kata Diana ketika menggulung pembahasan. 

Dan, itulah yang dipegang oleh Eddy, “Ya tiada yang mustahil. Semua boleh terjadi asal kita percaya dan berusaha mendapatkannya.”

Eddy hilang punca apabila ibu bapa, ibu saudara (yang dimalukan) dan adik-beradik sudah masuk campur. 

“Eh Eddy kamu boleh dapat seribu kali bini lebih pandai dan cantik daripada si Diana. Bukan hendak mengatalah, apa ada pada Diana? Cermin muka kamu, handsome kan dan anak si perempuan itu juga yang kamu hendak, mengapa? 

“Cakap sahaja kamu hendak siapa; artis, doktor, peguam, pakar ekonomi kami boleh carikan. Kami bukan benci Diana, dia budak baik, tapi maknya, minta ampun, aku pun tak ingin barbesan,” pedas jawapannya maknya. 

Sometimes life doesn't give you what you want, not because you don't deserve it but because you deserve so much more. 

Eddy yang merasa dihina atas kurangnya kelayakan, hari ini adalah pemegang doktor Falsafah (Ph.D). Terasa kecil sangat dia di mata ibu Diana lalu menyahut cabaran; meninggalkan kerja, (seketika merempat) sebelum menyambung pengajian. 

Melepasi sarjana muda, kemudian Sarjana (masters) dan menyambung pengajian di peringkat Ph.D. Puas hatinya, meski Diana bukan miliknya tetapi dia bangga kerana kesan daripada penghinaan itu dia berjaya mencipta kepercayaan pada dirinya. 

Dulu, dia tidak pernah merasakan sijil kelayakan itu penting. Cukup dengan diploma dia boleh mendapatkan kerja, malah kerjanya pun tiada kaitan dengan apa yang dipelajari. Dia tidak mahu menjadi eksekutif selamanya kerana dia hendak berniaga. 

Dia punya impian untuk membuka ladang ternakan dan perniagaan makanan. Namun, tidak mengapa, ilmu yang dimiliki kini boleh membuka ruang lebih besar untuk dia menjadi jutawan. 

Ya, kini dengan bangganya dia sudah pun bergelar hartawan. Musim pandemik ini, tatkala banyak syarikat lingkup, syarikatnya yang punya cawangan sehingga ke luar negara khasnya di Indonesia dan Kemboja bertambah maju.

Menjawab satu temu ramah dengan seorang wartawan, Eddy berkata, hidup ini sebuah perjalanan yang  boleh dijadikan pengalaman, bukan sekadar masalah yang harus diselesaikan.

“Saya meminjam kata seorang pujangga; ‘Perjuangan yang kamu lakukan hari ini merupakan cara untuk membantu kualiti yang lebih baik hari esok.”

Bersembang dengan anak muda hujung 30-an ini menjawab banyak pertanyaan kita tentang hidup. Kisah cintanya berakhir dengan air mata tetapi pengalaman itu menjadi teladan buat masyarakat yang berfikiran singkat, sombong, pilih bulu dan biadap. 

Masyarakat yang tidak percaya kepada qada dan qadar. ‘Gunung yang tinggi, besar dan luas lagi gagah perkasa pun tidak pernah bangga. Lalu kenapa engkau yang hanya sejentik berani sombong. Malulah sama gunung!’ 

Eddy memegang banyak kata-kata mutiara sebagai semangat dan panduan hidup. 

“Hari ini saya lebih banyak membaca naskhah agama. Kata-kata Imam Ghazali sentiasa saya pegang, antaranya; “Nafsu boleh membuatkan seorang Raja menjadi Budak. Sementara sabar boleh membuat seorang Budak menjadi Raja.” 

Katanya lagi, “Jiwa manusia itu seperti cermin yang memantulkan bayangan. Kebajikan akan membuat jiwa itu bersinar, sementara keburukan akan membuatkannya gelap. 

“Dan, kata-kata Saidana Ali bin Abu Talib ini cukup bermakna dalam hidup saya; ‘Balas dendam terbaik adalah menjadikan dirimu lebih baik.’ Saidina Ali mengingatkan; ‘Telanlah amarahmu sebab kau tidak pernah menemukan minuman yang dapat meninggalkan rasa lebih manis dan lebih lazat daripada itu.”

Eddy kemudiannya banyak kali menitipkan pesanan sebelum menutup perbualan, “Puan, saya suka menjadikan sahabat-sahabat Rasulullah sebagai idola saya. 

“Saidina Ali menyebut; ‘Jangan membenci siapa pun, pedulikan berapa banyak mereka bersalah kepadamu.’ Rasulullah menyebut; ‘Hulurkan cintamu kerana Tuhanmu dan tariklah cintamu kerana Tuhanmu, kamu tentu tidak akan kecewa.’ 

“Barang siapa yang ingin merasakan keimanan, maka hendaklah mencintai seseorang yang tidak ia cintai kecuali kerana Allah (HR Imam Ahmad).

“Cintailah kekasihmu sewajarnya sahaja, kerana boleh sahaja kekasihmu itu suatu hari nanti menjadi musuhmu dan bencilah musuh sewajarnya sahaja, kerana boleh sahaja musuhmu itu suatu hari nanti menjadi kekasihmu.” 

Sambung Eddy, pesan Nabi SAW; “Lebih baik duduk sendiri daripada bergaul dengan yang buruk, dan lebih baik tetap duduk dengan kebaikan daripada sendirian. Lebih baik berbicara dengan seorang pencari ilmu daripada berdiam diri, tetapi diam lebih baik daripada kata-kata kosong

“Ketika anda melihat seorang yang telah diberikan lebih daripada anda; sama ada  wang atau kecantikan, maka lihatlah mereka yang telah diberi lebih sedikit. Takutlah kepada Allah walau di mana anda berada. Ikuti perbuatan buruk dengan perbuatan baik untuk menghapusnya, dan perlakukan orang dengan sikap baik.”

Menurut Eddy lagi, Nabi Muhammad SAW berkata, “Tahukah anda apa yang lebih baik daripada amal dan doa? Ia ada perdamaian dan hubungan baik antara manusia, kerana pertengkaran dan perasaan buruk menghancurkan umat manusia.” - Getaran, 25 September 2021

Bersambung...

Semua gambar hiasan: Pexels

Isu Pada

Sisi Tersembunyi Daiyan Trisha

25 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Sumbangan Ramadan Di KL Hanya Boleh Disalur Di 3 Lokasi - Dr Zaliha

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Bantuan Kepada Golongan Miskin Tegar Perlu Diselaras - Mohd Na'im

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Sebutan Kes Ahli Perniagaan Didakwa Lakukan Hubungan Seks Guna Objek 17 Julai

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Syarikat Korporat, Individu Disaran Selaraskan Bantuan Ramadan, Aidilfitri

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok